Peringatan untuk diri

  •  Ekoran bahayanya ancaman berat diakhirat disebabkan dosa ghibah dan akibat menyakiti orang lain sebagaimana yang dinyatakan oleh Allah SWT di dalam Al Quran serta apa yg telah di sabda oleh Nabi s.a.w, Sayyidina Ali bin Abi Thalib r.a memberikan sedikit nasihat yang bermakna secara peribadi iaitu,

“Jangan kamu mengawasi orang lain, jangan mengintai geraknya, jangan membuka aibnya, jangan menyelidikinya. Sibuklah dengan diri kalian, perbaiki aibmu karena kamu akan ditanya Allah tentang dirimu bukan tentang orang lain.”

Rujukan :-
Kitab Al-Bayan Wattabyeen oleh Al-Imam Abu Othman Amru Ibn Bahr Al-Jaahidh r.a.

Sumber : MRJ

Kisah seorang perempuan yang begitu menjaga rezekinya… Buat Renungan Kita Bersama

Kisah Seorang Perempuan Yang begitu Menjaga Rezekinya ::

Terdapat satu kisah berlaku dizaman Imam Ahmad bin Hanbal (Imam Hanbali) bagaimana seorang wanita solehah (ibu tunggal) cukup menjaga keberkatan rezeki yang diperolehi.

Selepas solat Asar, Imam Hanbali menasihati orang ramai di dalam masjid. Ketika itu perbualannya terhenti seketika apabila seorang perempuan muda masuk ke dalam masjid menemui Imam Hanbali.

“Wahai Imam Hanbali, dengarkanlah kisah ku ini semoga diriku dan dirimu mendapat keampunan dari Allah. Sesungguhnya saya ini perempuan yang miskin. Saya tidak punya apa-apa kecuali tiga orang anak yang masih kecil.

Hidup saya sungguh melarat, hinggakan kami tidak punya lampu untuk menerangi rumah. Bagi menyara kehidupan kami empat beranak, saya berkerja memintal benang pada waktu malam dan menjualnya di pasar pada siang hari.”

“Dimanakah suami kamu?’ soal Imam Hanbali.

“Dia antara mereka yang menentang Khalifah al-Muktasim yang zalim itu. Dia gugur syahid dalam satu pertempuran dengan pasukan tentera yang hendak menangkap mereka. Sejak itu kami hidup melarat.” jawab wanita itu.

“Teruskan cerita kamu.” pinta Imam Hanbali.

“Disebabkan rumah saya tidak ada lampu, maka saya terpaksa menunggu sehingga bulan mengambang barulah saya dapat memintal benang.” kata wanita itu.

“Pada suatu malam, ada kafilah dagang dari Syam datang lalu singgah bermalam berhampiran dengan rumahku. Mereka membawa lampu yang banyak sehingga menerangi rumahku. Kesempatan ini digunakan untuk aku memintal benang dengan bantuan cahaya lampu mereka.”

“Persoalannya, apakah hasil jualan benang yang dipintal itu daripada lampu mereka itu halal untuk digunakan?” soal wanita itu setelah menceritakan dengan panjang lebar permasalahannya.

“Siapakah kamu wahai wanita muda yang begitu mengambil berat tentang hukum agama di saat manusia begitu kikir dengan hartanya?’ soal Imam Hanbali dengan penuh kekaguman.

“Saya adalah adik kepada Basyar Al Hafis yang telah meninggal dunia.” jawab wanita itu.

Mendengar jawapan itu, Imam Hanbali berasa sebak dan tersedu-sedu menahan esak. Ini kerana dia teringat dengan Basyar, seorang gabenor yang beriman dan beramal soleh.

“Sesungguhnya, saya takut dengan azab Allah. Maka berikanlah masa kepada saya untuk menjawab persoalan itu. Baliklah ke rumah dahulu, kemudian datang keesokan harinya.” kata Imam Hanbali.

Keesokan harinya, datang wanita muda itu untuk mendengar jawapan dari Imam Hanbali.

“Wahai wanita solehah, sesungguhnya kain penutup muka yang kamu pakai itu adalah lebih baik dari serban yang aku pakai. Sesungguhnya kamu seorang wanita yang mulia, bertakwa dan penuh takut kepada Allah.”

“Wahai tuan, bagaimana dengan pertanyaan saya semalam?” tanya wanita muda itu.

“Berkenaan dengan itu, sekiranya kamu belum mendapat keizinan daripada rombongan tersebut, maka tidak halal kamu menggunakan wang dari hasil jualan benang yang dibuat menggunakan lampu mereka.” jawab Imam Hanbali.

Wanita itu berasa susah hati mendengarnya. Dia susah hati kerana belum mendapat keizinan dari rombongan tersebut. Beliau sanggup menemui seorang demi seorang rombongan tersebut untuk meminta izin.

