Program pemindahan ilmu dan kemahiran penyiasatan keadaan struktur bangunan kepada persatuan penduduk pangsapuri kos rendah Larkin

Program pemindahan ilmu dan kemahiran penyiasatan keadaan struktur bangunan kepada Persatuan Penduduk Pangsapuri Kos Rendah Larkin adalah program kerjasama antara Pusat Kejuruteraan Forensik (FEC), Sekolah Kejuruteraan Awam, Fakulti Kejuruteraan dengan Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB). Program ini disasarkan kepada persatuan penduduk pangsapuri lima(5) tingkat, Jalan Garuda, Larkin, Johor Bahru, Johor.   Objektif utama program ini adalah bagi melatih persatuan penduduk pangsapuri kos rendah Larkin bagi meningkatkan kemahiran dan prestasi mereka dalam aspek teknikal bagi kerja penyiasatan keadaan struktur pangsapuri mereka dan juga kerja-kerja penyelenggaraan bangunan. Persatuan penduduk ini terdiri daripada pelbagai latar belakang dan tanpa sebarang kemahiran teknikal serta berumur dalam lingkungan 50 hingga 65 tahun. Selain itu, program ini juga turut disasarkan kepada penduduk-penduduk yang menetap di pangsapuri berkenaan bagi tujuan kajian kes sewaktu kerja penyiasatan struktur bangunan dan kemahiran rektifikasi kecacatan bangunan dijalankan.     Kaedah kajian yang digunapakai bagi program ini adalah; fasa 1 – pemindahan ilmu dan maklumat kepada ahli persatuan penduduk, fasa 2 – demonstrasi proses penyiasatan keadaan struktur dan fasa 3 – pemantauan kelestarian pemindahan ilmu. Diakhir program ini, UTM dan MBJB telah dilihat sebagai antara organisasi yang memberi sumbangan berimpak tinggi kepada komuniti di pangsapuri kos rendah Larkin, serta kewujudan UTM sebagai institusi keilmuan diiktiraf oleh komuniti dengan persepsi yang amat dibanggakan.

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Watch our VIDEO here (click link):

https://www.facebook.com/100000590140545/videos/2309132092449773/

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx