Fisioterapi

Assalamualaikum.

Saya mengalami masalah sakit lutut sejak 2014. Masa tu saya baru pulang bercuti di Sabah. Lutut sakit sangat sakit bila saya bengkokkan (bend) kaki. Saya pernah ke Pusat Kesihatan UTM(PKU) pada tahun 2014. Doktor hanya memberikan ubat glukosamine dan menyuruh saya menurunkan berat badan dan selepas itu saya tidak pernah berjumpa doktor untuk rawatan susulan.

Waktu dan tahun berlalu. Lutut sakit masih sakit hingga kini. Saya ke PKU lagi kerana waktu itu saya mengalami kesukaran bernafas kerana ada benjolan di leher. Saya takut jika ada apa-apa sakit serius memandangkan ramai rakan pejabat saya mengalami pelbagai masalah kesihatan. Doktor memaklumkan benjolan itu hanyalah jangkitan kuman kerana saya mengalami batuk selesema lebih seminggu dan tidak diberikan ubat antibiotik semasa berjumpa doktor sebelum ini (saya ke klinik panel masa tu).

Alhamdulillah lega sangat bila doktor kata infection kuman sahaja. Dah lah susah nafas macam orang semput. Saya pun ambil kesempatan untuk minta doktor periksa lutut saya yang semakin sakit. Bila doktor minta saya bengkok kan kaki, ada bunyi macam keropok di kedua-dua lutut saya. Tulang bergesel. Saya minta untuk rawatan fisioterapi dan doktor setuju.

Alhamdulillah saya telah menjalani 5 kali rawatan fisioterapi dan kini lutut saya semakin sembuh. Sepanjang sesi fisioterapi dijalankan, warm pad diletakkan di kedua-dua lutut saya selama 15 minit dan ada satu lagi alat yang ditampal di keliling kepala lutut dan ia akan bergegar (vibrate) selama 15 minit juga. Biasanya vibration pada lutut saya boleh sampai skala 20.Tujuan rawatan ini untuk relax kan muscle. Saya juga diminta untuk buat indoor cycling selama 15 minit.

Terima kasih kepada Aida dan Baharuddin atas bantuan dan nasihat yang diberikan sepanjang saya menjalankan fisioterapi di PKU.

Saya ingin kongsikan tips yang diberikan oleh ahli fisio untuk anda yang mengalami masalah sakit lutut :

  1. Pakai knee guard
  2. Buat senaman khas buat yang mengalami masalah sakit lutut
  3. Turunkan berat badan perlahan-lahan

Antara aktiviti yang boleh dilakukan oleh anda yang ada masalah sakit lutut :

  1. Berenang
  2. Indoor cycling
  3. Brisk walk (sila pakai knee guard)

Berenang dan indoor cycling amat digalakkan kerana ia adalah aktiviti yang bebas kecederaan (zero injury) dan selamat. Berbasikal di luar juga kurang digalakkan kerana khuatir jika jatuh atau kemalangan boleh menyebabkan masalah sakit lutut bertambah serius.

Semoga bermanfaat.

This entry was posted in Experience and tagged , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *