1.0.PENDAHULUAN

Pada masa sekarang, kebanyakan pokok pisang telah diserang penyakit layu bakteria atau dipanggil penyakit Moko. Penyakit ini menyebabkan banyak kerugian yang dialami oleh petani-petani dan pengusaha pokok pisang kerana mereka tidak dapat menjual hasil daripada pisang tersebut. Buah pisang yang terkena tanaman ini akan rosak secara keseluruhannya. Dengan sebab inilah, Provet Group of Companies Sdn Bhd (PGCSB) yang terletak di Seri Kembangan, Selangor telah tampil kedepan mencuba menyelesaikan masalah ini melalui penggunaan baja IMO-PLUS dan digabungkan dengan penggunaan M-ProBio keatas pokok pisang yang dijangkiti penyakit tersebut. Baja IMO-PLUS ialah baja campuran yang berdasarkan konsep Sistem Pelepasan Terkawal (Controlled Release System) dan M-ProBio yang mengandungi beberapa bakteria baik dan berguna kepada pokok. Menurut hasil kajian secara tidak formal yang dilakukan oleh syarikat ini, 90 peratus pokok pisang yang terkena penyakit ini telah menunjukkan kesan pemulihan. Hasil daripada kejayaan ini, syarikat ini telah mendapat liputan akhbar-akhbar tempatan iaitu Utusan Malaysia, Sinar Harian dan Harian Metro. Berikutan kejayaan memulihkan pokok pisang yang dijangkiti ini, adalah penting untuk memahami konsep rawatan yang dijalankan melalui penggunaan IMO-PLUS dan M-ProBio. Oleh yang demikian, artikel ini akan mengupas serba sedikit mengenai penyakit ini, menerangkan mengenai kaedah penggunaan IMO-PLUS dan konsep rawatan daripada baja ini.

Laporan dalam Harian Metro

Laporan dalam Harian Metro

http://www.hmetro.com.my/articles/Kerepeknaikharga/Article

Laporan dalam Sinar Harian

Laporan dalam Sinar Harian

http://www.sinarharian.com.my/rencana/bahana-bakteria-moko-1.76522

Laporan dalam Utusan Malaysia

Laporan dalam Utusan Malaysia

http://www.utusan.com.my/utusan/Agrobiz/20121210/ag_01/Ancaman-penyakit-moko

Sehingga kini ramai yang bertanyakan mengenai produk ini. Jadi lebih elok sekiranya pihak yang berminat dapat berhubung terus dengan Pengarah Urusan Syarikat Provet Group of Companies Sdn Bhd iaitu En Mohamad Subhi Mohd Musuri di alamat email provetniaga@gmail.com.

1.0.PENYAKIT MOKO PISANG

Penyakit Moko Pisang atau lebih dkenali sebagai Penyakit Layu Bakteria Tanaman Pisang ialah penyakit yang disebabkan oleh jangkitan bakteria Ralstonia solanacearum. Bakteria ini terdapat pada tanah dan ia boleh hidup pada perumah daripada 2 hingga 3 tahun. R. solanacearum ialah bakteria gram-negatif dan ianya tumbuh secara aerobik (Perlukan udara) dan tidak menghasilkan spora. Menurut Stevenson (2001), pertumbuhan bakteria dalam kultur Broth ini dapat dihalang oleh larutan garam (NaCl) berkepekatan melebihi 2%. Bakteria ini bukan hanya menyerang pokok pisang, malah ia juga menyerang pokok lain seperti tomato, ubi kentang, terung dan tembakau. Bakteria ini biasanya terdapat di kawasan tropika, subtropika dan beberapa kawasan beriklim sederhana didunia.

R. solanacearum menyukai kawasan yang bersuhu tinggi dan tanah yang mempunyai tahap kelembapan yang tinggi. Ia juga banyak dijumpai pada kawasan tanah yang berbeza dan pada julat pH tanah yang berbagai. Menurut USDA (United States Department of Agriculture) berkenaan dengan perancangan tindakan untuk mengatasi masalah bakteria ini yang dijumpai di kawasan semaian, bakteria ini boleh dipindahkan daripada satu tempat ke tempat yang lain melalui tanah, pengairan air yang tercemar, alatan yang tidak dibersihkan secara aseptik (Pembunuhan kuman) atau barang-barang persendirian. Ia juga boleh disebarkan dengan mudah melalui pemindahan pokok dan pembenihan daripada pokok yang dijangkiti oleh bakteria ini. Selain itu, bakteria ini boleh berpindah ke pokok pisang yang lain melalui peralatan–peralatan pertanian seperti cangkul, parang, pisau dan lain-lain. Peralatan-peralatan yang digunakan keatas pokok pisang yang telah terkena penyakit akan membawa bakteria tersebut bersama-sama sekiranya tidak dibersihkan secara aseptik. Secara aseptik bermaksud dengan cara membunuh kuman samaada dipanaskan (diberikan suhu tinggi) atau dibasuh dan dibilas dengan larutan antibakteria seperti Dettol atau Clorox.

solanacearum

 

 

Berikut ialah beberapa simptom-simptom yang berlaku akibat daripada serangan R. Solanacearum keatas pokok pisang.

a) Tisu vaskular menjadi perang dan kehitaman

b) Kehadiran ooze bacteria pada batang/rhizome apabila ianya dipotong

c) Buah menjadi rosak seterusnya hitam dan reput

symptom pokok 1 symptom pokok 2 symptom pokok 3 symptom pokok 4 symptom pokok 5 symptom pokok 6 symptom pokok 7 symptom pokok 8 symptom pokok 9 symptom pokok 10 symptom pokok 11

Simptom-simptom yang ditunjukkan disini ialah terhasil daripada serangan bakteria R. solanacearum dimana bakteria ini boleh memasuki pokok pisang melalui luka pada batang pokok berkenaan iaitu luka semulajadi atau luaran. Luka semulajadi biasanya seperti pertumbuhan akar dan luka luaran seperti amalan pertanian oleh petani yang menggunakan parang atau pisau yang tidak dibasuh terlebih dahulu. Bakteria yang terkandung dalam xylem akan menyebabkan pokok pisang tersebut mengalami banyak masalah seperti air tidak boleh sampai ke kawasan buah, degradasi dinding dan kelayuan terhasil daripada kekurangan air. Akibat daripada masalah-masalah inilah menyebabkan kerosakan pada daun (layu) dan juga buah (rosak).

3.0 MENANGANI MASALAH PENYAKIT MOKO PISANG

Serangan penyakit ini adalah seperti penyakit kanser yang dihidapi oleh manusia, ianya mempunyai tahap-tahap tertentu dimana pada tahap kritikal, pokok ini tidak boleh diubati lagi dan perlu dibuang dan dimusnahkan. Pada tahap awal, daun tertua mula layu dan pada tahap seterusnya, ia akan menyerang daun muda. Sulur pokok pisang ini juga akan rosak dan mati sekiranya kepekatan bakteria tinggi dalam pokok tersebut. Akibatnya, buah pisang dijangkiti bakteria, terbantut, mereput dan akhirnya mereput.

Sehingga kini, tiada rawatan yang khusus yang boleh mengubati jangkitan penyakit ini selain memusnahkan semua pokok yang dijangkiti dan seterusnya melaksanakan Amalan Pertanian Baik (APB). Petani digalakkan untuk membuat kitaran tanaman dan tidak menanam pokok pisang selama beberapa tahun. Petani perlu memusnahkan semua pokok pisang yang dijangkiti dan pokok-pokok yang berdekatan. Kawasan-kawasan ini perlu dikuarantinkan selama 18 hingga 24 bulan bagi mengurangkan pertumbuhan bakteria dalam tanah.

Pemusnahan pokok-pokok pisang yang dijangkiti penyakit Moko ini sesuai dijalankan bagi memastikan pokok-pokok pisang tidak lagi diserang oleh penyakit tersebut. Akan tetapi, secara realitinya, ianya sukar diamalkan kerana bakteria tersebut akan muncul dan membiak lagi pada masa akan datang. Ini kerana koloni bakteria yang kecil akan tumbuh dengan banyak sekiranya makanan yang ada bagi mereka mencukupi bagi pertumbuhan tersebut. Tambahan lagi, pendapatan petani-petani dan pengusaha pokok pisang akan merosot dan mengalami kerugian dan ada yang akan hilang mata pencarian kerana kos pembersihan yang agak tinggi dan penurunan sumber pendapatan. Selain itu, harga pisang akan melambung tinggi dan akan menyukarkan peniaga-peniaga yang berasaskan pisang. Banyak lagi kesan-kesan negatif yang akan berlaku sekiranya cara kawalan ini diamalkan.

Oleh yang demikian, bagi memberikan rawatan terhadap penyakit ini, kita harus memahami secara saintifik punca dan mekanisma jangkitan ini. Pemahaman ini sangat perlu kerana jangkitan penyakit Moko ini sama seperti jangkitan kanser terhadap manusia. Sekiranya seorang penghidap kanser telah didiagnos pada tahap awal, ianya boleh dirawat dan sekiranya ia telah berada pada tahap kritikal, ia tidak boleh dirawat akan tetapi jangkitan kanser tersebut boleh dicegah. Sama seperti jangkitan penyakit Moko, ianya boleh dicegah dan boleh dirawat.

Pencegahan boleh dilakukan dengan cara mematikan bakteria R. solanacearum didalam tanah dan mengamalkan Amalan Pertanian Baik bagi penanaman baru pokok pisang atau setelah pokok pisang yang dijangkiti ini dimusnahkan. Rawatan pula boleh diberikan kepada pokok pisang yang dijangkiti penyakit Moko pada tahap awal dengan cara mematikan bakteria yang ada dalam tanah dan memberikan nutrien yang secukupnya kepada pokok pisang tersebut. Mematikan bakteria tidak cukup untuk mengembalikan pokok dalam keadaan baik tetapi dengan memperoleh nutrien yang secukupnya, pokok tersebut dapat menjadi bertambah sihat dan dapat menentang penyakit.

Dengan sebab inilah, gabungan penggunaan baja IMO-PLUS dan M-ProBio yang dihasilkan oleh Provet Group of Companies Sdn Bhd dapat merawat penyakit Moko pada pisang dan hasil yang positif diperolehi hasil daripada penggunaan baja ini. Ini kerana konsep yang digunakan daripada baja tersebut seperti yang telah diterangkan dalam perenggan sebelum ini.

4.0 KONSEP RAWATAN IMO-PLUS DAN M-PRO BIO

IMO-PLUS ialah baja campuran yang dihasilkan sendiri oleh Syarikat Provet Group of Companies. Baja IMO-PLUS mengandungi berbagai-bagai nutrien yang diperlukan oleh tanaman terutamanya kandungan N, P dan K. Baja ini bukanlah hanya baja campuran semata-mata, ianya dikuatkan lagi dengan kehadiran bahan pembawa iaitu satu bahan tak organik (inorganic material) yang bertindak sebagai bahan penyokong kepada nutrien-nutrien ini (support system). Dengan adanya bahan pembawa tak organik ini, nutrien-nutrien akan dilepaskan secara perlahan-lahan kedalam tanah seterusnya diserap oleh akar tumbuhan. Bahan pembawa tak organik ini telah terbukti secara saintifik berupaya memegang nutrien-nutrien yang dibawa bersama didalam baja dan seterusnya dilepaskan mengikut kadar tertentu atau dengan kehadiran air. Konsep ini dipanggil “Controlled Released Fertilizer System” dimana nutrien-nutrien seperti kandungan N daripada ammonia (NH4+), K daripada kalium (K+) (potassium) dan P daripada fosfat (P2O5) dan juga amaun logam surihan yang kecil seperti kalsium (Ca), mangan (Mn), ferum (Fe) dan lain-lain dipegang oleh bahan pembawa ini dan seterusnya dilepaskan dengan kehadiran air atau semasa diperlukan oleh akar. Dengan adanya bahan pembawa ini, nutrien-nutrien tidak akan hilang samaada secara larutresap dan seterusnya ke dalam air bawah tanah atau ditukarkan kepada bentuk gas akibat daripada proses yang dilakukan oleh bakteria seperti denitrifikasi. Oleh yang demikian, dengan adanya bahan pembawa ini, nutrien-nutrien akan sentiasa dibekalkan kepada pokok dan menyebabkan pokok menjadi bertambah sihat. Konsep ini sama seperti manusia yang sentiasa makan produk makanan tambahan (supplement) seperti vitamin-vitamin yang perlu atau bahan tambah makanan yang lain.

M-ProBio pula adalah larutan yang mengandungi bakteria-bakteria baik yang berguna untuk tanaman dan pokok-pokok. Bakteria-bakteria ini kebanyakannya membantu dalam proses pereputan dan ianya tidak pathogenik iaitu tidak membawa penyakit kepada pokok-pokok atau tanaman.

Dalam menangani masalah penyakit Moko pada pokok pisang, terdapat dua kaedah dan konsep yang penting dan berkesan iaitu kaedah pencegahan dan kaedah rawatan. Dalam kaedah pencegahan, ianya bermula daripada tahap penyediaan tanah untuk penanaman pisang atau penanaman semula pisang akibat daripada serangan penyakit ini. Kaedah rawatan pula dilakukan bagi pokok yang baru menunjukkan simptom-simptom awalan penyakit Moko.

4.1. KONSEP PENCEGAHAN

Menurut Jabatan Pertanian berkenaan cara untuk menangani masalah penyakit Moko ini, mereka mencadangkan supaya pokok-pokok pisang yang telah terkena penyakit dihapuskan secara keseluruhannya dan membiarkan tanah tersebut tanpa tanaman selama beberapa tahun. Walaupun cara ini mungkin berkesan dalam menangani masalah ini, mereka tidak pula menyatakan mengenai cara untuk membunuh bakteria R. solanacearum didalam tanah yang telah dijangkiti penyakit Moko. Bakteria ini boleh hidup dalam tanah dan berkembang biak pada masa yang lama kerana makanan yang ada mencukupi untuk pertumbuhan bakteria tersebut. Bakteria ini memerlukan udara (aerobik), sumber karbon dan nitrogen dan juga air untuk hidup. Bakteria ini akan sentiasa ada dalam tanah walaupun tiada pokok pisang ditanah tersebut. Oleh yang demikian, bakteria ini akan muncul kembali sekiranya pisang ditanam selepas 2 atau 3 tahun tanah ini dibiarkan dan masalah yang sama iaitu penyakit Moko akan menyerang pokok pisang kembali.

Oleh itu, dalam keadaan ini, adalah penting untuk memastikan bakteria R. solanacearum dapat dibunuh secara keseluruhannya pada tapak tanah yang dijangkiti selepas proses pemusnahan pokok yang terkena penyakit Moko dijalankan atau pada permulaan tanaman pokok pisang. Salah satu cara untuk mematikan bakteria ini dibunuh atau dihalangi daripada membiak secara berleluasa ialah dengan penggunaan campuran bakteria-bakteria baik seperti M-ProBio. Seperti yang dijelaskan sebelum ini, M-ProBio mengandungi bakteria-bakteria baik yang perlu kepada tanaman. Bakteria-bakteria baik ini mempunyai sifat asas yang sama dengan bakteria R. solanacearum dimana mereka memerlukan makanan untuk membiak atau melakukan pertumbuhan atau melipatgandakan koloni bakteria. Makanan-makanan yang diperlukan ialah seperti oksigen, sumber karbon daripada bahan organik, sumber nitrogen, sumber unsur surihan seperti logam surihan dan air. Apabila kandungan bakteria-bakteria baik melebihi daripada bakteria R. solanacearum, bakteria R. solanacearum akan mengalami kesukaran untuk mendapatkan makanan kerana terpaksa berlawan dengan bakteria-bakteria baik ini bagi meneruskan hidup bakteria ini. Akibatnya, bakteria R. solanacearum akhirnya tidak berdaya untuk membiak dan tumbuh dengan sempurna sehingga sel-sel bakteria ini hilang daripada tanah dan akhirnya tanah tersebut dikuasai oleh bakteria-bakteria baik. Sekiranya penanaman semula pokok pisang dijalankan dan pokok ini membawa bakteria R. solanacearum, bakteria ini tidak boleh hidup kerana terpaksa berlawan dengan bakteria-bakteria baik untuk mendapatkan makanan.

Inilah konsep pencegahan yang boleh dilakukan bagi memastikan bakteria R. solanacearum yang membawa penyakit Moko kepada pokok pisang tidak lagi tumbuh selepas penanaman baru atau penanaman semula keatas tanah yang dijangkiti jangkitan tersebut. Penggunaan M-ProBio bukanlah digunakan untuk mematikan bakteria R. solanacearum sepertimana antibiotik membunuh bakteria berbahaya tetapi ia lebih kepada memberikan saingan bagi mendapatkan makanan untuk pembiakan dan pada masa yang sama, M-ProBio memberikan bakteria baik kepada tanah. Bakteria-bakteria dalam M-ProBio yang telah disiram kedalam tanah akan bekerja bagi memastikan proses-proses penyuburan tanah akan berlaku.

Oleh yang demikian, sebelum daripada penanaman pokok pisang, adalah dinasihatkan supaya tanah tersebut atau lubang yang dibuat untuk penanaman pokok pisang disiram dengan M-ProBio.

Selain itu, dalam konsep pencegahan juga, petani-petani pokok pisang dinasihatkan agar menjalankan Amalan Pertanian Baik (APB) yang disarankan oleh Jabatan Pertanian. Oleh kerana jangkitan penyakit Moko ini juga turut berjangkit melalui pembawa seperti peralatan pertanian yang digunakan (parang, pisau, cangkul dan lain-lain), peralatan-peralatan ini perlu di basuh dengan bahan pembunuh bakteria seperti ubat antiseptik Dettol atau Clorox. Pembasuhan atau rendaman peralatan-peralatan ini dalam ubat antiseptik akan membunuh bakteria dan seterusnya menghalang daripada pokok lain dijangkiti oleh bakteria R. solanacearum.

 

4.2. KONSEP RAWATAN

Konsep kedua ialah konsep memberikan rawatan kepada pokok pisang yang terkena jangkitan penyakit Moko. Jangkitan Moko terhadap pisang ini boleh diibaratkan seperti jangkitan kanser yang dialami oleh manusia dimana tahap jangkitan penyakit Moko boleh dikategorikan kepada beberapa tahap bergantung kepada simptom yang dialami oleh pokok berkenaan. Pokok-pokok yang terkena jangkitan ini perlu didiagnos terlebih dahulu bagi menentukan tahap jangkitan yang dialami. Sekiranya pokok-pokok tersebut sudah berada pada tahap kritikal, ianya perlu ditebang dan penanaman semula perlu dijalankan dengan mengambil perhatian konsep pencegahan yang dibincangkan sebelum ini. Tahap kritikal ini apabila batang pokok telah menjadi kehitaman, daun-daun mengering dan layu dan buahnya yang rosak.

Pada satu rumpun, mungkin terdapat satu atau dua pokok yang terkena jangkitan pada tahap kritikal dan pokok lain masih tumbuh dengan segar, jadi konsep rawatan pada pokok yang masih segar boleh dijalankan bagi memastikan pokok-pokok yang belum terkena jangkitan ini dapat hidup dengan baik. Pokok-pokok yang telah rosak akibat serangan jangkitan ini perlu ditebang sepenuhnya dan baja IMO-PLUS dan M-ProBio boleh digunakan keatas pokok-pokok berkenaan, Dalam konsep rawatan ini, IMO-PLUS dan M-ProBio bertindak untuk memberikan rawatan kepada pokok-pokok yang berdekatan dengan pokok yang telah terkena penyakit Moko ini. Ini kerana bakteria yang menjangkiti pokok tersebut masih ada dalam tanah disekitarnya dan bakteria ini boleh menjangkiti pokok-pokok yang lain.

Konsep rawatan gabungan IMO-PLUS dan M-ProBio ialah dengan cara memberikan bakteria-bakteria baik sama seperti konsep pencegahan dan IMO-PLUS kemudiannya memberikan nutrien yang secukupnya kepada pokok berkenaan. Bakteria-bakteria baik daripada M-ProBio akan memastikan bakteria R. solanacearum tidak dapat membiak dengan sempurna dan mengurangkan koloni bakteria berkenaan. IMO-PLUS pula akan memastikan nutrien-nutrien bagi pertumbuhan pokok pisang diberikan secara berterusan bagi memulihkan pokok pisang berkenaan. Sama seperti manusia, sekiranya kita mendapat cukup nutrien dan bekalan makanan, kita akan dapat menghalang diri kita daripada dijangkiti penyakit.

Dengan sebab itulah dalam kajian secara tidak formal yang dilakukan oleh syarikat Provet Group of Companies Sdn Bhd keatas pokok pisang yang dijangkiti penyakit Moko ini mendapati 90 peratus daripada pokok berkenaan pulih dalam masa-masa tertentu. Ini semua berlaku disebabkan oleh konsep yang telah dibincangkan ini.

 

5.0. KAEDAH PENGGUNAAN IMO-PLUS DAN M-PROBIO

5.1. PENCEGAHAN

Bagi pokok pisang baru ditanam, penggunaan IMO-PLUS dan M-ProBio adalah bergantung kepada umur dan saiz pokok pisang tersebut. Bagi pokok yang kecil, sebanyak sekitar 200 g IMO-PLUS sesuai digunakan. Sebagai contohnya, benih daripada kultur tisu akan menghasilkan pokok yang bersaiz kecil dan sebanyak 60 g IMO-PLUS sudah cukup untuk digunakan. Penggunaan baja ini adalah seelok-eloknya sebanyak 3 bulan sekali. Bagi menampakkan kesan yang lebih baik, penggunaan IMO-PLUS digabungkan dengan larutan M-ProBio. Pada mulanya M-ProBio perlu diaktifkan dengan campuran air tanpa klorin seperti air sungai atau air perigi dan nisbah yang sesuai ialah 1: 200 (M-ProBio aktif: air tanpa klorin). Bagi penggunaan M-ProBio yang telah dilarutkan, sekitar 500 mL larutan tersebut mencukupi untuk disemburkan kepada tanah sekitar pokok pisang yang kecil. Sebelum dipindah daripada polybag ke tanah, semburan M-ProBio keatas benih pokok atau keatas tanah boleh dilakukan bagi memastikan bakteria baik tumbuh dengan banyak seterusnya membantutkan pertumbuhan bakteria R. solanacaerum. Adalah digalakkan menggunakan M-ProBio dengan kerap iaitu sebulan sekali atau 2 minggu sekali bagi memastikan bakteria baik terus tumbuh dalam tanah. Bagi kaedah penggunaan yang lebih berkesan, apabila sudah selesai penaburan IMO-PLUS, ianya terus disemburkan dengan M-ProBio diatas taburan IMO-PLUS tersebut dan juga keatas pokok. Jarak lingkungan yang sesuai untuk penaburan IMO-PLUS ialah mengikut anggaran zon akar atau saiz kanopi daun.

Dalam sela masa berikutnya iaitu selepas 3 bulan, sebanyak 120 g IMO-PLUS boleh ditaburkan untuk satu pokok dan kemudian, sekitar 200 g IMO-PLUS boleh digunakan untuk 6 bulan seterusnya dan akhir sekali sekitar 400 g untuk 9 bulan berikutnya. Bagi pokok yang matang iaitu pokok yang sedang menunggu untuk berbuah, penggunaan sekitar 2 hingga 3 kg untuk satu rumpun adalah digalakkan bagi mengelakkan terkena serangan penyakit. Penggunaan ini juga bergantung kepada saiz dan jenis pokok, contohnya bagi pisang nipah sebanyak 3 kg manakala pisang berangan sebanyak 3 kg. Apabila pokok sudahpun mengeluarkan buah dan juga anak, penggunaan baja kemudiannya ditingkatkan bagi memastikan nutrien yang dibekalkan mencukupi untuk proses pembuahan dan juga untuk pembesaran anak-anak pokok.

