Menaiktaraf Fasiliti Asas bagi Meningkatkan Kehidupan dan Ekonomi Asnaf

Program Menaiktaraf Fasiliti Asas bagi Meningkatkan Kehidupan & Ekonomi Asnaf ini dilaksanakan bagi membaiki rumah seorang asnaf bernama Puan Norhayati Noh, 35 tahun dan tiga orang anaknya yang berusia dalam lingkungan 2 hingga 8 tahun. Bagi menjayakan program ini, kutipan dana secara besar-besaran telah dilaksanakan di Universiti Teknologi Malaysia amnya, Fakulti Kejuruteraan Awam dan Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) khususnya.

Keadaan rumah yang uzur dan tidak selamat diduduki menyebabkan Puan Norhayati terpaksa menyewa dirumah lain dengan kadar sewa yang sangat membebankannya. Beliau berhasrat untuk memperbaiki rumah berkenaan bagi membolehkan mereka 4 beranak di mana salah seorang anaknya ialah penghidap autism, hidup dengan lebih selesa dan dapat meneruskan usaha membuat roti untuk menyara keluarga tanpa belas ehsan orang lain.

Antara pihak yang terlibat dalam program ini ialah Fakulti Kejuruteraan Awam, Pejabat TNCPI, Majlis Bandaraya Johor Bahru, Amal Team Johor dan beberapa agensi lain. Perbelanjaan yang telah digunakan sepanjang program ini ialah sebanyak RM11,986.00 dan dana yang telah berjaya dikumpul juga sebanyak RM11,986.00. Dana ini diperoleh daripada kutipan derma yang dijalankan di UTM dan juga daripada luar UTM. Program ini dijalankan bermula daripada 1 Ogos 2017 sehingga 31 Ogos 2017.

Bagi menjayakan program ini, seramai 28 orang pelajar pasca siwazah telah bertindak sebagai sukarelawan dengan dibantu oleh para kakitangan FKA dan Pejabat TNCPI. Semua yang terlibat bertungkus lumus memerah tenaga dalam memastikan program ini berjalan dengan lancar. Hasil yang berjaya diperoleh daripada program ini ialah Puan Norhayati dan keluarganya mendapat tempat tinggal yang lebih baik tanpa bebanan sewa rumah yang tinggi serta dapat memajukan perniagaan rotinya. Selain itu, para pelajar juga telah menunjukkan peningkatan dalam kemahiran mereka melakukan kerja-kerja berkaitan kejuruteraan awam.

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Watch our VIDEO here (click link):

https://www.facebook.com/100000789267062/videos/1391253304244298/

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx