Kawan-kawan yang baik adalah rezeki. Tidak semua orang memiliki rezeki yang satu ini. Walaupun tidak memberikan nilai kewangan, namun kawan-kawan yang baik akan membuat hati kita bergembira dan minda selalu positif.
Jika kawan-kawan yang buruk satu persatu pergi daripada hidup anda, berganti dengan kawan-kawan baik yang satu persatu menghampiri, maka itu bermakna rezeki anda tengah bertambah.
Bersyukurlah kepada Allah atas anugerah yang tidak ternilai ini.