Makna Bahagia..

Selalu orang tersilap faham makna bahagia dalam hidup ini. Kata mereka kalau kita mampu puaskan hati semua orang itulah hakikat bahagia yang sebenarnya. Sehingga kadang-kadang hidup dia pula yang entah kemana.

Dalam hidup ini kalau yang kita cari adalah redha manusia. Pujian dan sanjungan daripada manusia. Percayalah kita tak akan mampu dan kita juga tak akan mampu nak memuaskan hati semua orang. Baik mana pun kita tak semua orang suka dan boleh terima diri kita seadanya. Tetap saja kita masih tak nampak sempurna di mata mereka.

Saat kita ada melakukan kesilapan walaupun kesilapan itu hanyalah nampak kecil. Mungkin saat itu segala kebaikan, pengorbanan yang pernah kita lakukan selama ini seolah-olah tak bermakna. Bahkan yang lebih dasyatnya lagi kita sudah tidak lagi di hargai.

Tapi cuba kalau hidup ini kita hidup kerana Allah, yang kita cari adalah pandangan redha daripada Allah, yakinlah segalanya pasti akan berjalan seiring dengan redhanya Tuhan.

Saat masalah mendatang kita masih mampu untuk ukir senyuman walaupun hati kita koyak rabak. Kita tak tunjuk kepada manusia bukan kerana kita masih mampu berdiri di atas kaki sendiri. Tapi kerana kita simpan rasa peritnya ujian itu untuk kita luahkan kepada yang pemberi ujian iaitu Allah.

Demi Allah kita tidak kuat.
Tapi kerana Allah kita harus kuat.

Sumber:

https://t.me/themuhammadshafri