Trip to Pantai Timur

Assalamualaikum.

Saya telah mengikuti rombongan ke Pantai Timur yang dianjurkan oleh En. Jamhari selaku pengerusi Badan Kebajikan CICT pada 13 Disember 2018 hingga 16 Disember 2018. Kami ke sana menaiki bas dan rombongan ini membawa lebih kurang 40 orang termasuk staf dan keluarga staf. Tujuan utama kami ke sana adalah untuk menghadiri majlis perkahwinan staf CICT iaitu Fadzli.

Kami bertolak dari CICT pada 13 Disember 2018 jam 10 malam. Subuh dan sarapan pagi di Jerteh, Terengganu.

Zuraida dan saya

Nasi kerabu Terengganu

Kemudian kami teruskan perjalanan ke Rantau Panjang, Kelantan. Kami membeli-belah sekitar Rantau Panjang. Saya borong coklat di Zon Bebas Cukai. Ada pelbagai barang yang dijual di sini seperti seluar jeans, kain batik, kain pasang, mainan dan banyak lagi. Rantau Panjang terletak di sempadan Thailand. Pelbagai barangan dari Thailand juga ada dijual di sini.

Kami check in di Hotel Holiday Villa berdekatan Wakaf Che Yeh. Kami membeli-belah dan food hunting sekitar hotel.

Dari kiri : Zuraida, Hamizah dan Jannah

Udang goreng tepung. Sepinggan RM10 je

Nasi Pad kra pao

Berjalan sekitar Wakaf Che Yeh

Kerabu maggi

Aiskrim

Keesokan paginya, kami check out hotel dan bertolak ke Pasar Siti Khadijah, Kelantan. Pelbagai barangan yang dijual di sini. Ada barangan basah dan kering. Saya sempat memborong keropok, pes tom yam, budu dan lain-lain untuk dibawa pulang.

Hotel Holiday Villa, Kelantan

Dari kiri : Zuraida, Kak Gee, Hamizah dan Jannah

Bergambar kenangan di Pasar Siti Khadijah

Nasi dagang

Hujan rahmat membasahi bumi pagi itu. Kami bertolak dari Kelantan ke Besut, Terengganu untuk menghadiri majlis perkahwinan. Majlis cukup meriah walaupun hujan. Juadah yang disediakan tuan rumah sedap-sedap belaka.

Kad kahwin

Hadiah sumbangan staf CICT untuk pengantin

Pengerusi BKCICT menyerahkan sumbangan sempena perkahwinan kepada Fadzli

Staf CICT yang hadir memeriahkan majlis

Antara keluarga staf yang turut serta dalam rombongan

Bergambar kenangan bersama pengantin perempuan, Amira

Lauk pengantin. Sedap

Kuih-muih

Kuih sagu. Sedap sangat

Wefie

Selamat pengantin baru Fadzli dan Amira

Terima kasih kepada Fadzli sekeluarga atas layanan baik yang diberikan. Kami teruskan perjalanan dan singgah di Mr. Celup Tepung Station di Penarik.

Laut Cina Selatan

Adik2 Hamizah

Bergambar kenangan di buaian. Alhamdulillah talinya kukuh

Perjalanan diteruskan ke Pasar Payang. Di sini, pelbagai makanan yang dijual seperti keropok, keropok lekor, budu, kain sutera, kain batik, sampin tenun dan bermacam-macam lagi. Memang rambang mata.

Bergambar kenangan di Pasar Payang

Staf dan keluarga CICT

Keluarga wanita CICT

Anak2 staf CICT

Sebelum pulang ke Skudai, kami singgah solat jamak di Masjid Terengganu dan selamat tiba di Skudai pada 16 Disember 2018 jam 7 pagi. Rombongan ini sangat seronok kerana staf dan keluarga dapat mengeratkan silaturahim di samping dapat pengalaman baru yang manis. Semoga akan ada lagi rombongan yang dianjurkan selepas ini.

This entry was posted in Experience, Just Married and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *