#ISTIGHFAR_ANAK_MEMBUATKAN_MAK_AYAH_BERUNTUNG_DIAKHIRAT

Disebalik susah payah kita membesarkan anak-anak, kita beri mereka kesenangan, kasih sayang, satu perkara yang kita perlu didik mereka agar kita dapat manfaat melalui diakhirat adalah istighfar mereka.

Kata Nabi s.a.w di dalam hadith, nanti di akhirat mak/bapak terkejut melihat darjat diakhirat disebab oleh istighfar anak2nya. Saya akan share hadithnya di ruang komen.

Oleh yang demikian itu ajari anak-anak kita sejak mereka kecil agar mereka beristigfar untuk kita agar manfaat besar itu kita kecapi. Apa guna labor duit banyak2, buatkan mereka rumah, buatkan simpanan yg banyak untuk mereka tapi mereka tidak mendoakan untuk kita?

Apakah maksud istighfar anak? Istighfar anak maksudnya adalah anak2 yang mendoakan keampunan untuk kedua-dua orang tuanya.

Bagaimanakah lafadznya? Lafadznya adalah,

اَللَّهُمَّ اغْفِرْلِيْ ذُنُوْبِيْ وَلِوَالِدِيَّ وَارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِيْ صِغِيْرًا

Maksudnya: “Ya Allah! ampunilah dosaku dan dosa kedua orang tuaku dan kasihilah mereka sebagaimana mereka mengasihiku sejak kecil.”

Justeru, kita juga hari-hari baca doa ini untuk orang tua kita dan perintahkan anak-anak kita agar mereka juga baca untuk kita tatkala pesan juga pada mereka agar suatu hari nanti anak-anak mereka juga akan buat perkara yang sama untuk mereka.

Nabi s.a.w telah mengkhabarkan bahawa apabila kita mati kelak, salah satu dari tiga perkara yang akan terus mengalirkan pahala kita setelah kita tiada adalah doa (istighfar) anak kita.

Honestly speaking, sia-sia kita ada anak yang ramai tapi tiada sorang pun yang berbuat hal yg sedemikian.

Saya sering menasihati rakan-rakan saya akan pastikan followup setiap hari agar anak-anak mendoakan hingga mereka telah terbiasa.

ISTIQOMAH ZIKIR PAGI.

 

SUMBER :

~MRJ