Renungan

RENUNGAN ❤️

Tanpa mulut lidah tak berfungsi,
tanpa lidah mulut tak bererti…

Katakan yang benar, sungguh pun
ia pahit dan tidak digemari orang…

Hidup biarlah berbakti,
walaupun tidak dipuji…
Jika kita hanya berbuat baik
kepada diri sendiri maka kita
sebenarnya tidak pernah membuat kebaikan..

Janganlah kau tunda-tunda kebaikan sampai esok hari, kerana engkau tak tahu apakah umurmu sampai esok hari.

Setiap MANUSIA adalah dalam keadaan MATI, kecuali mereka yang mempunyai ILMU dan setiap yang mempunyai ILMU adalah dalam keadaan tidur, melainkan mereka yang mengamal KEBAIKAN.

Dan setiap yang mengamal KEBAIKAN adalah dalam keadaan tertipu, kecuali mereka yang IKHLAS Dan mereka yang IKHLAS sering dalam keadaan risau, kerana ditakuti amalannya tidak diterima.

Setiap mata yang tertutup belum bererti ia tidur
Setiap mata terbuka belum bererti ia melihat_

Kalau kita terpesona dengan nikmat dunia yang bersifat sementara, kita akan kehilangan nikmat akhirat yang kekal selama-lamanya.

Jangan harap pada manusia untuk jadi kuat, tapi berharaplah pada Allah untuk diberi kekuatan.

?tazkirah hati

Sumber : Kena Tahu

Bahagia Kerana Mengenali Diri Kita….

Waktu sedang “Di Puncak”, kita merasa banyak teman di sekeliling kita.

Waktu sedang “Berkuasa”, kita percaya diri boleh melakukan apa saja.

Waktu sedang “Tak Berdaya”, barulah kita sedar siapa sebenarnya sahabat sejati yang kita ada.

Waktu sedang “Jatuh”, kita baru sedar selama ini, siapakah teman yang memperalat dan memanfaatkan kita.

Waktu sedang “Sakit”, kita baru tahu bahawa sihat itu sangat penting, jauh melebihi harta.

Waktu kita “Miskin”, baru kita insaf pentingnya amalan sedekah walau pun seringgit dan saling membantu saudara kita.

Masuk “Usia Tua”, baru kita tahu rupanya masih banyak amalan dituntut Allah yang belum dikerjakan, banyak ilmu yang kurang dan baru kenal jalan ke masjid.

Saat “di Ambang Ajal”, kita baru tahu ternyata begitu banyak waktu yg terbuang sia-sia.

——————————————

Hidup tidaklah lama, Sudah saatnya kita bersama-sama membuat HIDUP LEBIH BERHARGA:

Saling menghargai,

Saling membantu,

Saling memberi,

Saling mendukung.

Jadilah teman setia tanpa syarat…
Jangan saling memotong dan menggunting sesama teman…

Tunjukkanlah bahawa anda masih mempunyai Hati Nurani yang tulus.
Jauhkan niat jahat untuk mencelakai atau memfitnah.
Jauhkan niat memaksa seseorang melakukan suatu hal untuk kepentingan peribadi kita.

Apa yang ditabur itulah yang akan dituai…
Allah SWT tidak pernah menjanjikan bahwa

Langit itu selalu biru,
Bunga selalu mekar, dan
Mentari selalu bersinar.

Tapi ketahuilah bahawa Allah SWT selalu memberi

Pelangi di setiap badai,
Senyum di setiap air mata,
Rahmat dan berkat di setiap cubaan, dan
Jawapan di setiap doa…

Jangan pernah menyerah,
Teruslah istiqamah beribadah… kerana…
Hidup ini terlalu indah…

Hidup bukanlah suatu tujuan, melainkan sebuah persinggahan sementara…

Sahabat ku,

Indahnya hidup
bukan kerana banyak orang mengenal kita,
besarnya kuasa kita,
hebatnya pengaruh kita…

Tetapi berapa ramaikah orang yang merasa bahagia kerana mengenali diri kita…

Sumber: Kena Tahu

Allah Tak Jadikan Sesuatu Itu Saja2 dan Suka2…..

Bukan suka² Allah jodohkan kita dengan isteri yang suka melawan..
Bukan suka² Allah jodohkan kita dengan suami yang panas baran..
Bukan suka² Allah berikan kita anak yang degil dan nakal..
Bukan suka² Allah letakkan kita dalam keluarga yang tak kuat agama..
Bukan suka² Allah beri kita anak ramai
Bukan suka² Allah langsung tidak beri anak pada kita
Bukan suka² ALLAH beri kita pelbagai sakit..

Bukan suka² Allah aturkan kisah silam kita.. Jika bukan kerana kisah silam itu, kita mungkin akan rasa ‘tak banyak dosa” sangat. Jika bukan kerana kisah silam itu, kita mungkin akan rasa “saya ni baik je”. Jika bukan kerana kisah silam itu, kita mungkin tak bersungguh-sungguh memohon ampun daripadaNYA.

Bukan saja² kita seorang je yang dapat hidayah.. Dengan hidayah yang kita dapat tu sebenarnya akan jadi asbab kebaikan untuk orang lain.

Hidup kita Allah yang atur. Isteri kita Allah yang punya. Suami kita juga milik Allah.. Anak² kita Allah yang punya. Duit kita Allah yang punya. Kesihatan kita Allah yang punya.

Jadi, jika kita kehilangan duit, suami, isteri anak atau kita sakit maka redhakanlah. Kerana semua itu bukan kita punya. Allah yang punya. DIA boleh bagi kita dan DIA boleh ambil balik daripada kita bila-bila masa saja. Namun usah lupa. Allah itu Maha Penyayang. DIA ambil sesuatu daripada kita sebab DIA nak bagi ‘sesuatu yang lebih besar’ untuk kita. Sesuatu yang sangat kita perlukan yang kita tak pernah tahu. Cuma Allah yang tahu. Bersangka baik dengan Allah perlu kita aplikasikan. Percayalah, apabila sentiasa bersangka baik dengan Allah, kita akan sentiasa redha.

Jadi, usah kecewa. Kita ada Allah. Kita minta pada Allah. Kita minta kekuatan pada Allah. Kita yakin dengan Allah. Kita redha dengan ketentuan Allah. Inshaa Allah akhirnya kita dapat menerima semua kelemahannya dengan hati terbuka. Tetapi, untuk mendapatkan hati terbuka itu, perlukan beberapa perlaksanaan. Antaranya solat malam! Inshaa Allah kekuatan itu kita akan perolehi.

Kita ada Allah! Dan Allah itu ada di mana-mana. Bukan hanya di Mekah dan Madinah sahaja., Jika di Mekah dan Madinah ada tempat² mustajab, di tempat lain juga ada. Jika kita berpuasa, doa kita mustajab. Jika kita solat malam, doa kita mustajab.

Dan Allah telah menggariskan panduan, “Sabar dan Solat”!

Lakukanlah! Dan perlahan-lahan, akhirnya kita dapati Allah akan gantikan semula semua yang DIA ambil dari kita tapi berbeza-beza bentuk pemberiannya. Yang pasti, pemberian itu nyata lebih baik, lebih bagus dan lebih perlu.. InsyaaAllah.

~Allah tak jadikan sesuatu itu saja² dan suka²~

Sumber:

Kredit: Ju Wan