USG 2023 Petanque Wanita Double telah diadakan pada 9 Jun 2023 di Padang Petanque UTM. Alhamdulillah saya dan Qu telah berjaya merangkul pingat perak dan beza 1 mata sahaja dengan pemenang pingat emas. InsyaAllah kami akan cuba lagi tahun depan. Sesi penyampaian pingat diadakan pada 10 Jun 2023 dan acara Petanque Lelaki Double juga diadakan pada hari tersebut. Kami tak sempat hadir untuk terima pingat. Kalung pingat kat leher sendiri je la nampak nya hehehe.