5.2. RAWATAN

Rawatan terhadap pokok pisang yang dijangkiti penyakit Moko bergantung kepada tahap jangkitan tersebut. Jika pokok tersebut telah menunjukkan semua simptom-simptom penyakit Moko, ianya perlu dimusnahkan secara keseluruhannya dan kaedah pencegahan kemudiannya digunakan. Sekiranya terdapat satu pokok yang terkena jangkitan dalam satu rumpun, pokok yang terkena jangkitan tersebut dimusnahkan dan rawatan diberikan keatas pokok lain dalam rumpun tersebut. Kaedah rawatan sama seperti kaedah pencegahan yang telah diterangkan sebelum ini tetapi kekerapan ditingkatkan iaitu sebanyak sebulan sekali sehingga pokok dipulihkan sepenuhnya. Keberkesanan rawatan ini dijangkakan akan ditunjukkan dalam masa 6 bulan daripada rawatan pertama. Pada satu rumpun, sebanyak 1.5 hingga 2 kg IMO-PLUS boleh digunakan pada satu rumpun bergantung kepada saiz pokok dan jenis pokok. M-ProBio juga perlu digunakan bersama-sama dengan IMO-PLUS iaitu M-ProBio disembur diatas IMO-PLUS yang ditabur. Untuk menampakkan  hasil yang lebiih baik, penggunaan M-ProBio boleh ditingkatkan kekerapannya iaitu 2 minggu sekali. Setelah pokok menampakkan pemulihan (biasanya selama 6 bulan), sela masa penggunaan IMO-PLUS dan M-Probio dijarakkan kepada 2 bulan sekali dan bagi pokok yang sudah pulih, penggunaannya sebanyak 3 bulan sekali.

6.0. RUJUKAN

1.http://www.pertanianperak.gov.my/jpp/index.php?option=com_content&view=article&id=434:panduan-menanam-pisang

2. http://www.doa.gov.my/documents/10157/d2c957e5-65a7-4f51-86f4-37eec6e982af

3. http://animhosnan.blogspot.com/2011/12/penyakit-moko-pisang.html

4. http://hijausawah.blogspot.com/2012/03/penyakit-moko-pada-tanaman-pisang.html

5. Fegan, M., Prior, P. (2006). Diverse members of the Ralstonia solanacearum species complex caiuse bacterial wilts of banana. Australasian Plant Pathology. 35: 93-101.

6. Toukam, GMS., Cellier, G., Wicker, E., Guilbaud, C., Kahane, R., Allen, C., Prior, P. (2009). Broad diversity of Ralstonia solanacearum strains in Cameroon. Plant Disease. 93: 1123-1130.

7. Moorman, GW. Bacterial Wilt – Ralstonia solanacearum. http://extension.psu.edu/plant-disease-factsheets/all-fact-sheets/ralstonia

8. Eyres, N., Mackie, A. (2001). Moko disease Ralstonia solanacearum (Race 2, Biovar 1). Factsheet. Department of griculture and Food. Australia.

9. Olson, HA. (2005). Ralstonia solanacearum. PP728 Soilborne Plant Pathogens. Department of Plant Pathology. NC State University.

10. Grey, B., Steck, TR. (2001). The viable but nonculturable state of Ralstonia soalancearum may be involved in long-term survival plant infection. Applied and Environmental Microbiology. 67: 3866-3872.

11. Action plan for Ralstonia solanacearum race 3, biovar 2 found in nursery facilties. (2003). United States Department of Agriculture, Animal Plant Health Inspection Service, Plant Protection and Quarantine.

12. http://www.agribusinessweek.com/controlling-moko-disease-in-bananas-with-em-application/

13. Hayward, AC. (2006). Fruits rot of banana caused by Ralstonia solanacearum race 2: Question of nomenclature, transmission and control. InfoMusa. 15: 7-10.

14. Woods, AC. (1984). Moko disease: A typical symptoms induced by afluidal variants of Pseudomonas solanacearum in banana plants. Phytopathology, 74: 972-976.

15. Ailloud, F., Yahiaoui, N., Remenant, B., Allen, C., Prior, P. (2012). Banana Moko disease and diversity of its unpredictable causative agent Ralstonia solanacearum. Tropical Plant Pathology. 37.

16. Jones, DR. (2002). Risk of spread of banana diseases in international trade and germplasm exchange. Acorbat. 105-113.

17. Molina, AB. (2005). Managing bacterial wilt/fruit rot disease of banana in Southeast Asia. Proceedings of the workshop held in Kampala, Uganda. 26-31.

18. Michel, VV., Mew, TW. (1998). Effect of a soil amendment on the survival of Ralstonia solanacearum in different soils. Phytopathology. 88: 300-305.