Berita tentang wanita solehah itu sampai ke pengetahuan Khalifah al-Mutawakkil. Khalifah begitu kagum dengan wanita tersebut dan menghadiahkan wang sebanyak 10 ribu dinar.

Perempuan itu bertanya kepada Imam Hanbali, adakah wang itu halal digunakan atau tidak.

“Khalifah juga pernah memberikan saya wang sebanyak itu, tapi saya sedekahkan kepada fakir miskin yang saya temui di tengah jalan.” jawab Imam Hanbali.

Maka, wanita solehah itu telah memberi sedekah kepada fakir miskin. Dia hanya mengambil sedikit sahaja wang itu untuk dibelinya lampu bagi menerangi rumahnya.

Petikan Kuliah Kitab Tajul Arus – Ustaz Mustaffa Kamal

____________________________________________________

Bagaimana Allah SWT telah membantu hamba-Nya yang jujur dan ikhlas dan sentiasa berhati-hati di dalam mencari harta yang halal dan diberkati oleh Allah SWT. Berhati-hati supaya tidak ada harta haram yang akan dimakan sehingga menjadi darah daging kepada diri sendiri dan ahli keluarga.

Nabi SAW bersabda maksudnya : “Setiap daging yang tumbuh dari bahan makanan yang haram maka api nerakalah yang lebih layak baginya.” (Hadis riwayat Al-Tarmizi)

♥|LIKE|SHARE|COMMENT|♥ Islam Di Hatiku Continue reading “Kisah seorang perempuan yang begitu menjaga rezekinya… Buat Renungan Kita Bersama”

Sentiasalah Muhasabah Diri

Sentiasalah muhasabah diri kita di dalam usaha menjaga ketaqwaan, dan perkara yang perlu kita jaga sungguh-sungguh adalah pandangan dan lisan. Jangan banyak memandang pada kemewahan dan kejayaan duniawi seseorang, tetapi lihatlah zuhudnya orang2 yg shalih. Jangan bimbang apa yang orang lain berkata tentang kamu tetapi bimbanglah apa yang kamu akan kata pada mereka. Janganlah banyak berbicara dengan orang yang JAHIL. Ketahuilah bahawa perkara utama yang akan memberati timbangan mizan itu adalah AKHLAK YG BAIK (HR Abu Daud & Ahmad)

~ ISTIQOMAH ZIKIR PAGI

Sumber : Muhamad Rizal, September 2018

Zikir Yang Paling Ditakuti Oleh Jin

ZIKIR YANG PALING DITAKUTI OLEH JIN ( SUMBER : MRJ)

Bagi mereka yang berpanjangan dan tak pulih-pulih dari permasalahan gangguan jin, jaga solat fardhu sungguh-sungguh, perbanyakkan solat sunat serta amalkan zikir di bawah ini sebanyaknya yang termampu dan jadikan ia sebagai wirid harian. Zikir ini memutuskan ikatan jin pada diri seseorang.

لاَ إِلَـهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرُ

Laa ilaaha illallaåh wahdahu laa syarikalah, lahul mulku, walahul hamdu, wahuwa ‘ala kulli syay-in qådiir.

Maksudnya: “Tidak ada ilah selain Allah Yang Maha Esa, tidak ada sekutu bagi-Nya. Bagi-Nya kerajaan dan bagi-Nya segala puji. Dan Dia-lah yang Maha kuasa atas segala sesuatu.”

NASIHAT PADA DIRI!!

NASIHAT PADA DIRI

Sampai bila harus mencari kesalahan orang lain…sehinggakan hidup dipenuhi kebencian setiap saat…melihat keburukan dan terus mencanangnya setiap hari di media sosial…

Bercerminlah !!!! intropeksi diri !!! muhasabah diri !!! Pasti itu lebih Allah sukai.
Setiap manusia itu tiada yang sempurna…Menegur dan membenci ketidakadilan dan kezaliman itu tidak salah namun berilah peluang untuk setiap manusia bertindak dan berkembang serta memperbetulkan kesalahannya.

Islam itu indah ada warna warninya…
Jika hitam semua tak manis begitu juga jika putih semua itu juga tak mungkin.

Pelangi itu indah kerana warna warninya. Senyumlah dan sesekali duduk bertafaqur sejenak melihat keburukan diri lebih Allah sukai daripada sentiasa menunding jari kepada pihak sana.

Perbaiki setiap kelemahan, ambil teguran, tingkatkan mutu kerja dan jangan sombong merasa diri sudah berada paling benar sehingga bole buat semaunya…..

Ingat ada banyak mata memerhati
kadang mereka menyampah melihat perilaku kita…

Jaga hubungan dengan Allah jangan lupa kita hidup bermasyarakat juga kena jaga hubungan sesama manusia….

Jika tidak mampu baik diam.

KAHAR HUSENG
PERKALAS@TF SABAH

#MaluPadaLalat.

Sumber : Raja Shamri, 2018