TAZKIRAH MRJ

#TAZKIRAH_MRJ

Hakikatnya yg kita perlu hadam bahawa ujian hidup ini akan sering ditimpakan pada sapa2 sahaja samada dia baik atau tidak. Justeru, bagi orang2 beriman itu dia akan sentiasa bersangka baik pada Allah dengan janji kafarah yang menghapuskan dosa pada setiap kesusahan/kebimbangan yang dilalui, asalkan dia hendaklah BERSABAR. Jangan layan perasaan hati kamu yang negative.

Ujian itu akan hadir pada bentuk yg berbeza pada setiap manusia samada kesakitan, suami@isteri yang bermasalah, anak2 yg melawan, kemiskinan, kekayaan dan sebagainya. Namun sebagai alternatif awal yang perlu dilakukan ketika ditimpakan ujian@musibah adalah PEHEBATKAN ISTIGHFAR kemudian diusuli dengan perbanyakkan solat dan doa.

Jangan banyak mengadu pada orang kerana dia pun banyak masalah. Luahan kelemahan masalah peribadimu pada orang lain kelak akan dijadikan senjata baginya untuk menyerang kamu saat kamu berbalah/bermasalah dengannya. Mengadulah pada Allah dengan doa yang berterusan. Hakikatnya tangisan kamu pada Tuhan itu akan memberikan kami kekuatan dan jati diri.

Hidup sebagai hamba Allah kita kena hidup dengan mengikut dan mentaati syariat yg telah dimaktubkan secara 100%, bukan kita tentukan atau ambil mana-mana@sebahagian yg bersesuaian dgn kehendak nafsu kita.

Ingatlah bahawa kitalah yang bertanggungjawab pada diri kita sepenuhnya di dalam menempuh hala tuju kehidupan pada apa yang kita utamakan. Jika kita pilih untuk cari dunia secara lebih2an, maka kelak kita akan kecewa kerana dunia ini sementara tatkala sesuatu yang dikehendaki itu akan datang dan pergi dan mungkin dimiliki atau sebagai agauan dan bayangan.

Bersyukurlah sangat2 apabila Allah dah bantu untuk kita lahir di dalam keluarga Islam, maka bantulah diri kita pula untuk ke SyurgaNya

Punca manusia tersasar dari kesabaran disebabkan dia merasakan masalah berat itu hanya pada dirinya tatakala dia tidak melihat derita orang lain yang lebih teruk diuji. Masalah dalam diri itu akan bertambah berat jika masalah itu difikirkan sebagai masalah bukan sebagai ujian. Tidak bersandar kepada Allah akan melemahkan kesabaran dan apabila manusia tidak memikirkan tentang permasalah akhirat yang jauh lebih berat, maka masalah dunia akan menjadi kerisauan dan kebimbangan yang tidak ada kesudahan.

Semoga kita sentiasa mendidik hati agar sabar, redha dengan ketentuan dan rapat hubungan kita dengan Allah SWT. Sabar itu perit namun pahala bagi orang yang sabar itu tanpa batasan iaitu ia sentiasa mendapat pahala di dalam kesabaran.

Sumber FB:
~ MRJ
2/9/2020

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *