Malaysia mensasarkan lebih banyak tenaga graduan jurutera dan profesional dilahirkan dikalangan belia negara. Ini adalah sejajarnya dengan keperluan Malaysia sebagai sebuah negara maju yang dipacu dengan ekonomi tempatan yang berdaya saing bagi memenuhi keperluan pembangunan. Ketika ini, sasaran yang diletakkan bagi mengisi kuota tenaga profesional dan mahir dalam bidang kejuruteraan adalah dalam peringkat yang masih rendah. Walaupun dalam masa yang sama, pelbagai pendekatan telah dilaksanakan bagi menyokong dan menggalakkan belia terutamanya golongan pelajar untuk memilih kerjaya ini pada masa akan datang. Namun, pelbagai juga usaha telah dilakukan oleh pihak yang berkepentingan bagi menyokong usaha kerajaan. Program Young Engineers Talent Program adalah sebuah program yang direkabentuk bagi menarik minat pelajar sekolah terhadap bidang kejuruteraan. Antara lainnya, program ini dijalankan bagi menggalakkan pelajar ini memilih bidang kejuruteraan apabila mereka bercadang untuk melanjutkan pelajaran ke universiti kelak. |
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
Watch our VIDEO here (click link):
https://www.facebook.com/100000590140545/videos/3026095817420060/
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
Ini tentunya sejajar dengan keperluan negara dan relevan dengan usaha kerajaan dalam memastikan kesinambungan serta keperluan tenaga mahir dan profesional dipenuhi pada masa akan datang. Program ini direka bentuk dalam beberapa fasa dimana ia dimulakan dengan sesi perbincangan diantara pihak Universiti Teknologi Malaysia dan Sekolah Menengah Teknik Johor Bahru. Fasa seterusnya melibatkan sesi perkongsian ilmu dan penilaian tahap kefahaman pelajaran mereka serta minat kepada kejuruteraan. Pasca seterusnya adalah program praktikal bersama dengan pelajar sekolah dan seterusnya kemampanan. Program ini melibatkan aktiviti seperti sesi perbincangan, penyelesaian masalah dan rekabentuk dan inovasi serta pemantauan keatas kemampanan program. Kumpulan sasaran bagi program ini adalah pelajar-pelajar yang berada dalam kursus kejuruteraan jentera, elektrik dan awam. Diakhir program ini, cetusan ilmu kejuruteraan yang digarap dalam diri setiap pelajar telah berupaya mencetuskan minat yang mendalam untuk generasi pelapis ini menceburi bidang kejuruteraan pada masa akan datang. |