Pada jam 2:28 pagi, di sebuah jalan berais di Manitoba, Kanada….kamera pengawasan merakam satu adegan seperti dalam filem… tetapi ia benar-benar berlaku.

💔 Seekor anjing tidak bergerak selama lebih empat jam.

Dia tidak berlari.

Dia tidak meminta pertolongan.

Dia tidak melarikan diri daripada kesejukan yang boleh membawa maut. Kereta-kereta lalu. Lampu hadapan menyilaukannya.

Hon dibunyikan.

Namun dia tidak berganjak walau selangkah.

Apabila pegawai tiba, mereka menyangka akan menemui haiwan yang kaku kerana ketakutan.

Namun apa yang mereka temui membuatkan mereka hilang kata-kata.

Di bawah tubuhnya, tersembunyi dalam salji, terdapat seekor anak anjing kecil. Membeku. Hampir tidak bernafas.

Anjing dewasa itu menggunakan haba badannya sendiri untuk memastikan anak itu terus hidup. Dia tidak menyalak. Dia tidak menyerang. Dia tidak bergerak. Dia menjadi perisai.

Dia menjadi pelindung. Tempat berteduh. Rumah.

Dikatakan apabila penyelamat meletakkan anak anjing itu ke dalam ambulans, anjing besar itu tidak terus melompat masuk. Dia berdiri dan memerhati.

Dia menunggu. Hanya selepas dia melihat si kecil itu selamat… barulah dia bersetuju untuk masuk juga.

Mereka terselamat.

Dan malam itu meninggalkan satu pengajaran yang tidak sepatutnya dilupakan oleh sesiapa pun:

Kesetiaan tidak selalu menjerit. Kadangkala, ia hanya diam… walaupun untuk kekal di situ mungkin mengorbankan nyawanya sendiri.

Kerana kasih sayang sejati bukan sekadar emosi. Ia adalah satu keputusan.

Dan anjing ini memilih untuk tidak meninggalkan. 🐾❤️

Credit : MYNEWSHUB

CUCI TANDAS & PENYUCIAN JIWA

Ramai orang tanya saya,
“Betulkah ada hadis yang galakkan cuci tandas untuk bersihkan hati?”

Jawapannya — tidak ada hadis khusus yang menyebut begitu.

Tetapi… roh dan prinsipnya sangat kuat dalam sunnah.

Rasulullah ﷺ bersabda:

الطُّهُورُ شَطْرُ الإِيمَانِ
“Bersuci itu sebahagian daripada iman.”
(Riwayat Muslim)

Kebersihan bukan sekadar zahir.
Ia melatih disiplin, keikhlasan dan rasa tanggungjawab.

Baginda ﷺ juga bersabda:

“Membuang sesuatu yang menyakitkan dari jalan adalah sedekah.”
(Riwayat Bukhari & Muslim)

Bayangkan… buang duri di jalan pun sedekah.
Bagaimana pula membersihkan tandas yang digunakan ramai orang?

Lebih penting lagi — kerja seperti ini mematahkan ego.

Rasulullah ﷺ sendiri membantu kerja rumah, menjahit pakaian, memerah susu.
Baginda tidak pernah merasa hina melakukan kerja yang dianggap “rendah”.

Di sinilah rahsia tazkiyah.

Bila tangan kita membersihkan najis,
hati kita sedang dilatih untuk membersihkan takabbur.

Bila kita sanggup buat kerja yang orang lain elak,
ujub dalam diri perlahan-lahan pecah.

Pesan al-marhum ayahanda saya:

“Cuci tandas boleh sucikan hati dari sikap takabur dan ujub.”

Ia bukan hadis.
Tetapi ia selari dengan roh sunnah.

Kadang-kadang, jalan menuju hati yang bersih
bermula dari kerja yang paling sederhana.

Ikhlas Dari
Dr Nik Rahim & Associates

📍Kisah Makbul Doa Tahajjud

Ada seorang hamba Allah, hidupnya susah. Rezeki sempit, rumah tangga diuji, hati pula selalu gelisah. Orang lain lena dibuai mimpi, tapi dia paksa diri bangun jam 3 pagi. Ambil wuduk perlahan-lahan, solat dua rakaat tahajjud dengan air mata.

Dalam sujudnya dia hanya sebut:

“Ya Allah… aku tiada siapa melainkan Engkau. Jika Engkau tak tolong aku, aku tak mampu.”
Setiap malam dia buat. Bukan sehari dua. Berbulan-bulan.

Orang tak nampak air mata dia. Orang tak dengar rintihan dia. Tapi Allah dengar.
Tidak lama selepas itu, satu demi satu urusannya dipermudahkan. Rezeki datang tanpa disangka. Masalah rumah tangga jadi lembut dan tenang. Hatinya yang dulu gelisah bertukar lapang dan kuat.

Bila ditanya apa rahsianya, dia jawab:

“Aku tak kuat sebenarnya… cuma aku ada waktu rahsia dengan Allah setiap malam.”

Sahabat…

Tahajjud bukan sekadar solat sunat. Ia adalah waktu Allah buka pintu langit dan bertanya:

“Siapa yang meminta, Aku beri.”

Masalah kita besar… tapi Allah Maha Besar.
Dosa kita banyak… tapi rahmat Allah lebih luas.
Doa kita lambat makbul… tapi Allah tak pernah lalai.

Bangunlah walau 2 rakaat.

Jangan tunggu hati tenang baru nak solat.
Solatlah… nanti Allah yang tenangkan hati.❤️🫰

Anak kau dapat no 1, kau update…anak kau dapat masuk sekolah asrama penuh, kau update…suami kau gaji naik seribu, kau update…business kau untung juta2, kau update…

Semua kau nak update…

Klu anak kau dapat no. last dlm kelas, ada kau update? Kalau anak kau kena buang sekolah sbb masalah disiplin, ada kau update? Kalau suami kau kena buang kerja, ada kau update? Kalau business kau bankrupt, ada kau update?

Sebab apa kau tak update?

Adakalanya kita perlu berhati2 dgn perkara yg kita ingin update, yg kita ingin tunjuk kpd org ramai…sbb? Bila terlalu byk sgt pencapaian atau kejayaan yg kita selalu update, ketahuilah yg byk org menunggu kita utk jatuh, utk tersungkur, utk tepuk tangan…bukan sebab dengki, bukan sbb iri hati, bukan sebab busuk hati, tapi sbb kita dah terlalu berbangga sgt dgn apa yg kita perolehi, dgn nikmat yg kita kecapi tu…

Sedar tak sedar, apa yg kita update dan post tu sebenarnya ialah RIAK di media social…kita tunjuk sgt kelebihan anak kita, pasangan kita, diri kita, kehidupan kita kpd org lain…

Kita rasa kehidupan kita LEBIH BAIK dr org lain…

Sebab tu bagi org yg berakal, yg menggunakan media sosial dgn ilmu, dia xkan tunjuk apa pencapaiannya, apa kelebihannya, apa nikmat yg dia dapat…bagi dirinya, biar dia sendiri yg tahu, yg rasa dan yg bersyukur dgn semua tu…klu ditayang, ditunjuk, atau dipost, pastu ada org komen,

“Pandainya kau didik anak kau”, “ untung la kau suami gaji tinggi”, “cepat kaya la kau lpas ni”, ianya akan menimbulkan satu perasaan yg dipanggil TAKJUB…

Dia kagum dgn dirinya sendiri…perasaan kagum tu akan membawa kpd UJUB, RIAK dan SOMBONG…so nasihat saya, saya lebih suka kita keep it for ourself akan apa nikmat serta kelebihan yg Allah bagi pd kita…biar kita sahaja yg merasa smua tu…

Akhir kalam, TUNJUK dgn MENUNJUK itu lain…so, kita yg mana?

Sumber : Peguam Syarie Khidmat Masyarakat

“CEO Gaji RM60 Juta Setahun Tak Cukup, Sakau Lagi Duit Syarikat Buat Wedding Kat Istana Versailles!”

Tuan-puan pernah dengar tak orang tua-tua cakap, “Duit ni macam air laut, makin diminum makin haus.”

Itulah perumpamaan paling tepat untuk menggambarkan nafsu serakah manusia. Tak kiralah dia papa kedana atau dia raja segala CEO.

Kalau kita gaji RM3,000, kita rasa kalau dapat RM10,000 tu dah kaya gila. Tapi bila dah dapat, rupanya tak cukup juga.

Hari ini saya nak bawa Tuan-puan menyelami kisah seorang lelaki yang gaji dia setahun mencecah hampir RM60 juta. Ya, Tuan-puan tak salah baca. RM60,000,000.

Tapi bagi dia, duit banyak tu umpama “duit kopi” sahaja. Masih tak cukup untuk tampung gaya hidup kayangan dia.

Nama lelaki ini ialah Carlos Ghosn.

Dalam dunia automotif, Ghosn ni bukan calang-calang orang. Dia ni dulu bertaraf superpower.

Pada akhir tahun 90-an, syarikat kereta gergasi Jepun, Nissan, nyawa-nyawa ikan. Hutang keliling pinggang, kereta tak laku dan tunggu masa nak bankrupt je.

Datanglah Ghosn ni sebagai penyelamat. Dia dihantar oleh Renault (Perancis) untuk ambil alih dan selamatkan Nissan.

Ghosn buat kerja gila. Dia potong kos, dia tutup kilang yang rugi, dia buang pekerja yang tak perlu. Orang panggil dia “Le Cost Killer”.

Hasilnya? Nissan untung berbilion-bilion. Ghosn diangkat jadi hero.

Di Jepun, dia dilayan macam selebriti. Ada komik Manga pasal dia. Rakyat Jepun sanjung dia sebab selamatkan maruah industri negara mereka.

Tapi, di sebalik pujian melangit tu, ada satu barah sedang membiak dalam hati Ghosn.

Barah itu bernama Ego dan Tamak.

Masalah bermula bila Ghosn mula bandingkan gaji dia dengan CEO syarikat kereta Amerika macam General Motors dan Ford.

Dia tengok CEO kat sana dapat ratusan juta dolar. Hati dia panas. Dia rasa dia lebih hebat dari dorang. Dia yang selamatkan Nissan kot?

“Kenapa gaji aku sikit? Aku ni genius!” bisik hati hitam dia.

Maka bermulalah operasi menggunakan duit syarikat untuk kepentingan peribadi secara licik.
Siasatan dalaman Nissan kemudiannya mendedahkan macam-macam belanja pelik.

Ghosn mula guna duit Nissan seolah-olah itu duit bapak dia punya.

Siasatan mendapati ada dana syarikat digunakan untuk beli rumah mewah di Beirut, Lubnan.

Tak cukup dengan itu, ada apartment mewah di Paris.

Dan ada juga rumah peranginan di Rio de Janeiro.
Siapa bayar? Secara teknikalnya, anak syarikat Nissan yang bayar, tapi Ghosn dan famili dia yang duduk sedap-sedap.

Tapi kemuncak ketamakan Ghosn yang buat orang marah berlaku pada tahun 2016.

Masa ni dia nak buat parti besar-besaran sempena ulang tahun isteri dia, Carole, dan juga majlis perkahwinan mereka.

Orang kaya kalau kahwin, buat kat hotel 5 bintang pun dah cukup gah, kan? Tapi Ghosn tak nak biasa-biasa.

Dia nak buat majlis di Istana Versailles, Perancis!

