+60197855810 nnizamy@utm.my
Select Page

PEKELILING PENTADBIRAN: BIL. 33/2023
PENGISYTIHARAN CUTI KHAS PERISTIWA SEMPENA KEJAYAAN GEMILANG PASUKAN JOHOR DARUL TA’ZIM (JDT) MENJUARAI PIALA FA MALAYSIA 2023

Sukacita dimaklumkan bahawa Kerajaan Johor telah mengisytiharkan tarikh 23 Julai 2023 (Ahad) sebagai Hari Cuti Khas Peristiwa di seluruh Negeri Johor bagi meraikan kejayaan pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) menjuarai Piala FA 2023.

2. Selaras dengan Seksyen 9(1), Akta Hari Kelepasan Am 1951 [Akta 369], maka Universiti turut menyahut arahan Kerajaan Johor dan Cuti Umum tersebut diberikan kepada seluruh warga UTM pada tarikh tersebut.

3. Sehubungan dengan itu, semua urusan atau program-program lain yang telah dirancang lebih awal terutamanya yang melibatkan pihak luar perlu diteruskan seperti biasa. Semua staf yang terlibat dengan program rasmi yang telah dirancang dikehendaki bertugas dan layak mendapat cuti gantian tertakluk kepada peraturan yang berkuatkuasa.

Sekian dimaklumkan, terima kasih.

_____________________

“MALAYSIA MADANI”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA KERANA ALLAH”

Department of Registrar,
Sultan Ibrahim Chancellery Building,
Universiti Teknologi Malaysia,
81310 UTM Johor Bahru,
Johor, Malaysia
Office:07-5533333 I Fax: 07-5561722 I Website: http://registrar.utm.my/