Pening kepala apabila laman web fakulti atau jabatan tiba-tiba mengalami masalah teknikal dan perlukan penyelesaian segera? Sekarang, staf UTM yang menguruskan laman web boleh melaporkan isu secara terus kepada Pusat Komunikasi Korporat menggunakan Telegram melalui @UTMWebBot.

Cara Menggunakan @UTMWebBot

  • Mula Pencarian: Buka aplikasi Telegram di telefon atau komputer anda, kemudian cari @UTMWebBot.

  • Aktifkan Bot: Taip /start untuk memulakan perbualan dengan bot tersebut.

  • Pendaftaran Mudah: Taip /register. Anda hanya perlu masukkan nama penuh, nama fakulti/jabatan, dan emel rasmi @utm.my. Selepas itu, semak kotak masuk emel anda untuk mendapatkan PIN pengesahan.

  • Lapor Masalah Semasa: Apabila ada isu, taip /report. Sistem akan meminta anda memasukkan URL laman web, menghuraikan masalah, dan memilih tahap keseriusan. Anda juga boleh melampirkan screenshot sebagai rujukan tambahan.

  • Tunggu Notifikasi: Selepas laporan dihantar, anda hanya perlu tunggu. Bot ini akan memberikan notifikasi secara masa nyata (real-time) di Telegram sebaik sahaja masalah tersebut berjaya diselesaikan.

Fungsi Tambahan Bot

  • /status: Gunakan arahan ini untuk menyemak status terkini aduan yang sedang berjalan.

  • /myissues: Gunakan arahan ini untuk melihat semula senarai penuh aduan-aduan yang pernah anda laporkan sebelum ini.

Sistem yang dibangunkan oleh Seksyen Web & Komunikasi Digital UTM ini memang terbukti mempercepatkan proses penyelenggaraan dan menjadikan tindakan pembaikan jauh lebih efisien. Buat rakan-rakan pentadbir web UTM, jangan lupa manfaatkan kemudahan ini sepenuhnya supaya pengurusan laman web kita lebih lancar dan kurang tekanan!

dari meja tak berkaki hehehe noranizam hj demin