Ya, istana tempat Raja Louis XVI dan Marie Antoinette tinggal sebelum kena pancung tu.

Tema majlis dia pun ala-ala Marie Antoinette. Pelayan pakai rambut palsu putih, pakai baju zaman Renaissance. Makanan mewah, champagne mahal mengalir macam air sungai.

Tuan-puan tahu, kos sewa dewan di istana tu sahaja bernilai €50,000 (RM200,000 lebih).
Dan Tuan-puan tahu siapa yang bayar?

Ghosn didakwa menggunakan “kredit tajaan” yang sepatutnya untuk syarikat Renault, tapi digunakan untuk majlis peribadi dia.

Ghosn dengan muka tak bersalah cakap itu adalah “majlis sambutan ulang tahun perikatan syarikat”. Padahal tarikh tu sama dengan hari jadi dia dan tarikh wedding dia.

Tetamu yang datang pun kawan-kawan selebriti dia.

Dia rasa dia kebal. Dia rasa dia “raja”.

Di Jepun, budaya mereka sangat mementingkan kesederhanaan dan kejujuran. Bos-bos Jepun selalunya naik kereta api je pergi kerja walaupun syarikat untung besar.

Tindakan Ghosn ni sangat menyakitkan hati eksekutif Nissan yang lain. Lama-lama, bangkai gajah mana boleh tutup dengan nyiru.

Pihak berkuasa Jepun mula hidu. Ada “whistleblower” dalam Nissan yang dah tak tahan tengok perangai Ghosn.

Pada November 2018, segala kemewahan Ghosn terhenti.

Dia mendarat di Lapangan Terbang Haneda, Tokyo dengan jet peribadi. Dia ingat macam biasa, ada orang jemput, bawa beg, hantar balik penthouse.
Tapi kali ni, yang tunggu dia adalah pendakwa raya Tokyo.

Dia ditangkap serta-merta!

Ghosn tergamam. Dari tidur atas tilam empuk di istana, malam tu dia tidur dalam sel penjara Tokyo yang sejuk beku.

Dia diberi makan nasi dalam mangkuk plastik.

Tandas cangkung. Tak ada pemanas.

Jatuh maruah dia. “The Fallen Hero”.

Dunia gempar. Ghosn mati-mati menafikan semua tuduhan. Dia tuduh ini semua konspirasi orang Jepun nak jatuhkan dia sebab dengki.

Dia dikurung berbulan-bulan, lepas tu dibebaskan dengan ikat jamin yang sangat ketat.

Syarat jamin dia ketat gila. Dia kena duduk rumah di Tokyo, CCTV pasang 24 jam di pintu masuk, tak boleh jumpa isteri, pasport semua kena pegang oleh peguam.

Ghosn rasa tertekan. Dia tahu kalau bicara diteruskan, peratusan untuk dia menang di mahkamah Jepun sangat tipis (kadar sabitan di Jepun ialah 99%).

Jadi dia rancang plot lari yang lagi dahsyat dari filem Mission Impossible.

Disember 2019. Akhir tahun.

Ghosn upah bekas tentera khas Amerika (Green Beret) bernama Michael Taylor untuk tolong dia lari.

Pada hari kejadian, ada sekumpulan “pemuzik” datang ke rumah dia kononnya untuk buat persembahan Krismas.

Bila persembahan habis, mereka bawa keluar kotak-kotak alat muzik yang besar. Kotak hitam jenama Yamaha yang selalunya simpan audio equipment atau double bass.

Tuan-puan dapat agak apa jadi?

Carlos Ghosn, CEO yang pernah menggegarkan dunia, yang pernah buat wedding kat istana, melipat badan dia masuk ke dalam kotak alat muzik tu!

Kotak tu ditebuk lubang sikit di bahagian bawah supaya dia boleh bernafas.

Dia diangkut keluar dari rumah, melepasi kawalan polis, dibawa ke lapangan terbang Osaka.

Sebab kotak tu terlalu besar, ia tak muat masuk mesin X-ray kastam lapangan terbang peribadi tu.

Dan sebab kelicikan operatif dia, kotak tu tak diperiksa. Petugas kastam ingat tu barang muzik mahal, jadi mereka lepaskan saja.

Ghosn berjaya lolos naik jet peribadi, terbang ke Turki, dan kemudian ke Lubnan (negara asal dia yang tak ada perjanjian ekstradisi dengan Jepun).

Bila sampai di Lubnan, dia buat sidang media.
Muka bangga.

“Aku bukan lari dari keadilan, aku lari dari ketidakadilan!” jerit dia.

Tapi dunia nampak sisi lain.

Dunia nampak seorang lelaki tua yang sanggup menyorok dalam kotak macam tikus, semata-mata takut nak berdepan dengan akibat perbuatan sendiri.

Sekarang, Ghosn hidup dalam “penjara besar” di Lubnan.

Dia tak boleh keluar dari negara tu sebab ada waran tangkap Interpol (Red Notice).

Rumah dia kat Paris dah kena sita. Duit dia banyak habis bayar peguam. Kawan-kawan lama semua menjauh. Nama dia yang dulu disanjung, sekarang jadi bahan jenaka.

Tuan-puan,
Apa guna gaji RM60 juta kalau tidur tak lena dan jadi buruan polis?

Apa guna buat wedding kat Istana Versailles kalau akhirnya kena lari sorok dalam kotak kayu yang sempit?

Kisah Carlos Ghosn adalah peringatan keras untuk kita semua. Tak kira tinggi mana jawatan kita, undang-undang Tuhan dan hukum kifarah tak pernah buta.

Dia rasa dia memiliki syarikat tu. Dia lupa dia cuma “pekerja” yang makan gaji.

Bila kita ambil hak yang bukan milik kita, walau
seringgit, itulah permulaan kepada kehinaan yang panjang.

Subhanallah, Maha Suci Allah daripada sebarang sifat kezaliman; moga kisah kejatuhan manusia yang angkuh ini menjadi iktibar agar kita sentiasa bersyukur dengan rezeki yang halal, dan dijauhkan daripada sifat tamak yang membinasakan diri sendiri dunia dan akhirat.


Korang dah ada ke buku saya ni?
Buku Keajaiban-Keajaiban Dunia membawa pembaca mengembara ke tujuh bahagian menakjubkan yang menggabungkan sains, sejarah dan keindahan alam. Dari keajaiban bumi purba hingga teknologi moden, setiap bab ditulis dengan gaya santai yang mudah difahami tetapi sarat ilmu. Dapatkan buku ini di Shopee: https://s.shopee.com.my/2g24zyvuWB

Sumber FB : Mazlan Syafie

SENI MENJADI ‘UNTOUCHABLE’: 10 TRICK PSIKOLOGI SUPAYA TAK KENA GAME 🛡️✨

Pernah tak rasa macam ada orang cuba nak ‘control’ atau manipulasi kita? Manipulasi ni selalunya taktik kotor untuk kepentingan diri mereka sendiri. Tapi jangan risau, kalau korang tahu 10 cara ni, tak ada siapa boleh buli mental korang lagi!

  1. JANGAN JADI MUDAH DIJANGKA
    Kalau dia dah tahu setiap reaksi kita, senanglah dia nak kawal kita.
  • Taktik: Ubah rentak. Kalau dia ingat kita nak marah, kita senyum je. Bila kita jadi “unpredictable,” dia akan buntu sebab ‘script’ dia dah tak menjadi.
  1. JANGAN MUDAH TERPEDAYA DENGAN PUJIAN
    Ada orang puji melambung sebab ada niat tersembunyi. Pujian tu sebenarnya macam ‘tali’ nak ikat kita.
  • Taktik: Terima pujian tu, tapi jangan sampai ‘high’ sangat. Kalau dia puji melangit sebelum minta tolong yang bukan-bukan, berhati-hatilah.
  1. KEKAL TENANG BILA DIPROVOKASI
    Si manipulator ni suka tengok kita melenting atau menangis. Itu tanda dia dah menang.
  • Taktik: Jadi macam air batu. Bila dia cuba sakitkan hati kita, kita balas dengan tenang je. Bila kita tak marah, dia yang akan rasa bodoh sendiri.
  1. BERANI CAKAP “TIDAK” TANPA ALASAN
    Kita selalu rasa bersalah nak tolak permintaan orang sampai kena bagi alasan panjang lebar.
  • Taktik: Cakap je “Tak boleh.” Kita tak perlu terangkan kenapa. Hak kita untuk tetapkan sempadan diri sendiri.
  1. TANYA SOALAN BALIK, JANGAN DEFEND DIRI
    Manipulator paling benci bila kita tanya soalan sebab ‘kuasa’ tu akan berpindah pada kita.
  • Taktik: Kalau dia tuduh kita macam-macam, tanya balik: “Kenapa awak rasa macam tu?” Biar dia yang pening nak jawab.
  1. JAGA ‘BODY LANGUAGE’
    Cara kita duduk atau berdiri pun main peranan. Kalau kita nampak gelisah, dia akan rasa dia lebih besar.
  • Taktik: Duduk dengan tegak, jangan goyang kaki atau nampak kalut. Bila kita nampak tenang, orang akan segan nak main-main dengan kita.
  1. GUNAKAN KUASA DIAM
    Kalau korang rasa dia tengah menipu, jangan terus bidas.
  • Taktik: Diam je dan pandang tepat dalam mata dia. Keadaan diam tu akan buat si penipu rasa sangat tak selesa sampai dia sendiri akan ‘terkantoi’ sebab nak tutup kesunyian tu.
  1. TEKNIK BISIKAN (WHISPER EFFECT)
    Kalau dia tinggikan suara, jangan lawan jerit balik.
  • Taktik: Lagi dia jerit, lagi kita rendahkan suara. Secara automatik, dia pun akan perlahankan suara dia untuk dengar apa kita cakap. Kita yang pegang kawalan emosi masa tu.
  1. TUKAR “MAAF” KEPADA “TERIMA KASIH”
    Terlalu banyak minta maaf buatkan kita nampak lemah dan mudah rasa bersalah.
  • Taktik: Daripada cakap “Maaflah saya lambat,” tukar kepada “Terima kasih sebab sudi tunggu.” Nampak lebih konfiden, kan?
  1. BIAR DIA YANG BUKTIKAN
    Bila orang salahkan kita tanpa sebab, jangan kelam-kabut nak tegakkan benang yang basah.
  • Taktik: Tanya je, “Apa bukti awak cakap macam tu?” Biar dia yang penat cari bukti. Kalau tak ada, dia sendiri yang malu.
  • Sumber FB : Dr. Sahol Hamid Abu Bakar

Setelah mati, semua yang kita kejar di dunia akan pergi.

Harta yang kita kumpul akan ditinggalkan.
Pangkat yang dibanggakan akan dilucutkan.
Jawatan yang dipertahankan akan diwarisi orang lain.

Ketika jasad dimasukkan ke liang lahad,
tiada siapa lagi memanggil kita dengan gelaran, tiada siapa lagi bertanya berapa nilai harta kita.

Yang menemani kita hanyalah amal.

Rasulullah ﷺ bersabda:

“Tiga perkara mengiringi si mati: keluarganya, hartanya dan amalannya. Dua akan kembali, dan yang tinggal bersamanya hanyalah amalannya.” (HR al-Bukhari & Muslim)

Di saat itulah manusia benar-benar faham,
rupa-rupanya yang paling setia bukan manusia tetapi amal soleh.

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan ulama hadis yang lain, Nabi ﷺ menceritakan:

Apabila seorang mukmin diletakkan di dalam kuburnya, datang kepadanya seorang pemuda yang wajahnya tampan, pakaiannya indah dan baunya harum.

Si mati bertanya:
“Siapakah kamu? Wajahmu membawa khabar gembira.”

Pemuda itu menjawab:
“Akulah amal solehmu.”

Ketika itulah baru disedari solat yang kita jaga, sedekah yang kita beri, zikir yang kita biasakan, air mata taubat yang pernah jatuh,
semuanya tidak hilang.

Ia hidup kembali menemani kita di alam kubur.

Dunia hanya tempat menanam. Kubur tempat menuai.

Jika di dunia kita sibuk mengumpul harta,
maka di kubur kita akan sunyi.

Tetapi jika di dunia kita sibuk mengumpul amal, maka di kubur kita tidak keseorangan.

Kerana akhirnya, yang masuk bersama kita ke liang lahad bukan rumah besar, bukan kereta mewah, bukan nama dan jawatan tetapi amal soleh.

Semoga Allah menjadikan amal kita teman yang menenangkan, bukan beban yang menyeksa. 🤍

Sumber FB

HUKUM TABUR TUAI

Ungkapan ini berat, tetapi inilah hakikatnya…
Kebenaran Yang Tersingkap Payah dan Kesabaran Perlu Dalam Ujian

Dalam lipatan zaman yang tidak terhitung, berdirilah suatu hukum alam dan ketuhanan yang azali: hukum tabur tuai. Setiap benih, sama ada diracun hasad dengki atau disiram tulus ikhlas, pasti akan menemui musim kematangannya.

Kebenaran, walau sekelip atau tersorok di balik tujuh lapis tabir kelam, sudah atau bakal tersingkap dengan sendirinya.

Tiada satu pun rahsia yang mampu kekal terpelihara dalam gua gelita; cahaya hakikat pada masanya akan menyerkap setiap sudut, mendedahkan apa yang sebenarnya terpendam.

Proses penyingkapan ini menguji jiwa. Ia memerlukan kesabaran yang teguh, laksana akar pohon tua yang merentasi batu karang mencari sumber air.

Ujian dan kepayahan yang dilalui ketika hakikat belum sepenuhnya zahir adalah sebahagian daripada sunnatullah.

Kepahitan itu sendiri adalah baja kepada pohon keinsafan dan pengertian.

Justeru, berteguh hatilah. Jangan gopoh gapah mendahului ketentuan Ilahi, kerana setiap detik penantian itu menyucikan niat dan mengukur ketahanan iman.

Percayalah dengan sepenuh keyakinan, suatu hari nanti, hukum tabur tuai akan berbalik semula kepada orangnya.

Setiap lekuk dan jeram perjalanan hidup akan ditimbang dengan neraca keadilan yang Maha Halus.

Kebaikan yang ditabur, walau disangka tiada, akan berbuah kesejahteraan. Kejahatan yang disemai, walau dinikmati buat sementara, akan menuai penyesalan yang pahit.

Inilah janji yang pasti, di mana segala yang tersembunyi akan terdedah dengan penuh kebenaran, dan setiap jiwa akan menghadapi cermin sebenar perbuatannya sendiri.

Maka, bersiaplah, dan taburlah dengan penuh kesedaran. Kerana tuaian masa depan adalah cerminan benih yang kita tebar hari ini.

Kebenaran tidak pernah mati;
ia hanya menanti detiknya untuk bersinar,
menyinari jalan yang lurus buat mereka yang sabar dan,
sentiasa berpegang pada yang hak yang hakiki.

::

nmaawarrior

nmaaasifaqir

nmaaberlari

nmaasharing

Sumber FaB : Norazita Marina

3 AMALAN YANG TIDAK TERPUTUS PAHALANYA DI AKHIRAT KELAK

Ingatlah wahai diri, saat kematian pasti akan tiba.

Di dunia ini kita akan diuji.
Di dunia ini juga diuji perasaan dan emosi.
Syaitan berbisik dan menggoda hati, supaya kita sombong, takabbur dan membangga diri.
Hidupkan tazkiyatun nafs..pembersihan hati..
Bacalah Al Quran setiap hari.

Akan tiba satu hari yang kita nantikan, tarikhnya cukup dirahsiakan..itulah HARI KEMATIAN!

Maka akan terputuslah semuanya..kecuali 3 perkara.

🌹Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah R.A, bahawa Rasulullah SAW telah bersabda (maksudnya) :

“Apabila mati seorang manusia,
terputuslah daripadanya amalannya kecuali tiga
perkara : Sedekah jariah atau ilmu
yang dimanfaatkan dengannya atau anak yang soleh yang mendoakan baginya.”
[Riwayat Muslim]

Jaga 3 perkara ini :

  1. Sedekah jariah
  2. Ilmu yang dimanfaatkan.
  3. Doa dari anak-anak yang soleh solehah.

Setiap hari adalah peluang untuk menggandakan ketaatan kepada Allah.

tahsinmadinah

Ramai orang sebenarnya bukan “malas” atau “tak pandai urus masa”.

Ramai cuma… terperangkap.

Pagi keluar rumah gelap lagi. Dalam kereta atau tren, badan dah mula tegang. Mata fokus pada jalan, kepala fokus pada jam. Sampai pejabat, tenaga dah separuh habis. Balik petang pula, jem sambung bab kedua.

Itulah “cukai masa” yang orang tak nampak, tapi badan dan hati bayar tiap hari.

Bila perjalanan pergi balik jadi 2 hingga 4 jam sehari, ia bukan sekadar “buang masa”. Ia makan perlahan-lahan benda yang buat kita rasa hidup.
.

Kajian tentang kesejahteraan pekerja memang konsisten: perjalanan sehala sekitar 15 hingga 30 minit selalunya paling ideal.

Bila mula melepasi 60 minit sehala, kesan negatif pada emosi, kepuasan hidup dan tahap stres makin ketara. Dan yang paling perit, benda ni bukan berlaku sekali-sekala. Ia jadi rutin.
.

Apa yang biasanya berlaku bila terlalu lama di jalan?

Badan jadi “tangki simpan tegang”. Belakang dan leher mula sakit sebab duduk lama, postur tak berubah, tambah pula stres masa memandu dalam jem. Dalam jangka panjang, stres kronik boleh mempengaruhi tekanan darah dan kesihatan jantung.

Emosi jadi cepat habis, cepat tersinggung, cepat rasa kosong. Ada kajian juga tunjuk “commuter’s paradox”: orang yang ulang-alik jauh cenderung kurang bahagia walaupun pendapatan lebih tinggi, sebab masa hidup yang hilang tu tak boleh dibeli balik.

Yang paling pedih, hubungan pun kena bayar. Hidup rasa macam kitaran robot: kerja, jalan, tidur. Kita bukan tak bersyukur. Kita cuma penat.
.

Kalau anda tak boleh pindah rumah atau tukar kerja sekarang,

✅ Kalau naik pengangkutan awam, cuba jadikan ia ruang rehat betul-betul. Kadang-kadang pejam mata pun dah cukup.

✅ Kalau memandu, cuba tukar jem jadi “masa yang tak sia-sia”. Podcast atau audiobook boleh bantu otak rasa ada makna, bukan rasa dirampas.

✅ Kalau ada ruang, bincang fleksibiliti. WFH sehari dua, atau waktu masuk anjal untuk elak puncak.
.
Kalau anda pernah rasa “hilang diri” sebab ulang-alik, cerita sikit di komen. Biar orang lain yang sedang senyap menahan pun rasa, “aku bukan sorang.”

Sumber FBb: Public Health Malaysia

UTM Open Day