Teknologi Augmentasi Realiti ( AR )

  • Berikan cadangan, bagaimanakah teknologi AR dapat membantu tugasan harian anda sebagai seorang Penolong Pegawai Sains di UTM?

Teknologi Argumentasi Realiti ( AR ) dapat membantu tugasan harian saya seperti

  • Cadangan saya yang pertama :- Cara penggunaan alat analisis contohnya alat analisis protein di Makmal Analisis Makanan, walaupun pelajar tidak dibenarkan menjalankan analisis produk atau hasil ujikaji mereka sendiri, mereka masih boleh melihat AR alatan yang digunakan untuk memjalankan ujikaji dan SOP dengan mengimbas data menggunakan telefon bimbit di atas buku yang disediakan.
Alat untuk ujikaji protein di makmal.
  • Cadangan kedua saya, Di Makmal Analisis Mikrobiologi juga pelajar tidak dibenarkan menjalankan ujikaji sendiri, jadi dengan adanya AR alatan seperti mikroskop dapat membantu pelajar memahami penggunaan alatan tersebut. di sini dapat menjimatkan tenaga dan masa staf menerangkan tentang alat.

Pamplet alatan dari pengeluar SZX-AR1 Augmented Reality Imaging System (olympus-ims.com)

  • Cadangan yang ketiga, memperkenalkan ” QR code Equipment Tracking “, dengan hanya mengimbas QR code di alat kita boleh mendapatkan info tentang alat tersebut, kedudukan di makmal mana alat tersebut berada, dan juga kegunaannya. Melalui penggunaan teknologi QR code, kita dapat memberikan akses kepada pelajar dan staf untuk memperoleh maklumat tentang alat yang terdapat di makmal secara mudah dan cepat.
  • Bagaimana QR code Equipment Tracking berfungsi? Sangat mudah! Setiap alat akan dilabel dengan sekeping QR code yang unik. Ketika pelajar atau staf ingin mendapatkan maklumat tentang alat tersebut, mereka hanya perlu mengimbas QR code menggunakan aplikasi QR code reader yang terdapat pada telefon pintar mereka. Setelah QR code diimbas, pelajar atau staf akan memperolehi maklumat yang lengkap tentang alat tersebut. Informasi yang diberikan mungkin termasuk nama alat, jenama, spesifikasi teknikal, serta SOP (Standard Operasi Prosedur) yang perlu diikuti semasa menggunakan alat tersebut. Dengan maklumat ini, pengguna akan memiliki pemahaman yang lebih baik tentang alat dan bagaimana menggunakannya dengan betul.
  • Selain itu, sistem QR code Equipment Tracking juga memudahkan staf untuk melaporkan kerosakan alat. Sekiranya staf menjaga alat tersebut mendapati alat itu mengalami sebarang masalah atau kerosakan, mereka boleh menggunakan aplikasi QR code untuk membuat laporan kerosakan. Dengan cara ini, masalah alat dapat dikenal pasti dengan cepat dan tindakan perbaikan yang diperlukan dapat diambil segera.
  • Kami juga mempunyai rancangan untuk memperkenalkan Agumentasi Realiti (AR) ke dalam QR code Equipment Tracking. Apabila pengguna mengimbas QR code alat, mereka tidak hanya akan menerima maklumat secara tekstual, tetapi juga dapat melihat visualisasi alat dalam bentuk AR. Ini akan memberikan pengalaman yang jelas gambaran tentang bentuk alat, fungsi-fungsi utama, dan cara penggunaan yang betul.
  • Cadangan yang keempat saya, dengan Teknlogi AR, kita sebagai PPS boleh mengajar pelajar dengan lebih mudah tentang keselamatan makmal dengan memaparkan simulasi laluan keselamatan, pertolongan cemas, tindakan awal jika kecemasan di kawasan berhampiran.

https://people.utm.my/

Pages: 1 2 3