DAILOG YANG SANGAT MENARIK DAN SENTAP
DIALOG YANG SANGAT MENARIK DAN SENTAP
Pemuda: “Alhamdulillah Allah panjangkan umur pakcik sampai sekarang. Mesti pakcik seronok kan, biasanya bila dah berusia, nafsu dunia pun dah berkurangan. Lebih mudah beribadat. Tak banyak fikir soal lain dah.”
Pakcik: “Tidak nak. Kebanyakan orang fikir begitu. Masa muda kerja kuat, kumpul harta, nanti dah pencen boleh tumpu pada ibadah. Kononnya jika sudah tua lebih mudah beribadah. Tetapi itu bukan realiti sebenar.”
Pemuda: “Ehh…kenapa pula pakcik, saya tengok ramai di masjid-masjid ramai orang tua. Ada yang terbongkok-bongkok pun tetap solat berjemaah. Kalau waktu muda memang susah sikit nak istiqamah solat jemaah, sebabnya banyak kerja.”
Pakcik: “Yang kau nampak orang-orang tua di masjid tu berapa ramai? 10, 15 orang? Jumlah tu tak sampai pun 10% dari jumlah orang tua di kariah sini. Jika kariah ini ada 100 orang tua, mana lagi 80-90 orang-orang tua yang kau tak pernah nampak di masjid ni?”
Pemuda: “Hmmm….”
Pakcik: “Konsep dah tua baru nak beribadat ini adalah salah faham terbesar dalam masyarakat zaman sekarang. Beribadah ini paling susah sekali ialah istiqamah.
Bayangkanlah berpuluh-puluh tahun kau mengejar dunia, solat dan mengaji kau letak no.3, no.4 dalam hidup kau, selepas pencen kau ingat kau boleh automatik jadi ahli ibadah yang konsisten? Tidak nak…”
Pemuda: “Tetapi bukan bila dah tua tak fikir benda lain ke kecuali nak tumpu pada ibadah?”
Pakcik: “Ibadah ini adalah hubungan kau dengan Tuhan. Ganjarannya tak nampak. Bila dah tua baru nak mula belajar, kau kena tahu cabarannya lebih besar. Kau dah biasa solat berseorangan hujung waktu , tiba-tiba kau kena datang masjid ikut waktu.
Kau nak belajar Al-Qur’an pun masa tu merangkak mengalahkan anak kecil. Pakcik dah tengok banyak kawan-kawan pakcik yang berputus asa.
Masa mula-mula pencen, rajin ke masjid solat berjemaah dan belajar mengaji. Tetapi lepas seminggu dua masing-masing dah mula putus asa. Akhirnya lebih selesa duduk di rumah bermain dengan cucu.
Ada antara mereka lebih gemar habiskan masa di kedai-kedai kopi. Kau kena tahu nak, di usia tua ini, kalau kau tak berubah, bagaimana cara kau hidup macam itulah cara kau mati.”
Pemuda: “Tetapi kan pakcik, bukan hidayah itu Allah yang beri ke?”
Pakcik: “Memang betul hidayah tu Allah yang beri. Sebab itulah mereka merancang untuk tumpu ibadah bila dah tua. Walaupun Allah buka pintu hati kau untuk berubah, tetapi diri kau sendiri yang kena berusaha untuk berubah.
Sebab tu pakcik cakap, cabaran bila dah tua baru nak mula beramal ini lagi susah sebenarnya. Cepat penat, ingatan tak kuat, cepat putus asa. Tambah lagi jika kau dah ada kehidupan yang selesa.
Ingat nak, dalam hidup kita ni berkali-kali Allah bukakan pintu hati kita untuk berubah. Tetapi yang payahnya itu ialah istiqamah.
Jadi belajarlah solat di awal waktu dan jangan tinggal Al-Qur’an setiap hari. In syaa Allah jika sudah terbiasa ia akan kekal sampai akhir hayat.”
Setelah tamat perbualan, pemuda itu pun pulang ke rumahnya. Sepanjang perjalanan dari masjid ke rumahnya yang jarak sekitar 1 km, baru beliau sedar.
Benar kata pakcik tersebut, orang-orang tua yang melepak di kedai-kedai kopi lebih ramai dari orang-orang tua yang istiqomah di masjid.
