MALULAH KEPADA BURUNG
Teringat kisah perihal seekor burung kecil yang terbang ulang alik membawa air dimuncungnya untuk memadamkan api yang membakar Nabi Ibrahim a.s.
Semasa ditanya kenapa ia berbuat begitu sedangkan usahanya itu hanyalah “sia-sia” sahaja berbanding dengan api yang besar itu, jawabnya mudah sahaja…ia berkata :
“SETIDAK-TIDAKNYA JIKA DITANYA DI HADAPAN ALLAH DI AKHIRAT KELAK, AKU DAPAT MENJAWAB YANG AKU TELAH BERUSAHA SEMAMPUNYA YANG AKU BOLEH UNTUK MELAWAN KEBATILAN”
Dia tahu api yang sedang membakar Nabi Ibrahim a.s bukanlah kecil.
Dia tahu air yang diambil melalui paruhnya bukanlah banyak,
Dia juga tahu sayapnya tidaklah larat untuk terbang tinggi dan jauh,
Namun dia tetap berusaha, tawakal dan mencuba kerana dia tidak mahu menjadi malu jika berhadapan dengan Allah SWT dalam keadaan dia tidak berbuat apa-apa untuk menolong agamaNYA.
Lalu di mana kita?
Kita tahu ancaman yang sedang menyerang agama kita bukanlah sedikit.
Kita tahu masalah akhlak di dalam masyarakat kita semakin membarah.
Kita juga tahu remaja kita hari ini kekontangan iman dan pedoman.
Namun apakah sumbangan, pengorbanan dan ikhtiar kita?
Tidakkah kita merasa malu kepada Allah SWT?
Paling tidak…
Tidakkah kita malu kepada burung?
Sumber: Ustaz Ahmad Nasir