Happy birthday To Me

Alhamdulillah genap usia saya 31 tahun pada 12 Disember yang lalu. Terima kasih yang tak terhingga kepada semua rakan-rakan Pengurusan Pembangunan Aplikasi (ADM) CICT kerana menyambut hari lahir saya dan Zaki (11 Disember). Terharu sangat dan bersyukur kepada Allah dikurniakan orang yang baik di sekeliling saya. Alhamdulillah. Terima kasih Allah. Semoga setiap kebaikan yang kalian lakukan Allah balas dengan kebaikan yang berlipat kali ganda.

Terima kasih Kak Aisyah Lamin kerana telah bertungkus-lumus rancang majlis ni, beli kek dan belon sehari sebelumnya. Siap buat pot luck bagai. Terima kasih Kak Suzana buatkan lava cake untuk saya. Saya sayang anda semua kerana Allah Ta’ala.

This entry was posted in Experience and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *