Salam semua,

Bersempena dengan sambutan Hari Cuci Malaysia 2026 (HCM 2026) dan World Cleanup Day yang berlangsung serentak di seluruh negara pada hari ini, 26 September 2026, kami di acara Start In Tioman 2026 (SIT 2026) tidak lepaskan peluang untuk turut serta menjayakannya!

Hari Cuci Malaysia tahun ini merupakan kempen pembersihan mega anjuran Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) bersama pelbagai agensi. Bagi menyokong aspirasi negara ini, program SIT 2026 telah menyusun aktiviti pembersihan khusus mengikut kumpulan peserta:

  • Peserta Snorkeling (Beach Cleanup): Para snorkeler menjalankan aktiviti pembersihan dan kutipan sampah di sekitar persisiran Pantai Tulai.

  • Penyelam / Divers (Underwater Cleanup): Para penyelam pula beraksi di dasar laut dengan menjalankan pembersihan dasar laut (underwater cleanup) di lokasi Pulau Labas dan Chebeh untuk membuang sisa sampah serta pukat karam yang mengancam hidupan laut.

Dengan menyasarkan penglibatan 200 orang peserta dari seluruh negara bagi acara SIT 2026 ini, kami berharap usaha kecil ini dapat memberi impak yang besar dalam menjaga kebersihan ekosistem pulau dan marin tempatan.

Langkah ini juga seiring dengan tema utama SIT 2026 iaitu menyelamatkan penyu serta hidupan marin lain daripada ancaman pencemaran plastik dan sisa buangan.

Semoga program ini terus berjalan lancar dan menjadi inspirasi untuk kita semua terus menjaga kebersihan alam sekitar, sama ada di darat mahupun di dasar laut!

– Noranizam Haji Demin