Aktiviti Mengacau Dodol

Assalamualaikum.

Pihak Badan Kebajikan CICT telah mengadakan aktiviti mengacau dodol pada 10 Jun 2018. Seronok sangat rasanya kerana aktiviti ni diadakan buat julung kali nya di CICT. Dodol telah mula dikacau seawal 7 pagi. Saya sempat menyumbang tenaga mengacau dodol semasa dodol masih cair.

Dodol cair

Aktiviti ini secara tidak langsung dapat mengeratkan hubungan di kalangan staf CICT kerana memupuk semangat kerjasama, saling bantu membantu dan memberi pengalaman baru buat mereka yang tidak pernah mengacau dodol. Dodol siap dibungkus dan diedarkan kepada semua staf CICT pada pukul 2 petang.

Mengacau dodol

Saya pernah mengacau dodol di kampung iaitu di Melaka. Setiap tahun aktiviti mengacau dodol adalah aktiviti tahunan keluarga di kampung. Bermula dari mengopek sabut kelapa, parut, perah dan mengacau dodol. Aktiviti ini bermula dari pagi hingga lewat malam. Pengalaman yang sangat berharga untuk dikenang.

Bersama-sama staf CICT

Semoga aktiviti ini dapat diteruskan pada tahun akan datang. Tahniah kepada semua staf yang telah menyumbang tenaga mengacau dodol dari cair hingga pekat dan membungkus nya untuk kami semua.

Selfie

This entry was posted in Uncategorized and tagged , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *