Archives for October 2022

TAHNIAH!

TAHNIAH! …..

diucapkan di atas perkhidmatan dan sumbang bakti Y.Bhg Datuk/Prof/Dr./Saudara di Universiti Teknologi Malaysia yang telah mencapai tempoh berkhidmat selama 20 tahun pada tahun 2021.

Alhamdulillah, dah 20 tahun keja UTM, mcm baru je masuk keja 14.02.2001…..

SYARAT PENGANUGERAHAN

ANUGERAH JASA BAKTI (AJB), ANUGERAH JASA SETIA (AJS) DAN ANUGERAH DELIMA (AD) 

  1. Staf mesti berstatus TETAP dan telah berkhidmat genap 20/30/40 tahun atau lebih pada 31 Disember sebelum tahun penganugerahan di Universiti Teknologi Malaysia;
  2. Staf yang telah mengambil Cuti Tanpa Gaji (CTG), hendaklah menggantikan tempoh cuti tersebut mengikut bilangan hari cuti yang telah diambil untuk menggenapkan kiraan tempoh perkhidmatan 20/30/40 tahun bermula tarikh mula berkhidmat di Universiti Teknologi Malaysia. Syarat ini tidak terpakai bagi staf yang Cuti Belajar Tanpa Gaji (CBTG);
  3. Staf hendaklah bebas daripada sebarang hukuman tatatertib. Staf yang pernah dikenakan sebarang hukuman tatatertib sepanjang perkhidmatan di Universiti Teknologi Malaysia, kelayakan diambilkira selepas tiga (3) tahun bagi kiraan tempoh perkhidmatan melebihi 20/30/40 tahun;
  4. Staf yang telah genap tempoh perkhidmatan 20/30/40 tahun pada tahun persaraan akan diberikan penganugerahan pada tahun yang sama;
  5. Staf mendapat sokongan/persetujuan Ketua Jabatan;
  6. Staf hanya layak menerima Anugerah Jasa Bakti (AJB)/Anugerah Jasa Setia (AJS)/ Anugerah Delima (AD) sekali sahaja sepanjang tempoh perkhidmatan;
  7. Staf menerima tawaran Universiti untuk dianugerahkan AJB/AJS/AD

Nota :

AJB     : Perkhidmatan genap 20 tahun

AJS     : Perkhidmatan genap 30 tahun

AD       : Perkhidmatan genap 40 tahun

Sumber rujukan : https://registrar.utm.my/bsm/ajb-ajs-ad/

Tahniah Rakan-rakan Kursus Induksi 2001

Dapat pesanan WhatsApps dari rakan induksi….

Rakan : Kakkk, ko saing aku ke naik pentas?

Aku : Bila….. hahahaha

Rakan : Jasa Bakti…. november

Aku : Ooooooo…. xde email pon

Rakan : email mcm xde….. aku dpt surat je

Aku : Ooooooo…..

Rakan : surat x smp lg kt kat ko kot… aku bg contact no… cer call tanya

Aku : Tunggu PP inform…. dia ckp td kejap….

Rakan : kak amra baru ws ni ajak geng, blehla kita berbatik bersama nt

Aku : ok bole

Bestnya dapat berkumpul dengan geng-geng induksi tahun 2001…. kenangan sungguh tu. Terus terimbau kenangan sama-sama kami induksi dulu di N24. Alhamdulillah rakan-rakan semakin berjaya dalam bidang masing-masing.

Surat Jemputan
Pengesahan kehadiran

Tahniah! buat rakan-rakan tak sabar nak berkumpul dengan mereka semua

https://people.utm.my/norasiahsadek/

Perjumpaan Staf Teknikal Makmal

PERJUMPAAN STAF TEKNIKAL MAKMAL SKIM J, C & DV BERSAMA PENGARAH PPMU

Assalamualaikum wbt. & Salam Sejahtera,

YBhg Dato’/Datin/Prof./Prof.Madya/Dr./Saudara/Saudari
 
Dengan hormatnya, saya merujuk kepada  perkara di atas,

2.  Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Pengurusan Makmal Universiti (PPMU) akan menganjurkan program “PERJUMPAAN STAF TEKNIKAL MAKMAL SKIM J, C & DV BERSAMA PENGARAH PPMU”. 

