Kadang, kita kena belajar berdiam.
Belajar untuk banyak mendengar. Bukan untuk membalas, bukan untuk berlawan. Tetapi sekadar untuk meneliti. Memupuk sabar.
Kadang kita tidak tahu banyak, tetapi banyak bercakap. Kadang kita tidak sabar untuk mendengar, tidak tekun untuk meneliti, tetapi cepat mahu berhujah balas.
Akhirnya yang ada pada kita hanya semangat membara, yang tersasar hala tujunya, dek kerana kosong isinya.
Kita sering lupa bahawa botol ubat yang kosong, takkan mampu merawat pesakit. Sama jugalah ubat yang silap sasaran pesakitnya. Sakit demam tetapi diberikan kemoterapi. Tak selesai masalah.
Luangkan masa untuk berdiam. Sekali sekala, perlu ada waktu untuk kita fokuskan untuk muhasabah diri, untuk melihat pandangan orang lain, untuk lebih meneliti perspektif yang berbeza.
Kadang kita terlupa.
Yang kita hanya manusia biasa.
Muhasabah.
Sumber : Coach Zulzack, 13/4/2020