Bicara tentang ujian hidup ini ujian itu kuncinya sabar dan sabar itu ganjarannya Syurga Dia yang tak ternilai harganya. Maka sabar dan teruslah bersabar sampai suatu saat nanti kita sudah rasa biasa dengan ujian itu.

Bukan Tuhan tak tahu kau terluka, bukan juga Tuhan tak tahu terkadang kau rasa nak putus asa. Tapi ujian itu fitrah hidup walau siapapun kau.

Hadapi ujian itu seolah-olah kau menikmati cintanya Dia. Dia yang memberi ujian padamu. Insya Allah kau akan rasa tenang, redha dengan ujian yang Dia berikan.

Kau kena kuat, pinta diri untuk terus tabah berdiri di atas kaki sendiri. Pada ujian ada cinta Dia untuk hamba-Nya yang bersabar. Kelak nanti kesabaran kau Allah akan balas dengan Syurga Dia.

Saat ini jangan tinggalkan Allah, jangan tinggalkan solat 5 waktu sehari semalam. Jaga hubungan dengan Allah bukan hanya menjaga hubungan dengan manusia.

Kau tahu?

Kita jaga Allah Allah akan jaga kita. Kita jaga hubungan kita dengan Allah maka Allah akan menjaga hubungan kita dengan manusia.

Demi Allah, terus kuat okay

Sumber :
— The Muhammad Shafri

HIDUP TANPA STRESS

1. Usah sakit hati tengok orang lain senang. Kita pun boleh berusaha untuk jadi senang juga. Allah swt beri rezeki kepada semua orang.

2. Usah cemburu dengan rezeki orang lain. Itu rezeki dia. Kita cari rezeki kita.

3. Usah berlawan dengan orang lain. Biarlah orang lain dengan kelajuan mereka sendiri. Kita bergerak dalam orbit kita sendiri. Apa yang penting, pastikan kita sentiasa bergerak ke hadapan.

4. Usah jatuhkan orang lain. Sekiranya kita nak naik lebih tinggi dari dia, berusaha lebih gigih — bukan dengan tarik dia turun.

5. Usah meratap nasib. Usah cepat putus semangat. Ada 1001 cara untuk kita cari rezeki tanpa kacau orang lain.

 

Sumber : Norizan Yunus

ELAKKAN PENGAMBILAN GULA PUTIH
.
Gula adalah karbohidrat ringkas yang membekalkan sumber tenaga segera yang mudah diserap oleh tubuh. Secara semulajadi, gula boleh didapati dalam makanan yang mengandungi karbohidrat seperti nasi, mi, roti, pasta dan ubi-ubian. Gula juga terdapat dalam buah-buahan dalam bentuk fruktosa, dan susu dalam bentuk laktosa.
.
Selain terdapat dalam bentuk semulajadi, gula juga ditambah ke dalam makanan semasa penyediaan atau pemprosesan.
Bagi pengambilan gula yang berlebihan, ia akan menyebabkan kesan negatif kepada manusia. Dengan peningkatan mendadak masalah obesiti dan penyakit kronik yang berbahaya, sudah tentu kita lebih berjaga-jaga dengan pengambilan gula putih.
.
Dalam kajian yang terbaru menunjukkan bahawa gula putih memberikan kesan ketagihan dan pengambilan gula yang berlebihan akan menyebabkan kerosakan sel-sel tubuh dengan berkekalan.
.
Dalam kajian yang lain pula menunjukkan “untuk pulih dari ketagihan” dan kesan kerosakan akibat pengambilan gula berlebihan, mengambil masa sekurang-kurangnya empat bulan.
.
Apa kesan positif yang akan dirasakan apabila kita berhenti mengambil gula putih?
.
1. MENINGKATKAN TENAGA

Ramai yang beranggapan apabila kita letih dan tidak bertenaga, jika perlu minuman manis.
Pengambilan gula secara berterusan akan menyebabkan tubuh tidak dapat menstabilkan tahap gula dalam tubuh. Tahap tenaga akan menjadi turun dan naik.
Bila kita berhenti mengambil gula putih, tubuh akan mendapatkan bekalan tenaga yang lebih stabil.
.
2. PENURUNAN BERAT BADAN

Pengambilan gula putih yg berlebihan akan disimpan sebagai lemak di lapisan kulit dan sekitar organ utama seperti jantung dan hati. Ini menyebabkan kegemukan.
.
3. TIDUR YANG BERKUALITI

Tahap gula yang tinggi akan menyebabkan tubuh dirangsang untuk menghadilkan tenaga. Ini menyebabkan tubuh tidak dapat berehat dan tidur dengan baik walaupun setelah dalam mode tidur.
.
4. MENINGKATKAN SISTEM DAYA TAHAN

Kita memerlukan sistem daya tahan yang kuat untuk melawan kuman setiap hari. Peningkatan gula dalam tubuh menyebabkan keradangan dan ini menyebabkan sistem daya tahan menjadi lemah.
.
5. KULIT YANG CANTIK

Tahap gula yang tinggi merosakkan kolagen dalam kulit dan menyebabkan kulit tidak tegang dan berkedut.
.
6. EMOSI YANG LEBIH STABIL

Pengambilan makanan manis mungkin mengurangkan tekanan yang dirasai. Namun pengambilan gula secara berlebihan menyebabkan kemurungan, keresahan dan rasa keseorangan.

Kajian menunjukkan bahawa mengurangkan pengambilan gula putih dapat merendahkan risiko kemurungan dan schizophrenia.
.
7. KELIHATAN LEBIH MUDA

Mereka yang kurang mengambil gula putih akan kelihatan lebih muda berbanding dengan rakan sebaya.
.
8. MENGURANGKAN RISIKO PENYAKIT JANTUNG

Mereka yang mengambil makanan dan minuman yg mempunyai indek glisemik yang tinggi dikaitkan dengan masalah sakit jantung.
.
9. MELINDUNGI KERADANGAN DALAM ORGAN HATI

Pengambilan guka putih secara berlebihan adalah sama kesannya dengan mengambil minuman beralkohol. Dengan mengurangkan pengambilan gula, ia akan mengurangkan keradangan pada sel-sel hati dan menjadikan organ hati berfungsi dengan lebih baik.
.
10. MENGELAKKAN RISIKO MENDAPAT BATU KARANG DALAM GINJAL

Pengambilan gula berlebihan dalam minuman meningkat risiko mendapat batu ginjal dalam ginjal sebanyak 25%.
Secara amnya dengan mengurangkan pengambilan gula putih dalam makanan dan minuman akan menyebabkan tubuh akan berfungsi dengan lebih baik. Kita bukan berasa sihat, tetapi lebih bertenaga.
.

Sumber : Dr Zubaidi Ahmad
#HealthDrZubaidi

Apa yang sudah ditakdirkan untukmu, pasti akan datang. Apa yang bukan untukmu, pasti tidak akan datang padamu.

Maka oleh itu…sibukkanlah dirimu dengan Tuhanmu. Janganlah kamu menyibukkan dirimu dengan apa yang tidak ditakdirkan untukmu.

Sumber : Ustaz Ahmad Nasir