3.  Sehubungan itu, Dato’/Prof/Prof Madya/Dr/Ts./Tc./Tuan/Puan/Saudara/Saudari dijemput untuk menyertai program tersebut seperti ketetapan di bawah:

Tarikh  :  25hb Oktober 2022 (Selasa)

Masa   :  2.15 Petang

Tempat   :  Dewan Kuliah 7, Blok N24

4. Program ini bertujuan untuk perkongsian maklumat oleh pengurusan PPMU kepada staf teknikal makmal daripada aspek tugasan, laluan kerjaya dan latihan yang diperlukan. Justeru, kehadiran YBhg. Dato’/Prof/Prof Madya/Dr/Ts./Tc./Tuan/Puan/Saudara/Saudari amatlah dialu-alukan.

UNIVERSITY LABORATORY MANAGEMENT CENTRE | Pusat Pengurusan Makmal Universiti (PPMU) (utm.my)

https://people.utm.my/norasiahsadek/

Adat Bugis

Acara Mendrek Tojang

Mendrek Tojang  ” Mendrek ” bermaksud naik manakala ” Tojang ” bermaksud buai. Bayi naik buai selepas 40 hari kelahiran. Pulut diwarnakan dengan 4 jenis warna dan dikukus kemudian disusun di atas pinggan.

Adat ini yang semakin dilupakan pada masa sekarang…

Disamping itu terdapat lepat-lepat, ketupat, pisang montel, ayam masak santan, ikan bawal goreng dan ” bale buta” ( nugget bugis ) diletakkan sekali.

Bayi yang sudah melepasi 40 hari akan di pusing disekeliling buai yang akan dinaikinya oleh orang tua-tua.

Kemudian disusuli dengan makan besar ” Mandre Loppo ” selepas acara naik buai.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Adat Bugis lain banyak lagi, tapi di Malaysia ianya telah semakin dilupakan disebabkan peredaran zaman. Anak muda zaman sekarang lebih mengutamakan benda yang wajib seperti aqiqah. 

Untuk melihat lebih banyak lagi tradisi ini, rakan-rakan boleh melayari YouTube yang berkaitan dengan adat ini.

Saya pon bila ingin melihat adat-adat bugis, lagu-lagu bugis saya pergi je Google atau ke YouTube.

Semuanya dihujung jari sekarang…….. 

Sumber Rujukan :

https://www.kompas.tv/article/85957/mandrek-tojang-tradisi-turun-temurun-warga-bugis

 

https://people.utm.my/norasiahsadek/

 

Family Time

Family Time…..

Benda tak rancang, wassap adik kat kampung ajak keluar makan-makan malam Sambutan Depavali… Terus booking meja untuk makan shellout kat Tambak…

Rakan-rakan yang ingin membawa ahli keluarga makan beramai-ramai Jot Kitchen Pontian amat sesuai. Beraneka makanan disediakan. https://www.facebook.com/Jotkitchenpontian

May be an image of text
Restoran Jot Kitchen Branch Pontian

Semoga mereka semua sentiasa gembira di samping aku…… Tanpa mereka sapa aku ini…..

Sumber YouTube : NORASIAH BT SADEK TNCPI – YouTube

Kepentingan Teknologi Maklumat

Kepentingan Teknologi Maklumat kepada masyarakat…..

Baru belajar Teknologi Maklumat, dan tajuk berita ini tetiba buat saya tertarik.

https://www.utusan.com.my/

Sumber rujukan : Facebook Utusan Online
https://people.utm.my/norasiahsadek/

Kelas Teknologi Maklumat

Kelas Teknologi Maklumat terus dijalankan walaupun Johor bercuti hari ini….

Oleeeee….Ole Ole Oleeeee…

Bangsa Johor dapat Cuti Peristiwa 16.10.2022 sempena Johor banyak menjuarai acara di beberapa kejohanan….

Kami tidak bercuti, Kami teruskan Kelas Amali IT di Magic X, di T03. https://ihumen.utm.my/magicx/

Kelas bermula jam 8.30 hingga 12.30 tengah hari. Setiap peserta Bridging dikehendaki mempamerkan blog masing-masing kepada Prof Shahrizal. Pada masa yang sama Prof dan En Azizul membetulkan dan menerangkan apa kesilapan dan apa yang perlu diperbetulkan di dalam blog kami.

Pembentangan tentang Blog https://people.utm.my/ peserta Bridging. Habis pembentangan En Azizul, Pegawai Penyelidik menyambung memberi lg input berguna tentang blog kepada kami.

Kelas Teknologi Maklumat

Tamat je kelas IT, Peserta Bridging dari KL pon bergerak pulang ke KL. Alhamdulillah, tamat sudah Amali Tahap 2 Sesi 1 pada tahun ini.

Terima kasih buat En Azizul Azman yang banyak membantu saya dalam menyiapkan blog. Memberi tunjuk ajar bagaimana mencipta.

Kelas Biologi dan Geologi

Kelas Biologi dan Geologi telah diadakan secara bersemuka. Kelas Amali bagi subjek biologi diadakan di Fakulti Sains manakala subjek geologi diadakan di Bilik Mesyuarat D03.

15.10.2022 ( Sabtu )

Kelas Amali Subjek Biologi pada sesi pagi 8.30 pagi sehingga jam 12.30 tengah hari.

Dr Azman mengajar kami tentang penggunaan mikroskop, mengenali jenis anamalia, alam plantae dan genetik.

https://science.utm.my/

https://people.utm.my/azmansamad/
https://people.utm.my/azmansamad/

Sesi petang 2.30 petang sehingga jam 6 petang, Subjek Geologi. Kami cuba membina batuan menggunakan tanah liat ( plastesin ), kemudian melakukan 3 ujikaji di Makmal Geoteknik untuk laporan amali kami.

Kelas Amali Geologi

Kelas Fizik dan Kimia

Kelas Fizik dan Kimia Secara Bersemuka

Pada Tahap 2, Kelas Bridging Gred C diakhir pembelajaran kami dikehendaki menjalankan amali di makmal mengikut Subjek yang kami pelajari.

Maka pada hari ini 14h Oktober 2022, alhamdulillah kelas bersemuka pertama kami bersama Pensyarah dan juga raka-rakan. Sebelum ini kami pelajar secara maya ( online ) dari Tahap 1.

Pembelajaran secara bersemuka kami dimulakan dengan kelas amali fizik yang diadakan di C20, Makmal Optik di Jabatan Fizik, Fakulti Sains.

Pensyarah Dr Raja dan juga Dr Faiz menbantu kami menjalankan amali dibantu oleh Puan Sarah, Penolong Pegawai Sains.

Saya merasa seronok dan gembira kerana saya dapat bertanya terus dengan Pensyarah semasa berada di dalam kelas berbanding secara online.

Webpage Staf Jabatan Fizik | Faculty of Science (utm.my)

Kelas Fizik

Kelas Fizik dan Kimia Secara Bersemuka

Pada sebelah petang, kami mengikuti kelas amali kimia pula. Ianya diadakan di Makmal C18, di Makmal Analisis Kimia.

En Hashim sebagai tenaga pengajar kami mengajar cara-cara menggunaan alat radas dengan cara yang betul. Mengenai keselamatan makmal dan amali seperti melakukan pencairan dan titrasi bahan larutan. En Hashim juga dibantu oleh seorang Penolong Pegawai Sains.

Aktiviti amat menyeronokkan secara bersemuka dan kami dengan mudah bertanya dengan tenaga pengajar mengenai ujikaji yang dijalankan.

Di akhir kelas, kami diminta menyelesaikan peperiksaan yang terakhir. Sebelum ini telah diadakan peperiksaan 1 dan 2. Soalan pada kali ini erbentuk subjektif dan penggiraan.

Kelas Kimia

Sambutan Maulidur Rasul

Sambutan Maulidur Rasul telah diadakan di IBD bermula jam 9 pagi. Sebelum kami memulakan perarakan, sesi bergambar bersama Pengarah dan juga Timbalan Pengarah di lobi IBD. Sambutan dimulakan dengan perarakan dari IBD N22 ke IBD N23. Disepanjang perarakan ini kami beramai-ramai berselawat ke atas junjungan nabi kita Nabi Muhammad.

Bagi mengimarahkan lagi sambutan ini, kami menjemput Ustaz Mahyudin bin Md Sarip, Pegawai Hal Ehwal Islam, Pejabat Canseleri untuk memberi ceramah. Ceramah berlangsung selama 45 minit. Selesai ceramah kami memberi saguhati dan juga juadah kepada Ustaz sebelum beliau pulang.

Setelah selesai Sambutan Maulidur Rasul disambung dengan perjumpaan bersama Pengarah IBD. Perbincangan berkisar tentang pencapaian IBD dalam beberapa bulan ini. Selepas itu, kami menjamu selera di Kafeteria IBD N23.

En Syafiq telah menyediakan aiskrim kon untuk staf dan juga pelajar IBD. Makanan kami pada pagi iru nasi hujan panas, ayam masak merah, acah buah dan juga buah-buahan.

En Hatta telah menyediakan kek sempena hari lahir staf IBd pada bulan September dan bulan ktober 2022.

Video-video dan gambar-gambar boleh rakan-rakan lihat di laman

Facebook Kelab IBD KELAB IBD UTM | Facebook

dan juga di blog saya https://people.utm.my/norasiahsadek/

Makmal Analisis Mikrob

Makmal Analisis Mikrob……