Rumusan

Rumusan daripada Slot pertama sehingga slot yang terakhir.

Slot 1, Prof menerangkan tentang Sejarah Pengkomputeran, Revolusi Industri, Sejarah Mesin Komputer, Sejarah Telefon, Wifi dan penerangan tentang virtual lab. Prof jugak mengajar kami tentang https://padlet.com/ dan https://research.utm.my/virtual-lab/

Slot 2, Prof menerangkan tentang Pengkomputeran Awan. Apakah dia Pengkomputeran Awan @ Cloud Computing. Penggunaan pengkomputeran awan kepada masyarakat khasnya penjawat awam di UTM.

Kemudian, Prof menerangkan tentang salah satu pengkomputeran awan yang kita gunakan pada masa kini iaitu Google drive. Cara penggunaan dan kepentingan di dalam kegunaan seharian di tempat kerja. Prof mengajar kami satu per satu ( step by step ) penggunaan Google Drive dari kita menulis sehingga ke cara untuk menghantar ke rakan atau pegawai- pegawai yang tertentu. Baru saya faham akan cuba aplkasikan semasa membuat laporan makmal nanti.

Slot 3, Pada slot terakhir ini Prof. Shahrizal membawa Pegawai Penyelidik beliau iaitu En Azizul bin Azman untuk membantu kami para peserta Bringing untuk membina blog. Banyak ilmu yang En Azizul berikan.

En. Azizul merupakan pegawai Penyelidik di Media and Game Innovation Centre of Excellence (MaGICX). https://ihumen.utm.my/azizul-azman/. Beliau kini dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Penjenamaan dan Pemasaran, Institute of Human Centered Engineering (iHumEn), Timbalan Presiden Persatuan Pegawai Tadbir dan Ikhtisas UTM (PERTISAS) dan Timbalan Pengerusi Kelab Kembara dan Rekreasi UTM.

Beliau juga merupakan felo residen di Kolej Tun Hussein Onn, UTM. Azizul menerima Ijazah Sarjana Muda Sains (Sains Komputer) dalam jurusan Rangkaian dan Keselamatan Komputer dari Universiti Teknologi Malaysia. Beliau telah diiktiraf sebagai Jurulatih Bertauliah HRDF pada tahun 2017. Pada masa ini tumpuan kerja beliau pada Realiti Tambahan, Realiti Maya, Industri 4.0, Gamification dan Pemodelan 3D.

Beliau juga mempunyai blog peribadi sendiri bersama keluarga https://zyzoolmiratravel.com.

Terima kasih yang tidak terhingga buat En. Azizul kerana banyak membantu saya sepanjang menyediakan blog https://people.utm.my ini.

Kelas IT

Alhamdulillah, telah habis selesai pembelajaran bagi Tahap 2 Sesi 1, Teknologi Maklumat.

Di sini saya sediakan video rumusan saya berkaitan slot-slot yang saya pelajari.

Rumusan Subjek IT
https://people.utm.my/norasiahsadek/