Solat awal waktu itu adalah satu kenikmatan bagi orang yang beriman, berzikir pagi dan petang itu adalah ketenangan bagi insan-insan yang taqwa, membaca Al Quran itu adalah pengisian bermakna bagi mereka-mereka yang yakin dengan janji akhirat. Justeru, bagi mereka yang tidak merasai nikmat-nikmat ini maka itulah petanda ketenatan iman.

Nasihat MRJ pada wanita yang berusia 40an ke atas, bukan pada usia ini kalian nak buang masa untuk sibukkan diri mencantikan wajah , tetapi inilah masanya untuk kalian mencantikkan amal soleh dan menjaga ketaatan pada Allah dan suami. Tinggalkan team2 membawang, keluar dari team reunion sekolah yang mengarut tu, resigned la dari team erobik yang maksiat itu. Join2lah team2 belajar quran serta duduk di dalam majlis2 ilmu. Jangan sibuk2 lagi nak berkaraoke dan bersiar2.

Ketahuilah wahai perempuan beriman, emosi kalian terlalu tinggi, kalian sangat mudah terpengaruh, maka kerana itu dikalangan ramainya pengikut dajjal itu adalah perempuan. Kaum perempuan jualah yang banyak menghuni neraka. Justeru jangan contohi pengaruh ramai yang lagho itu.

Ingatlah pada akhir zaman ini banyak berlaku kematian secara mengejut tatkala ia adalah merupakan antara tanda2 besar bahawa kiamat semakin mendekati. Banyaklah bermuhasabah dan merenung diri sebelum kain kafan sampai ke jasad.

ISTIQOMAH ZIKIR PETANG, JANGAN TINGGAL SAYYIDUL ISTIGHFAR

Sumber :

~ MRJ

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *