Ringkasan Intipati Amanat Perdana Hari Kebangsaan 2026

  • Inisiatif BUDI MADANI: Kelayakan subsidi BUDI MADANI dikembalikan kepada 300 liter. Inisiatif ini akan memanfaatkan 16 juta pengguna BUDI 95 (RON95) dan lebih 0.5 juta pengguna diesel yang menggunakan pikap dan jip. Pelaksanaan ini berkuat kuasa seawal 1 September.

  • Penyelenggaraan Institusi Pendidikan: Kerajaan menyediakan tambahan RM500 juta untuk penyelenggaraan dan pembaikan prasarana sekolah bagi tahun 2027. Secara keseluruhannya, peruntukan penyelenggaraan adalah sebanyak RM1 bilion untuk tahun 2026 dan RM1 bilion untuk tahun 2027. Peruntukan ini meliputi semua jenis sekolah termasuk Sekolah Kebangsaan, SJK Cina dan Tamil, sekolah agama, tahfiz, pondok, serta sekolah pendidikan khas. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) diarahkan turun padang mulai 1 September untuk meneliti permohonan pembaikan, dan kerja penyelenggaraan akan bermula seawal Januari 2027.

  • Pemerkasaan Belia dan Teknologi AI: Melalui “Program AI untuk Rakyat”, belia yang berumur antara 18 hingga 30 tahun layak menerima langganan AI percuma selama 3 bulan. Untuk melayakkan diri, mereka perlu melengkapkan modul pembelajaran AI di Rakyat Digital. Sasaran awal inisiatif ini adalah seramai 100,000 belia.

  • Peningkatan Kesihatan Awam: Sebanyak RM1 bilion diperuntukkan bagi mempercepatkan urusan rawatan dan mengurangkan masa menunggu pesakit. Ia akan dilaksanakan menerusi pemerkasaan sistem Rekod Kesihatan Elektronik (EMR) dan penyediaan ketersambungan WiFi di fasiliti kesihatan awam. Naik taraf ini melibatkan 150 hospital dan 2,000 klinik kesihatan di seluruh negara.

  • Sokongan untuk Peniaga dan Perusahaan Kecil: Ambang jualan tahunan untuk pengecualian e-Invois telah dinaikkan daripada RM1 juta kepada RM3 juta. Peningkatan ini memberi manfaat pengecualian kepada 1.1 juta perniagaan. Selain itu, Geran Sejahtera MADANI bernilai RM200 juta disediakan untuk membantu pembelian kelengkapan peniaga kecil, termasuk ibu yang berniaga dari rumah, penjaja, dan peniaga pasar malam. Dana Pinjaman Perniagaan Mikro 2026 juga ditambah sebanyak RM1 bilion, menjadikan jumlah keseluruhan pinjaman yang tersedia kepada RM6 bilion.

Boleh download pdf sini.