+60197855810 nnizamy@utm.my
Select Page

Mungkin ada yang perasaan mengenai warna dan mungkin ada yang terlepas pandang. bagi mereka yang berkecimpung dalam bidang multimedia mungkin telah biasa dengan warna-warna digital ini.

RGB merupakan singkatan kepada RED, GREEN dan BLUE. RGB biasanya digunakan untuk memaparkan sesuatu di skrin tv ataupun mana-mana skrin yang lain termasuklah telefon pintar anda. RGB merupakan model warna adiktif. Ini kerana, warna yang dihasilkan di skrin adalah campuran antara satu cahaya(warna) dengan cahaya(warna) yang lain, menghasilkan cahaya(warna) yang baru. Hasil gabungan tiga cahaya tersebut; red,green,blue akan menghasilkan warna putih.

CMYK pula merupakan singkatan kepada CYAN, MAGENTA, YELLOW dan KEY. CMYK biasanya digunakan untuk mencetak kerana kertas menyerap dakwat untuk menghasilkan warna berbeza berbanding cahaya menghasilkan warna. CYMK merupakan model warna substraktif yang mana hasil gabungan warna CYAN, MAGENTA dan YELLOW akan menghasilkan warna hitam.

Namun pun begitu, warna hitam yang terhasil merupakan warna hitam yang agak pudar dan suram. Oleh itu, wujud satu lagi  warna tambahan yang dipanggil sebagai KEY dalam CMY’K’ yang merupakan warna hitam. Terdapat banyak kelebihan yang diperoleh daripada warna kunci ini, antaranya ialah :

  • Menghasilkan warna hitam yang lebih gelap.
  • Menjimatkan dakwat kerana dakwat warna hitam adalah lebih murah berbanding mencampurkan tiga warna tersebut.
  • Mengurangkan kebasahan kertas anda kerana tiga warna diperlukan untuk menghasilkan warna hitam.

Apa persamaan CMYK dan RGB?

Persamaan dari CMYK dan RGB adalah keduanya sama sama warna primer atau warna asas.

Apa perbezaan CMYK dan RGB?

Perbezaan dari CMYK dan RGB, yaitu :
1. CMYK adalah Cyan-Magenta-Yellow-Black, sedangkan RGB adalah Red-Green-Blue.
2. CMYK adalah warna primer yang digunakan untuk percetakan, sedangkan RGB adalah warna primer yang digunakan untuk layar device.
3. Jika CMYK dicampurkan semua maka akan menghasilkan warna hitam, sedangkan jika RGB dicampurkan semua maka akan menghasilkan warna putih.

Oleh sebab itu, mungkin anda perasaan kenapa pencetak di rumah anda atau di mana-mana hanya mempunyai empat warna tersebut sahaja. Selain itu, anda dinasihatkan untuk menyunting gambar mengunakkan profil warna CMYK dalam perisian photoshop jika anda ingin mencetak gambar tersebut sebagai poster atau sebagainya. Namun, jika anda ingin menayangkan gambar di laman wen, skrin ataupun di billboard elektronik maka RGB merupakan pilihan yang tepat untuk anda.

Semoga perkongsian ini dapat membantu anda untuk menggunakan mod warna yang sesuai dan dapat membantu menyelesaikan masalah ketika task mod suntingan ataupun mod mencetak.