Pada 2 Oktober 2020 yang lalu, saya dan rakan pejabat telah berkelah di Pantai Tanjung Buloh, Sedeli Kechil, Johor. Kami berkumpul di UTM seawal 7:30 pagi dan bertolak pada jam 8:00 pagi. Saya pergi bersama Kak Ida, Emylia, Kak Azreen, Hamizah dan anak-anak Kak Ida. Ain pula bertolak bersama sepupunya dari Kluang, Johor.
Sampai je di pantai, saya rasa teruja mendengar deruan ombak yang memukul pantai. Rasa tenang dan seronok pada masa yang sama. Kami terus cari port untuk berkelah dan mula memasang khemah dan membakar arang untuk BBQ.
Kami juga tak ketinggalan bermain uno pada jam 11 pagi kerana kami biasa dengan program Santai@11 di pejabat. Terima kasih Puan Siti Faridah kerana mewujudkan program ni untuk release stress kami di pejabat.
Kami bawa dapur portable, jadi kami masak juga di tepi pantai. Menu ringkas seperti baked bean dan maggi menjadi pilihan. Kami bawa sarapan nasi lemak, sandwich, kuih-muih, ayam pandan, otak-otak dan pepes serta minuman buah-buahan.
Dah sampai pantai mesti lah kena mandi kan. Hahaha. Tapi yang mandi pantai cuma saya dan Emy je. Yang lain seronok berborak sambil mengambil angin.
Kami ada juga ambil gambar kenangan di tepi pantai beramai-ramai sebelum hujan terus lebat pukul 3 petang. Sebenarnya masa kami pergi ni musim hujan tapi kami redah dan tawakal je. Syukur pagi tu cuaca baik sangat. Dapat la kami menikmati keindahan alam. Alhamdulillah. Sun burn tetap ada ye haha.
Balik dari berkelah, kami pusing-pusing di bandar Kota Tinggi. Kami sampai di UTM lebih kurang jam 5 petang dan kami rasa lapar. Terus buka semula bekal yang tak habis semasa berkelah. Kami bersila atas jalan raya dan sambung makan. Hahaha. Pengalaman manis untuk kami semua.
Terima kasih saya ucapkan kepada semua rakan pejabat saya kerana dapat merealisasikan program berkelah ni. Semoga lepas habis covid19 ni, kita dapat buat aktiviti lain bersama-sama lagi. Saya gembira sangat berkelah bersama mereka. I love you all.