Program CSR – Hari Komuniti Digital

Assalamualaikum.

Program Pembangunan Sosial Masyarakat (CSR) adalah projek di bawah naungan DYMM Sultan Johor dan DYMM Permaisuri Johor. Tema program CSR adalah Bangsa Johor Bahagia. Program ini merupakan projek usahasama UTM dengan Istana Johor bagi membentuk Bangsa Johor Bahagia yang mempunyai nilai keperibadian bangsa Johor dengan objektif seperti berikut :

  1. Mengenal pasti masalah dan keperluan penduduk yang membentuk masyarakat impian bangsa Johor
  2. Merekabentuk cadangan aktiviti dan program masyarakat yang membina keperibadian bangsa Johor
  3. Membangunkan potensi fasiliti serta ruang persekitaran yang menyokong pembentukan keperibadian bangsa Johor

Pada 6 Oktober 2018, pihak CICT telah mengadakan program CSR Hari Komuniti Digital di Pangsapuri Kangkar Pulai blok Kenari. Program ini diketuai oleh Prof. Rose Alinda Alias. Program ini diadakan bagi memberi pendedahan kepada peserta mengenai teknologi maklumat yang terkini di samping memberikan ilmu yang boleh dimanfaatkan dalam aktiviti seharian.

Antara program yang dilaksanakan adalah ceramah etika penggunaan internet, klinik media sosial dan bengkel pembangunan media sosial komuniti. Peserta didedahkan dengan antivirus, penggunaan media sosial seperti Facebook, Instagram, Telegram dan Email.

Peserta yang mengikuti kursus di CICT

Seramai 44 orang staf CICT terlibat dalam menjayakan program ini. Pada hari tersebut, program berlangsung serentak di dua lokasi iaitu di Bilik Latihan 1, CICT dan di Pangsapuri Kangkar Pulai blok Kenari. Seramai 14 orang peserta dibawa dari blok Kenari ke CICT seawal 8 pagi untuk mengikut kursus yang boleh menjana pendapatan seperti #Youcanduit, eRezeki, eUsahawan dan Photophone.

MC of the day

Peserta Program CSR di Pangsapuri Kenari

Antara urusetia yang terlibat

Terima kasih kepada semua yang telah menjayakan program ini

This entry was posted in Uncategorized and tagged , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *