KERA PUN BEKERJA

*KERA PUN BEKERJA?*

Hidup ini adalah *amanah*. Amanah untuk sempurnakan matlamat hidup. Jangan sangka kita hidup sekadar hidup. Hidup kerana diberi nafas semata-mata.

Bak kata Buya Hamka:
_”Kalau hidup sekadar hidup, babi di hutan pun hidup. Kalau kerja sekadar kerja, kera di hutan juga bekerja”._

Sebab itulah manusia berbeza dengan haiwan. Yg mana kita ada matlamat hidup, iaitu untuk memakmurkan bumi. Dan juga amanah yg perlu di jaga.

Jangan lupa, kita hanyalah *hamba* sahaja. Bukan hamba kepada dunia, bukan hamba kepada makhluk. Tapi hamba kepada Pencipta.

Semua yg kita ada hari ni adalah pinjaman semata-mata. Supaya kita dapat menggunakannya dan menjalankan amanah kita sebagai hamba.

Jangan sangka kita susah, tiada amanah ke atas kita. Jangan sangka kita lemah, tiada amanah yg diberikan kepada kita. Semua ada amanah yg kena jaga.

Antara amanah terbesar adalah tubuh badan kita. Mata, kaki, telinga dan lain-lain lagi. Semuanya perlu dijaga dan di guna sebaik mungkin.

Yg lebih utama adalah *kesihatan* kita. Dengan keadaan kita hari ini. Sangat-sangat perlu untuk kita jaga amanah kesihatan yg dikurniakan ini.

Jangan sesekali mengambil ringan tentang amanah ini. Jangan sesekali membawa amanah ini ke lembah yg mampu menghancurkannya.

Di sebalik kita berusaha mengurung diri untuk menjaga amanah ini. Jangan lupa untuk berdoa dan berserah kepadaNya.

Satu doa yg boleh kita amalkan. Doa yg sangat mudah, mudah diingati maksudnya. Namun, InsyaAllah mampu menjaga kita.

*اللَّهُمَّ عَافِنِى فِى بَدَنِى اللَّهُمَّ عَافِنِى فِى سَمْعِى اللَّهُمَّ عَافِنِى فِى بَصَرِى*

Maksudnya:
_“Ya Allah, sihatkanlah badanku. Ya Allah sihatkanlah pendengaranku. Ya Allah, sihatkanlah penglihatanku._

Sama-sama kita amalkan. Semoga kita semua sentiasa dilindungiNya dari segala keburukan. Jangan pernah berhenti berusaha menjaga amanah ini.

Sumber : 
Ikhlas,
Ustaz Yusri.
Tim Nusrah Prihatin

Link page Nusrah
https://m.facebook.com/pg/BKNUSRAHPRIHATINTRG