Ujian…

Allah akan uji kita dengan macam-macam cara, macam-macam keadaan, macam-macam orang.

Sesiapa yang berjaya ialah mereka yang tetap teguh dengan solat, mereka yang tetap teguh dengan sabar.

“Wahai orang-orang yang beriman.Mohonlah pertolongan dengan sabar dan solat;sesungguhnya ALLAH beserta dengan orang-orang yang sabar”
(Al-Baqarah:153)

Sumber : Ustaz Ahmad Shukri Yusoff

Hadapilah Cabaran Yang Allah Hantarkan



Hadapilah cabaran yang Allah hantarkan untuk kita dengan tenang & tabah. Bukan bermakna mengambil mudah apa-apa yang terjadi atau turutkan sahaja apa yang berlaku. Tetap kita kena bersusah payah untuk keluar daripada masalah yang sedang kita alami. Usaha itu wajib!

Kita jadikan setiap cabaran yang kita lalui itu sebagai batu loncatan untuk kita jadi lebih kuat & lebih bijak pada masa hadapan.

Indeed, experience is the best teacher!

Sumber : Madinah Di Hati

3 Rahsia Buat Hati Jadi Lapang



Hati atau jiwa yang lapang tidak dapat dibeli dengan wang ringgit. Tidak juga boleh dikutip di kaki lima atau jalanan. Tidak juga hati yang lapang itu dapat dirasai dengan jaminan harta yang bertim-bun banyaknya.

Kita fikir-fikirkan kembali, besar sebenarnya nilai kelapangan hati itu sehingga wang yang banyak bukan menjadi tukarannya.

Bila kita berbicara soal hati, tiada sesiapa yang lebih mengerti melainkan Allah S.W.T dan kita itu sendiri walaupun adakalanya kita akan terkeliru dengan isi hati sendiri.

Urusan kelapangan hati sebenar-benarnya adalah urusan kita dengan Allah. Jika manusia lain seperti kita ini kita dapat tipu dan sembunyikan segala keresahan atau kebimbangan, maka Allah tidak akan sesekali tertipu.

Bila hati yang satu itu tidak lapang, semua serba tidak kena. Kerja juga tidak berjalan dengan lancar bahkan tidak keterlaluan hati juga akan terasa ketandusan terhadap sesuatu. Betul, kan?

Berikut adalah perkara yang perlu kita fikir-fikirkan kembali untuk memiliki hati yang lapang. Tid-aklah terlalu rahsia sebenarnya. Mungkin biasa kedengaran, tetapi tidak biasa kita lakukan.

#1 – Melakukan Kebaikan Demi Kebaikan

Mahukan hati yang lapang? Paling mudah, adalah dengan melakukan kebaikan. Tidak kira kebaikan apa pun. Yang sekecil-kecilnya dan yang sebesar-besarnya.

Melakukan kebaikan termasuk dalam perkara yang boleh mendatangkan kebahagiaan kepada diri sendiri. Seringan-ringan kebaikan adalah senyum kepada orang lain.

Siapa tahu dengan senyuman itu memberi keceriaan kepada seseorang yang mungkin hari yang di-laluinya terasa berat dan panjang.

Melayan orang lain sepertimana kita mahu dilayan dengan baik itu juga adalah kebaikan. Memu-dahkan urusan orang yang berkaitan dengan kita juga adalah kebaikan.

Bercakap dengan sopan dan tidak meninggi-ninggikan suara itu juga satu kebaikan. Memberi laluan kepada kereta di atas jalan raya walhal kita berhak untuk lalu terlebih dahulu juga, adalah satu ke-baikan. Hatta memuat naik status yang baik-baik di laman media sosial, itu adalah kebaikan.

Ada orang, katanya tunggulah diri kita ini jadi baik barulah buat baik dalam semua hal. Kata-kata itu, pada zahirnya ada betulnya. Namun, apa ukuran kebaikan bagi seorang manusia?

Sedang kita ini adalah seorang manusia yang tidak tetap hatinya. Dan kerana itu, jika ada kesem-patan untuk melakukan sebarang kebaikan, maka lakukanlah dengan segera.

Jangan bertunda-tunda, kerana pasti kita akan menyesal kemudian nanti apabila kesempatan untuk melakukan kebaikan itu tidak berulang lagi.

#2 – Bersedekah Dan Janganlah Kikir

Seorang kawan non-muslim saya tertarik dengan penekanan konsep bersedekah dalam Islam. Katanya dia tertarik dengan konsep pemberian atau sedekah yang kita berikan itu sebenarnya bukanlah mengurangkan, bahkan menambahkan lagi.

Benar, sebenarnya sedekah adalah antara faktor dari sekian banyak hal yang mampu menciptakan kedamaian dan kelapangan di dalam dada. Allah berfirman yang bermaksud;

“Dan perumpamaan orang-orang yang membelanjakan hartanya kerana mencari keredhaan Allah dan untuk keteguhan jiwa mereka, seperti sebuah kebun yang terletak di dataran yang tinggi yang disiram oleh hujan lebat, maka kebun itu menghasilkan buahnya dua kali lipat. Jika hujan lebat tidak menyiraminya, maka gerimis (pun memadai). Dan Allah Maha Melihat apa yang kamu perbuat.”
Surah al-Baqarah: 265

Kerana itu, harta yang banyak dan bertimbun sesekali tidak pernah menjadikan kelapangan hati itu satu pertaruhan.

Harta yang menimbun tidak membuatkan seseorang itu akan hidup selama-lamanya. Sedekah, infak atau wakaf tidak juga membuatkan seseorang itu miskin atau semakin dekat kepada ajalnya.

Pahala berpanjangan kepada sesiapa yang suka memberi kerana itu janji Allah, walaupun si pemberi sudah bersemadi di alam kubur, bahkan.

#3 – Memberi Pinjaman Kepada Allah

Allah S.W.T berfirman yang maksudnya;

“Jika kamu meminjamkan kepada Allah pinjaman yang baik, nescaya Allah akan melipatgandakan (pembalasannya) kepada kamu dan mengampuni kamu.”
Surah at-Taghabun :17

Memberi pinjaman kepada Allah? Apa sebenarnya maksudnya? Adakah Allah memerlukan pin-jaman dari hamba-Nya walhal Allah Maha Kaya dan Pemilik Sekalian Alam? Senyum.

Di dalam kitab Ibnu Katsir, ayat itu ditafsirkan dengan bermaksud seberapa besar pun yang kita nafkahkan, nescaya Allah akan menggantikan dan membalasnya. Hal ini diumpamakan sebagai pin-jaman sebagaimana yang pernah dicatat dalam hadis qudsi,

“Siapakah yang mahu meminjamkan, tanpa kezaliman dan menyeksa diri?”
Riwayat Muslim

Nampak betapa konsep sedekah itu dianggap pinjaman oleh Allah dalam Islam? Allah janji, setiap sedekah yang dikeluarkan, akan diganti semula dengan berkali ganda dari apa yang kita keluarkan. Allah berfirman yang bermaksud;

“Maka Allah akan melipatgandakan pembayaran kepadanya dengan lipatganda yang banyak.”
Surah al-Baqarah: 245

Jika kita bertanya, Allah ganti dengan bentuk apa? Wallahi, banyak! Salah satunya, adalah Ketenangan Dan Kelapangan Hati kita. Faktor yang terpenting dalam hidup kita, bukan?

Hidup ini, biar jiwa kita terasa lapang untuk membuat perkara-perkara yang Allah suka. Jangan jiwa kita menjadi sempit dan sesak, kerana membuat perkara-perkara yang Allah murka.


Kesimpulan

Sedar atau tidak kita ini, acapkali belenggu yang mengikat jiwa kita adalah dari belenggu yang membuatkan tangan kita terikat.

Harta itu adalah kurniaan, yang membahagiakan. Boleh jadi juga harta itu satu ujian, yang mem-binasakan.

Maka, pilihlah kita menjadi orang yang apabila Allah pinjamkan harta, maka dengan harta itu kita memberi keranan Allah.

Selain itu, dengan harta itu juga kita menyebarkan kebaikan di sekeliling kita. Tidak perlu menunggu untuk membuat kebaikan yang besar-besar.

Jika peluang kecil untuk melakukan kebaikan sudah ada di depan mata, maka teruskan langkah kita.

Sumber: Tazkirah.Net, 7/2/2019 (Khamis) 8.11 am

Kita Hanyalah

KITA HANYALAH

Kita adalah orang yang biasa-biasa saja, bagi orang yang tidak mengenal kita.

Kita adalah orang yang paling dicemburui, bagi orang yang hasad dengki pada kita.

Kita adalah orang yang paling menakjubkan bagi orang yang memahami kita.

Kita adalah orang yang istimewa bagi orang yang mencintai kita.

Kita adalah orang yang jahat di mata orang yang dengki pada kita.

Setiap orang punya pandangan masing-masing. Jangan lelahkan dirimu untuk memperbaiki diri di mata orang lain. Cukuplah ridha Allah bagimu.

Keridhaan manusia adalah sesuatu yang tidak akan tersentuh. Sedangkan keridhaan Allah adalah sesuatu yang tidak mungkin ditinggalkan.

Tinggalkan sesuatu yang tak tersentuh, carilah sesuatu yang tak mungkin ditinggalkan.
(Syaikh at-Thanthawi)

Sumber: Ustazah Fatimah, 6/2/2019

Apabila Allah melapangkan waktu untuk kita melakukan kebaikan seperti solat berjemaah atau menuntut ilmu, maka ketahuilah bahawa Allah sebenarnya ingin memudahkan kita menuju jalan ke syurga.

Sumber : Bahagian Dakwah, Jakim

BAGAIMANA NAK MEMBUAT ORANG KAGUM DENGAN KITA

BAGAIMANA NAK MEMBUAT ORANG KAGUM DENGAN KITA

1. Suarakan suara anda. Tampil ke depan dan tunjukkan keberanian anda berada di depan. Tegakkan badan, pandang mata setiap orang ketika anda bercakap.

2. Waktu kerja, kerja. Waktu berkawan, jadilah kawan. Ramai orang mencampurkan waktu untuk berkawan dengan waktu kerja menjadi satu. Kena tegur sikit di tempat kerja, merajuk banyak sampai mulut memuncung-muncung bila habis waktu kerja.

3. Gunakan diplomasi, bukan kuku besi. Jangan asyik mengomplen itu ini. Orang tak suka dikomplen. Mereka suka dihargai. Pujian membuat mereka mulai memberi perhatian pada anda.

4. Sentuh hati mereka dengan memulakannya dari hati anda. Sebelum tidur, maafkan kesalahan setiap orang yang anda marah hari tu dan hari-hari sebelumnya. Maafkan habis, biar rasa kemaafan tu meresap jauh ke dalam sanubari.

Amalan ini menjadikan hati kita bersih lalu ditumbuhi emosi positif, membentuk fikiran positif dalam diri. Jika kita pernah sakit hati atau marah sangat pada sikap mereka, lupakan selupa yang mungkin.

Tekadlah untuk tidak mengingati perkara itu walaupun hanya untuk 1 saat. Jangan ingat walau sedikit. Doakan kebahagiaan mereka. Ia akan menarik energi positif dari minda mereka datang bertumpu ke arah anda.

Kesannya, tiap kali mereka berjumpa atau bertentang mata dengan anda, mereka akan rasa tenang saja, seronok. Lama-kelamaan, timbul sikap kagum pada anda, lalu menganggap anda orang berwibawa.

Biar orang sakitkan hati kita, jangan kita yang sakitkan hati mereka. Itu bahaya. Kita sakitkan hati orang, kita akan susah 2 kali ganda dari kesusahan mereka.

Sumber : Datuk Wira Dr Maznah Hamid

Sebuku Roti…

Pada satu masa dulu ada sorang lelaki tua di zaman Nabi Musa AS. Dia sentiasa sibuk berzikir kepada Allah SWT tetapi macam terganggu sedikit sebab setiap hari dia asyik fikir dan risau pasal rezeki dia. Hari-hari memang rezeki dia ada sebuku roti sahaja

Satu hari, Nabi Musa AS lalu tempat orang tua tu. Orang tua tu pun fikir inilah peluang yang terbaik untuk dia tanya Nabi Musa AS untuk tanya Allah SWT tentang rezeki dia. Dia pun tegur dan beri salam kepada Sayyidina Musa AS dan dengan teragak-agak dia tanya.

“Oh Nabi Musa, apabila tuan bercakap kepada Allah, bolehkah tuan memohon Allah meningkatkan rezeki saya (rezeki). Dari dulu sampai sekarang, saya dapat sebuku roti setiap hari. Saya berhajat untuk dapat lebih. Bolehkah saya dapat lebih daripada tu? Jika tuan bertanya kepada-Nya, sesungguhnya pasti Allah akan menjawab permintaan tuan dan memberikan saya lebih”

Nabi Musa AS pun setuju dan kemudian selepas bertanya, Nabi Musa AS mendapat jawapan bahawa rezeki yang telah ditetapkan dan ditakdirkan kepada orang tua itu memang sebuku roti setiap hari sepanjang hayat dia. Nabi Musa AS pun sampaikan kepada orang tua tu apa yang dia diberitahu.

Orang tua itu berasa sungguh gembira. Dia bertepuk tangan dengan gembira. Terkejut dengan tindak balas ini Sayyidina Musa AS bertanya kepadanya sebab kegembiraannya. Lelaki itu menjawab, “Jika dah ditakdirkan, maka saya tidak mempunyai apa-apa yang perlu dibimbangkan. Sekurang-kurangnya saya akan sentiasa menerima satu buku roti untuk sepanjang hidup saya!”. Dan dengan itu dia kembali untuk solat dan ibadat dia.

Setelah beberapa bulan berlalu, ketenangan lelaki itu meningkat dengan pengetahuan bahawa dia tidak perlu risau bimbang tentang rezekinya. Ini membolehkan beliau memberi tumpuan lebih kepada ibadat dia terhadap Allah SWT yang menyebabkan dia mempunyai masa yang kurang tumpuan kepada makanan, dan juga kurang masa untuk makan.

Jadi, dari dia memakan satu buku roti sehari, dia hampir tidak berjaya makan separuh roti.

Baki roti tu kemudian diletakkan di satu sudut. Tidak lama kemudian, longgokan di sudut tu mula meningkat, sehingga ia menjadi satu timbunan besar.

Pada satu pagi, ada penggembala yang berjalan melalui kampung tersebut dan berhenti untuk bercakap dengan lelaki tua itu. Dia sedang mencari rumput kering untuk ternakan beliau tetapi tidak berjaya menjumpai apa-apa makanan.

Orang tua itu berkata kepadanya, “Apa kata kalau kamu bawak roti-roti yang terletak dalam timbunan itu, lembutkan semuanya dengan air dan berilah makan kepada haiwan anda!”. Penggembala tu pun lakukan seperti apa yang dicadangkan orang tua tu dan haiwan ternakan dia pun makan semua roti tu sampai habis.

Untuk tanda berterima kasih kepada orang tua tu, pengembala tu memberikan seekor kambing ternakan dan meneruskan perjalanan dia.

Masa berlalu setelah berbulan-bulan dan bertahun-tahun dan Sayyidina Musa AS melalui lagi kawasan orang tua tu. Dengan kagum baginda AS mendapati bahawa tempat orang tua itu tinggal, telah bertukar menjadi sebuah taman.

Ada pokok-pokok buah-buahan tumbuh berhampiran dan haiwan-haiwan ternakan meragut tidak jauh dari situ.
Terdapat sebuah ladang gandum dan suasana kesejahteraan. Sayyidina Musa AS mendapat tahu bahawa semua ini adalah milik orang tua yang sama.

Nabi Musa AS pun menjadi hairan kerana dia tahu apa yang ditulis dalam takdir orang tua itu – sebuku roti sehari – Sayyidina Musa AS pergi untuk mengetahui apa yang terjadi.

“Bagaimana ini boleh berlaku? Sebuku roti sehari adalah apa yang tertulis .. namun dia memiliki begitu banyak lagi ..”

Jawapannya, sesuatu yang kita semua perlu mengambil iktibar:

Satu buku roti adalah Rizq (rezeki) yang telah ditulis untuk orang tua tu.

Pokok-pokok buah-buahan, binatang ternakan dan ladang tanaman adalah BARAKAH yang datang dari penerimaan apa yang telah tertulis untuk kehidupan dia.

Semua tu adalah ganjaran atas kepercayaan sempurna pada Allah SWT.

Barakah adalah hasil daripada peralihan dalam tumpuan dari apa yang dia mahu, kepada mensyukuri dan menikmati apa yang dia ada sehinggakan walaupun selepas makan seberapa banyak yang dia mahu, dia tetap mempunyai baki. Keperluannya telah menjadi sangat kecil.

Kelimpahan barakah ini diberikan dalam kehidupan orang tua itu disebabkan kemurahan hati dan kesediaan untuk berkongsi apa yang dia ada.

Jadi Rezeki memang ditakdirkan…

Tetapi ..

BARAKAH datang apabila kita bertaqwa kepada Allah SWT, apabila kita bermurah hati dengan apa yang kita ada, apabila kita bersyukur dan apabila kita meletakkan Ibadah & Zikir Allah SWT di atas segala-galanya.

Semoga Allah SWT menjadikan kita dalam kalangan hamba-Nya yang bersyukur, taat dan murah & besar hati. Aamiiinnn.

Sila kongsi kisah ini untuk manfaat bersama.

Moral dari kisah ini

– Janganlah kita risau dengan rezeki kita dapat sekarang.
– Bersyukur walaupun sedikit.
– Walaupun sedikit murahkan hati berkongsi dengan orang yang benar-benar memerlukan.
– Jangan mudah mengeluh bila kita dtimpa kesusahan.
– Jangan mudah rasa tidak puas hati dengan apa yg kita dapat sekarang.
– Jangan riak atau menunjuk dengan apa yang kita ‘hulur’ kan semata-mata untuk diketahui umum.
– Duit jangan dikejar, kelak kita jadi hamba duit.

Wallahualam

Sumber: Uswatun Hasanah, 1/2/2019

Baca Renung Serta Tanya Pada Diri..

Kali ni saya nak cerita satu kisah yang mungkin boleh jadi pengajaran kepada kita semua. Hari itu selepas seminggu bercuti dikampung, saya ingin pulang ke Kuala Lumpur. Memikirkan highway mungkin sibuk, saya menyusuri laluan lama. Jalan lama Teluk Intan ke Kuala Lumpur. Pekan pertama yang saya lintas ialah Teluk Intan. Terasa mengantuk, saya singgah sebentar disebuah restoran di pinggir pekan itu.

Sebaik memesan makanan, seorang kanak-kanak lelaki muncul dihadapan.“Abang nak beli kuih?” katanya sambil tersenyum. Tangannya segera menyelak daun pisang yang menjadi penutup bakul kuih jajaanya.

“Tak apalah dik… Abang dah pesan makanan,” jawap saya ringkas.Dia berlalu. Sebaik pesanan tiba, saya terus menikmatinya. Lebih kurang 20 minit kemudian saya nampak kanak-kanak tadi menghampiri pelanggan lain, sepasang suami isteri agaknya. Mereka juga menolak, dia berlalu begitu saja.

“Abang dah makan, tak nak beli kuih saya?” katanya selamba semasa menghampiri meja saya. “Abang baru lepas makan dik. Masih kenyang lagi ni,” kata saya sambil menepuk-nepuk perut. Dia beredar, tapi cuma setakat dikaki lima. Sampai disitu, di meletakkan bakulnya yang masih sarat. Setiap yang lalu ditanya,

“Tak nak beli kuih saya bang, pak cik, kakak atau makcik? Molek budi bahasanya! Mamak restoran itu pun tidak menghalng dia keluar masuk ke premisnya bertemu pelanggan. Sambil memerhati, terselit rasa kagum dan kasihan dihati saya melihatkan betapa gigihnya dia berusaha. Tidak nampak langsung tanda-tanda putus asa dalam dirinya, sekalipun orang yang ditemuinya enggan membeli kuihnya.

Selepas membayar harga makanan dan minuman, saya terus beredar bekereta. Kanak-kanak itu saya lihat berada agak jauh di deretan kedai yang sama. Saya buka pintu, membetulkan duduk dan menutup pintu. Belum sempat saya menghidupkan enjin, kanak-kanak tadi berdiri di tepi kereta. Dia menghadiahkan sebuah senyuman. Saya turunkan cermin, membalas senyumannya. Saya lihat umurnya lebih kurang 12 tahun.

“Abang dah kenyang, tapi mungkin Abang perlukan kuih saya untuk adik-adik Abang, ibu atau ayah Abang” katanya petah sekali sambil tersenyum. Sekali lagi dia mempamerkan kuih dalam bakul dengan menyelak daun pisang penutupnya.

Saya tenung wajahnya, bersih dan bersahaja. Terpantul persaan kesian dihati. Lantas saya buka dompet, dan menghulurkan sekeping not merah RM10. Saya hulurkan padanya.

“Ambil ni dik! Abang sedekah. Tak payah abang beli kuih tu,” saya berkata ikhlas kerana perasaan kasihan meningkat mendadak. Kanak-kanak itu menerima wang tersebut, lantas mengucapkan terima kasih terus berjalan kembali ke kaki lima deretan kedai. Saya gembira dapat membantunya.

Setelah enjin kereta saya hidupkan, saya mengundur. Alangkah terperanjatnya saya melihat kanak-kanak itu menghulurkan pula RM10 pemberian saya itu kepada seorang pengemis yang buta kedua-dua matanya.

Saya terkejut, lantas memberhentikan semula kereta, memanggil kanak-kanak itu. “Kenapa bang nak beli kuih ke?” tanyanya. “Kenapa adik berikan duit Abang tadi pada pengemis tu? Duit tu Abang bagi adik!” kata saya tanpa menjawab pertanyaannya.

“Bang saya tak boleh ambil duit tu. Mak marah kalau dia dapat tahu saya mengemis. Kata mak kita mesti bekerja mencari nafkah kerana Allah berikan tulang empat kerat pada saya. Kalau dia tahu saya bawa duit sebanyak itu pulang, sedangkan jualan masih banyak, mak pasti marah. Kata mak, mengemis kerja orang yang tak berupaya, saya masih kuat bang!” katanya begitu lancar.

Saya sebak, sekaligus kagum dengan pegangan hidup kanak-kanak itu. Tanpa banyak soal saya terus bertanya berapa semua harga kuih dalam bakul itu. “Abang nak beli semua ke?” dia betanya dan saya cuma mengangguk. Lidah saya kelu nak berkata.

“RM25 saja bang.” Selepas dia memasukkan satu persatu kuihnya kedalam plastik, saya hulurkan RM25. Dia mengucapkan terima kasih dan terus berlalu.

Saya perhatikan dia sehingga hilang daripada pandangan.Dalam perjalanan ke Kuala Lumpur, baru saya terfikir untuk bertanya statusnya. Anak yatimkah? Siapakah wanita berhati mulia yang melahirknya?

Terus terang saya katakan, saya beli kuihnya bukan lagi atas dasar kasihan, tetapi kerana rasa kagum dengan sikapnya yang dapat menjadikan kerjayanya satu penghormatan.

Sesungguhnya saya kagum dengan sikap kanak-kanak itu. Dia menyedarkan saya, siapa kita sebenarnya!

MORAL:

Satu perjalananan seorang kanak-kanak yang begitu taat kepada perintah Allah S.W.T. Semoga menjadi renungan bersama jadi pengajaran utk org2 yg malas bekerja, yg tak menghargai dan bersyukur dgn kesenangan yg dimiliki.

Sumber: Sahabat Mahkamah Syariah, 1/2/2019