UJIAN…

Ketika Allah datangkan ujian yang bertubi-tubi kepada kita yang kadang-kadang ujian itu buat kita jadi lemah. Buat kita rasa nak putus asa dari pertolongan Allah, buat kita rasa tertekan dengan ujian hidup yang bagai tiada habisnya. Lepas satu ujian Allah datangkan lagi ujian yang lainnya.

Saat itu mungkin sudah sampai masanya kita berlari dan kembali semula kepada Allah, Allah datangkan ujian dalam hidup kita ini bersebab dan mungkin sebab datangnya ujian dari Allah itu kerana Allah nak dengar rintihan kita. Allah nak kita menangis tika sendirian di malam hari.

Banyak manapun dosa kita. Kita tak solat 5 waktu. Tak berpuasa di bulan ramadhan. Tak menutup aurat dengan sempurna. Hatta dosa kita mengunung tinggu sekali pun berlarilah semula kepada Allah, kerana Allah yang datangkan ujian dalam hidup kita maka selayaknya Allah jua lah tempat untuk kita meminta pertolongan.

Luahkan segalanya hanya pada yang pemberi ujian iaitu Allah, kerana itu adalah tanda kekuatan dan kebergantungan kita kepada Allah. Yakinlah itu Allah Maha Mendengar. Benar-benar Maha Mendengar
Sungguh tiada sebaik-baik pendengar yang setia melainkan hanya Allah yang Mengetahui akan segala isi hati.

Bila Allah datangkan ujian jangan bersedih hati. Dan jangan terus rasa nak putus asa dengan pertolongan Allah, kerana Allah tak akan menguji kita di luar kemampuan kita. Berulang kali Allah bagitahu dalam Al-Quran,

Bahawa tiap kesukaran itu di sertai kemudahan. Dan Allah siap bagitahu bila kita mahu berharap cukuplah kita hanya berharap kepada Allah.

Datangi Allah dalam apa jua cara. Meskipun kamu sampai harus merangkak di padang pasir demi untuk mendekati redha dan cinta Allah lakukanlah. Dan janganlah mencari Allah hanya bila kita perlu sesuatu daripada Allah.

SUMBER:

Mungkin tulisan ini bermanfaat buat semua. Silakan kalian tekan share. Tag adik-beradik dan kawan-kawan kalian. Dan andai sudi jemputlah join channel telegram saya ini http://telegram.me/themuhammadshafri

#TheMuhammadShafri
Instagram.com/themuhammadshafri

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *