Ada Apa Dengan Pensyarah?

Terima kasih Allah atas rezeki.  Dapatlah mampir ke dunia akademik dalam berbaki perkhidmatan di UTM, insya allah.  Page ini  diharap menjadi sumber bantuan kepada mana2 rakan / adik2 / anak2 yang mahu berjinak2 sebagai ahli akademia di UTM.

(a) Apa itu BC4DCP ? Baseline competencies for differentiated career pathway i.e. kompetensi asas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pensyarah baru di UTM.  Ini akan diikuti dengan PTM, Program Transformasi Minda i.e. orientasi untuk staf baru UTM.  Lulus keduanya, nah, baru sah jawatan.

 (b) Tanggungjawab Pensyarah universiti penyelidikan + autonomi?  [disclaimer : atas kefahaman individu sahaja)

  1. melaksanakan komponen 7P [Pengajaran, Penyeliaan, Penyelidikan, Penulisan/Penerbitan, Perundingan, Perkhidmatan kepada masyarakat & Pengkomersilan]
  2. ISES (Integrity, Synergy, Excellence, Sustainability)

(c) Apa senarai tugasan utama dan sistem yang mesti diisi?

  1. Slide kedatangan  Isi borang cuti, semak cuti , semak kehadiran :** https://my.utm.my/–> login ACID –> slide || https://smis.utm.my/ (melalui VPN (Virtual Private Network) di https://vpn.utm.my  || aplikasi UTMSmart
  2. akses ke UTM daripada luar : VPN (Virtual Private Network) –> vpn.utm.my
  3. Kemasukan markah tahunan pensyarah :  eLPPThttps://my.utm.my/ –> login guna ACID [academic ID] –> pilih Sumber Manusia  –> http://utmhr1.utm.my/Dashboard/Landing….
  4. pilih track pensyarah = sda
  5.  Markah  Pengajaran & Pembelajaran – TESDCP (Teaching excellence) https://my.utm.my/ –> login ACID –> pilih Akademik, scroll down, pilih TES
  6.  segala maklumat berkaitan staf  =   my.utm.my
  7. Markah kemenjadian pelajar : iOBE Outcomes Based Education (iOBE) –> obe.utm.my
  8. Sistem Pelajar Postgrad – GSMS
  9. Sistem Pelajar Undergrad – aims.utm
  10. Kemasukan maklumat untuk Teaching & Learning – elearning.utm.my

Sistem di FSSH / Sekolah Pendidikan

  1.  Link website FSSH  Pendidikanhttps://humanities.utm.my/education/
  2. Projek RS1 dan RS2 SoE (pelajar mixed mode yang mengambil disertasi tesis)http://www.fp.utm.my/eproject/ProjectList.asp
  3. Link Sistem Kualiti FSSH /SoE