Assalamualaikum.
CICT telah membuat inisiatif dengan mewujudkan satu program yang diberi nama Santai@11. Program ini dikendalikan oleh Puan Siti Faridah dan AJK yang dilantik. Staf CICT digalakkan untuk turut serta dalam program ini di pejabat masing-masing setiap hari dari jam 11 pagi hingga 11:30 pagi. Objektif aktiviti ini adalah untuk menambah keceriaan staf dan mengurangkan stress disamping dapat mengeratkan silaturahim sesama staf. Antara permainan yang boleh dimainkan adalah congkak, karom, uno card, uno stacko, dart, catur, snap, old maid dan pelbagai lagi. Aktiviti ini mula dilaksanakan pada 12 Mei 2019.