Tempat-tempat main dam pun muka tulah dari muda hingga tua.. Istiqomah nak dapatkan haji….
Kepada sesiapa yang membaca kisah ini, sama-sama kita berdoa supaya kita dijadikan dalam golongan yang menjaga solat dan Al-Qur’an.
Allahu Akbar..
Sumber : Ustaz Ahmad Nasir
HARGA SEORANG TAMU
HARGA SEORANG TAMU
Ada seorang perempuan mengeluh kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam karena perilaku suaminya.
Suaminya selalu mengundang orang-orang datang ke rumahnya dan menjamunya sehingga tamu-tamu tersebut menyebabkan sang istri menjadi repot dan merasa kelelahan.
Lalu wanita tersebut keluar meninggalkan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam dan tidak mendapatkan jawaban apa pun dari Rasulullah.
Setelah beberapa waktu…
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam pergi ke rumah suami-istri tersebut, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda kepada sang suami : “Sesungguhnya aku adalah tamu di rumahmu hari ini.”
Betapa bahagianya sang suami demi mendengar ucapan Rasulullah tersebut, maka dia segera menghampiri istrinya untuk mengabarkan bahwa tamu hari ini adalah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam.
Si istri pun merasa bahagia karena kabar tersebut, dia pun segera memasak makanan yang lezat dan nikmat.
Dia lakukan hal tersebut dengan penuh rasa bahagia di dalam hatinya.
Ketika Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam akan pergi dari rumahnya setelah beliau mendapatkan kemuliaan dan merasa bahagia dengan keridhoan pasangan itu.
*قال للزوج عندما أخرج من بيتك دع زوجتك تنظر إلى الباب الذي أخرج منه*
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda kepada suaminya : “Ketika aku akan keluar nanti dari rumahmu, panggil istrimu dan perintahkan dia untuk melihat ke pintu tempat aku keluar.”
Maka sang istri melihat Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam keluar dari rumahnya diikuti oleh binatang-binatang melata, seperti kalajengking dan berbagai binatang yang berbahaya lainnya di belakang Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam .
Terkejutlah sang istri dengan apa yang dilihat di depannya.
*فقال لها رسول الله هكذا دائما عندما يخرج الضيوف من بيتكِ يخرج كل البلاء والضرر والدواب من منزلك.*
Maka Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda : “Seperti itulah yang terjadi. Setiap kali tamu keluar dari rumahmu, maka keluar pula segala bala’, bahaya dan segala binatang yang membahayakan dari rumahmu.”
“Maka inilah hikmah memuliakan tamu dan tidak berkeluh kesah karena kedatangannya.”
Rumah yang banyak dikunjungi tamu adalah rumah yang dicintai ALLAH.
Begitu indahnya rumah yang selalu terbuka untuk anak kecil atau dewasa.
Rumah yang di dalamnya turun rahmat dan berbagai keberkahan dari langit.
*قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ” إذا أراد الله بقوم خيراً أهدى لهم هدية.*
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda : “Jika ALLAH menginginkan kebaikan terhadap satu kaum, maka ALLAH akan memberikan hadiah kepada mereka.
Para sahabat bertanya : “Hadiah apakah itu, ya Rasulullah……………?.”
*قال: الضيف ينزل برزقه، ويرتحل بذنوب أهل البيت.”*
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda : “Tamu akan menyebabkan turunnya rezeki untuk pemilik rumah dan menghapus dosa-dosa penghuni rumah.”
*وقال صلى الله عليه وسلم: كل بيت لا يدخل فيه الضيف لا تدخله الملائكة.”*
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda : “Rumah yang tidak dimasuki tamu (tidak ada tamu), maka Malaikat Rahmat tidak akan masuk ke dalamnya.”
*وقال صلى الله عليه وسلم: ” الضيف دليل الجنة.”*
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda : “Tamu adalah penunjuk jalan menuju Surga.”
*وقال رسول الله صلى الله عليه وسلم من كان يؤمن بالله واليوم الآخر فليكرم ضيفه*
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda : “Barangsiapa beriman kepada ALLAH dan Hari Akhir maka hendaklah dia memuliakan tamunya.”
Mari, saling bersilaturahim…
ABU SOFYAN RUSLAN
Sumber : Ustaz Hasnan Fan Club
PERBANYAKKAN SEDEKAH
Kebanyakan manusia lebih mencintai harta orang lain daripada hartanya sendiri.
Maksudnya, harta kita adalah apa yang kita telah infakkan di jalan Allah SWT, sedangkan harta orang lain adalah harta yang belum kita infakkan kerana selepas kita mati harta tersebut bukan lagi milik kita. Boleh jadi milik isteri dan anak-anak kita.
Maka cintailah harta kita dengan memperbanyakkan bersedekah.
Sesungguhnya orang yang paling kaya di akhirat kelak adalah orang yang paling banyak bersedekah, bukan orang yang paling banyak mengumpul harta.
Sumber : Zon Kuliah 13/1/2020
MENGIRIM DOA
MENGIRIM DOA
“Akak … boleh saya kirim doa? Dengar khabar akak mahu mengerjakan umrah.”
Pesanan diterima.
“Insya Allah, boleh dik.”
Si akak iyakan sahaja. Meskipun Allah al-Mujiib tidak memerlukan lokasi tertentu untuk memakbul doa hambaNya.
Sedangkan doa mustajab ada dalam dirinya. Dia seorang ibu, dia sering berpuasa. Disebelah malamnya dia berjaga.
Apapun … mudah-mudahan Allah memakbulkan doanya asbab orang yang dikirim doa tidak mengenalinya.
Duhai adikku ..
Belajarlah berdoa dari hati dengan sesungguh hati kepada Allah yang maha mendengar.
Dan Tuhan kamu berfirman: Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk Neraka Jahanam dalam keadaan hina. (60)
surah Ghafir/al-Mukmin
Sungguh, janji Allah sentiasa benar!
Sumber: Raudzah Roslan
JANGAN TAKUT UNTUK BERUBAH
JANGAN TAKUT UNTUK BERUBAH
Apabila kita berubah untuk kebaikan, antara cabaran yang kita hadapi adalah sindiran dari orang di sekeliling kita.
Saya nak kongsi pengalaman agar kita faham cabaran ini. Semalam saya disindir oleh salah seorang orang kuat PPNJ yang saya bagi undi pada pemilihan lepas. Beliau lalu depan saya, bersalam tanpa senyum.
“Kau ni dah pakai kopiah, nak jadi macam ustaz pulak”. Saya tidak menjawab. Hanya senyum.
Oleh kerana nada beliau yang agak sinis, saya percaya ia adalah sindiran yang menggambarkan rasa tidak suka dengan penampilan baru saya. Patut pun, ustaz yang berceramah hanya pakai songkok hitam. Saya pula berkopiah putih.
Saya anggap ini satu cabaran. Biasalah bila kita mahu berubah ke arah yang lebih baik, pasti ada yang tidak gembira, padahal saya bukannya mengganggu sesiapa. Saya pun tak pernah minta apa-apa bantuan dari beliau.
Perubahan yang saya lakukan ini adalah untuk saya sendiri agar lebih ingat yang saya perlu berubah. Saya telah pun menunaikan haji. Umur saya masuk 50 tahun. Ramai kawan-kawan sudah pergi tak kembali. Saya nak apa tunggu lagi. Saya tak mahu bila saya sudah sakit atau terlalu tua, baru ingin memulakan perubahan. Pada saya itu sudah agak terlambat.
Saya pun tak kisah kalau ada yang tidak mahu berkawan dengan saya atau meninggalkan saya kerana perubahan yang saya buat. Pada saya, ia ibarat apabila kita berubah jadi lebah, ramai rakan langau yang meninggalkan kita sebab masih suka berkunjung ke tong sampah, sedangkan kita mula mengunjungi taman bunga. Kita tak rugi.
Saya mahu memperbaiki diri. Menyucikan hati. Banyakkan persediaan untuk kematian yang pasti.
Betul. Mahu berubah tidak perlu sampai pakai kopiah putih macam saya. Tapi kopiah putih ini penting untuk saya memulakan perubahan. Itu cara saya untuk istiqamah. Sekali lagi,itu cara saya.
Jiwa saya sekarang lebih tenang. Tidak lagi mengharapkan undi dan rezeki dari orang. Saya hanya mengharapkan Allah memberikan sahabat, kesihatan dan rezeki yang terbaik. Semoga saya kekal dalam hidayah NYA.
#pengalamankopiahputihdrzubaidi
Sumber: Dr. Zubaidi