Kursus Pembangunan Laman Web diadakan pada 24-25 Februari 2020 di Bilik Seminar 3, UTM Talent Transformation Centre. Kursus ini diajari oleh Encik Mohd Sharul Hafiz bin Abdul Razak dan dihadiri oleh 35 orang peserta.

Kami di ajar untuk membina laman web menggunakan people.utm.my. Antara pembelajaran yang diperoleh adalah:

  1. Daftar laman web peribadi (urusan UTM);
  2. Teknik sunting post dan page;
  3. Kaedah menggunakan Divi dengan edit sendiri atau sedia ada;
  4. Pengunaan apps unsplash untuk download gambar secara percuma.

Terima kasih kepada En Mohd Sharul Hafiz, kini saya pandai sedikit untuk membina laman web ini. Minta halal ilmunya.