+60197855810 nnizamy@utm.my
Select Page
 
Image Copyright: THE NEW STRAITS TIMES PRESS (M) BHD

Daerah Muar merupakan salah satu daripada 10 daerah di negeri Johor Darul Ta’zim, Malaysia. Daerah ini terletak di sebelah barat laut Johor, bersempadan dengan Daerah Tangkak di utara, Daerah Segamat di timur, dan Daerah Batu Pahat di selatan. Antara bandar penting dalam daerah ini termasuklah Bandar Maharani, iaitu bandar diraja bagi negeri ini dan Pagoh.

Daerah Muar berkeluasan 2346.12 km persegi dengan penduduk seramai 328,695 orang (bancian 2000).

Perkataan ‘Muar’ dipercayai berasal daripada perkataan muara. Kemungkinan lain ialah ia berasal daripada perkataan Sanskrit iaitu muna dan ‘ar yang masing-masing bermaksud tiga dan sungai, menggambarkan kewujudan Sungai Muar yang mengalir melalui bandar ini dan juga merupakan sungai terpanjang di Johor.

Spesis Tiram yang ada di sungai Muar ini di katakan dan juga mempunyai bukti kajian bahawa spesis ini hanya ada di Sungai Muar. Spesies tiram yang dikenali sebagai tiram putih atau nama saintifiknya, Crassostrea (Magallana) Saidii telah disahkan sebagai spesies baharu yang hanya terdapat di muara Sungai Muar, Johor.

Spesimen Crassostrea (Magallana) Saidii yang dikenal pasti oleh nelayan tempatan itu disahkan identitinya melalui ujian asid deoksiribonukleik (DNA).

“Spesies ini dikenali sebagai tiram putih dalam kalangan penduduk dan nelayan tempatan kerana isinya yang berwarna putih krim dan berkualiti tinggi.

 

“Ia lebih mendapat sambutan penggemar tiram berbanding spesies Crasssotrea Belcheri (tiram kapak) yang memiliki kulit lebar manakala isinya berwarna kelabu, coklat, juga boleh dijumpai di muara Sungai Muar,”

Walaupun spesies tiram sukar dikenal pasti melalui morfologi luaran, penyelam tiram tempatan yang berpengalaman dapat membezakannya.
Nampaknya otai-otai penyelam di sungai muar ini menyelam sehingga ke dalaman 9-10 meter dengan 0 kejelasan ketika berada di dasar sungai. Merekalah penyelam tradisional yang tinggal, menggunakan teknologi baru bukan hanya boleh meningkatkan produktiviti tapi ia tidak unik dan hanya melupakan tradisi selaman di sungai muar.