Hidup sebagai MUSLIM kita perlu sentiasa meletakkan Allah SWT di HATI. Maka kerana itu rutin kehidupan bagi setiap muslim itu ia akan sentiasa mendahului setiap perbuatannya dengan doa Agar hati akan dapat dihubungkan dengan Tuhan pada setiap masa. Justeru setiap kali makan, masuk tandas, nak tidur, bangun tidur, masuk rumah, keluar rumah, naik kenderaan kesemuanya ada doa2 yg diajarkan oleh Nabi s.a.w.

Tidak cukup dengan doa, zikir perlu juga diamalkan agar hati kita sentiasa disuburkan oleh iman yang murni. Tanpa solat, doa dan zikir maka kita tidak akan merasai ketenangan, kebahagian serta kelapangan di dalam kehidupan.

~ ISTIQOMAH ZIKIR PETANG, DAHULUKAN DGN SAYYIDUL ISTIGHFAR.

Sumber : MRJ 29/9/2019

~ HUTANG ADALAH MASALAH REGULAR YANG MELANDA KEBANYAKKAN MASYARAKAT KITA. SEHINGGAKAN ADA DI ANTARA KITA YG HILANG ARAH,  BLANK, KELUH KESAH, TERTEKAN SERTA SEOLAH2 PENAMAT DI DALAM HIDUP.

Keadaan ini pernah berlaku pada zaman Nabi s.a.w namun Nabi s.a.w tidak menyelesaikan hutang sahabat yg mengadu kpd baginda dengan meminta para sahabat2 yg lain mengumpul dana sebaliknya Nabi s.a.w mengajarkan dengan satu DOA yg cukup power full. Bukan hanya dengan berdoa semata2 hutang boleh settle namun ia perlu diserta dgn penstukturan aturan kewangan dgn berhemah. Insyaa Allah, Allah akan bantu dari sumber yg kita tidak jangkakan. Amalkanlah doa yg hebat ini.

Usaha + Doa (Tawakal) = Bebas Hutang

Said Al Khudri r.a berkata, suatu hari beliau masuk masjid, tiba-tiba beliau bertemu seorang Anshar yang bernama Abu Umamah. Rasulullah SAW bertanya, Wahai Abu Umamah, mengapa kamu duduk-duduk di masjid di luar waktu solat?. Abu Umamah ra. menjawab, kerana kegundahan yang melanda hatiku dan hutang-hutangku, wahai Rasulullah. Rasulullah saw. Bersabda, Bukankah aku telah mengajarkanmu beberapa bacaan, yang bila kamu baca niscaya Allah akan menghilangkan rasa gundah dari dirimu dan melunasi hutang-hutangmu?. Abu Umamah berkata, Betul, wahai Rasulullah. Rasulullah bersabda, Ketika pagi dan petang ucapkanlah :

اللَّهُمَّإِنِّيأَعُوذُبِكَمِنْالْهَمِّوَالْحَزَنِوَأَعُوذُبِكَمِنْالْعَجْزِوَالْكَسَلِوَأَعُوذُبِكَمِنْالْجُبْنِوَالْبُخْلِوَأَعُوذُبِكَمِنْغَلَبَةِالدَّيْنِوَقَهْرِالرِّجَالِ

Allahumma inni audzu bika minal hammi wal hazani, wa audzu bika minal ajzi wal kasali, wa audzu bika minal jubni wal bukhli, wa audzu bika min gholabatid daini wa qohrirrijaal. (3x)

Ertinya : Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari kegelisahan dan kesedihan, dari kelemahan dan kemalasan, dari sifat pengecut dan bakhil, dari beban hutang dan dari tekanan manusia.(3x)

Kemudian aku melakukan perintah tadi, maka Allah menghilangkan rasa gundah/keluh kesah dari diriku dan melunasi hutang-hutangku. (HR. Abu Daud)

Penjelasan:

Doa ini baik sekali dibaca ketika sedang berada dalam kesusahan dan dililit hutang. Hal demikian yang diajarkan Nabi Saw. kepada Abi Umamah yang sedang kesusahan dan dililit hutang. Doa tersebut dibaca oleh Abu Umamah setiap pagi dan petang hari. Setelah membaca doa tersebut, paginya Abu Umamah terbebas dari kesusahan dan hutangnya terlunas.

Sumber : MRJ