Assalamualaikum dan salam sejahtera

Nampak tak gambar di atas tu ? Hari ini saya nak share lokasi gambar di atas yang telah tertubuh sejak tahun 2011 iaitu Malay Culture Village Sdn Bhd yang terletak di 

https://www.google.com/maps/place/The+Malay+Cultural+Village+Sdn+Bhd/@1.5095047,103.7442939,15z/data=!4m2!3m1!1s0x0:0x701748e533b20931?sa=X&ved=2ahUKEwj6xd-sq57dAhWGtY8KHbP3CdoQ_BIwDnoECAkQCw

Saya mengetahui lokasi ini bermula dari carian tempat sejarah yang tidak berat maklumatnya dan bersesuaian untuk saya bawa anak-anak saya yang kurang dari 5 tahun. Jadi, rakan saya memberikan cadangan untuk ke Malay Culture Village..Saya terus menghubungi Malay Culture Village dan  mereka memberi maklum balas dengan segera termasuk package..Saya ambil package yang RM 58 dewasa dan RM48 kanak-kanak.

Layanan yang diterima sangat mengembirakan saya dan keluarga selaku pengunjung. Kami tiba di sana lebih kurang jam 11 pagi dan disambut gembira oleh tourist guide iaitu En Haikal, muka dia di gambar di atas yang pakai baju warna oren tu..

Kami diminta untuk hit the gong tanda kami telah tiba di Malay Village Culture, seperti zaman dulu la kan, budaya melayu..Nampak tak muka Nek Long saya terlalu gembira..

Kemudian kami di kenalkan pokok yang biasa kita dengar tp jarang kita lihat antaranya pokok kelapa, kelapa sawit, pokok nona, cekur, pandan, serai, rambutan, mangga, ciku, mahkota dewa, dan byk lagi laa…

Selepas itu kami menikmati rumah melayu lama.. Jumpa la labu sayong, tengok katil orang dulu-dulu yang berkelambu, kerusi lama zaman 70-90an dulu, cara hidangan makan orang dulu..dan yang menarik lagi rumah tu tiada satu pun besi atau batu.. pure kayu, papan dan atap dari nipah.. so untuk anak-anak yang lahir tahun 2000 sehingga kini semestinya susah nak jumpa dah kan?

Kemudian kami diberi peluang untuk belajar mencanting dan mewarna batik..Untuk pengetahuan semua, mencanting batik tidak boleh berpatah balik lukisannya.. Perlu sekali lalu sahaja.. dan Mewarna batik hanya menggunakan warna asas dan warna yang lain dari lain terpulang kepada kretiviti anda..

Seterusnya kami diajar untuk membuat sabun.. Tahu tak apa gunanya alkohol pada sabun untuk memastikan sabun tersebut berbuih atau tidak..

Selepas itu, kami diajak untuk melihat show teh tarik dan roti canai oleh Abang Mos (fb: Brade Mos) yang tidak kedekut ilmunya untuk kami..dan yang menariknya kami diberi peluang untuk mencuba..

Selepas mempelajari ilmu teh tarik dan roti canai, kami diperkenalkan budaya perkahwinan di Malaysia. Boleh rujuk gambar dibawah

Kemudian kami belajar ilmu tentang timah.. Nak cairkan timah perlukan suhu 230 darjah celcius dan nak keraskan timah selama 12 saat sahaja..

Yang menarik lagi, kami di ajak untuk melihat seni muzik Malaysia dan kami diajak menari bersama.. wow memang sporting..Persembahan ini lebih kurang 10 minit.. anak- anak pun happy dengan persembahan mereka. Well done!

Kami juga berpeluang belajar tentang wayang kulit, wayang kulit berasal dari Kelantan dan peralatan yang digunakan untuk membuat persembahan adalah kulit lembu.. Kreatif kan orang zaman dahulu?

Akhir sekali kami dijamu selera roti canai yang sayangt lembut dan garing dan teh tarik yang sangat padu..Terima kasih kepada management & team Malay Culture Village Sdn Bhd kerana memberi peluang terutama kepada anak-anak saya mengenali asas tentang kemelayuan zaman dahulu..

So jika anda ingin ke Johor Bahru boleh lawat tempat ini..

Semoga terus success