Ya Allah

Firam Allah Subhanahu wa Ta’ala di dalam surah Ar-Rahman, ayat 29:

Semua yang ada di langit dan dibumi selalu memohon kepadaNya. Setiap waktu Dia berada dalam aktivitinya.

Apabila laut bergelombang ombak bergelora, dan angin bertiup kencang, semua penumpang kapal akan berteriak “Ya Allah”

Apabila seseorang tersesat di tengah padang pasir, kenderaan menyimpang jauh dari laluannya; dan para kafilah merasa kebingungan menentukan arah perjalanannya, mereka akan berseru: “Ya Allah!”

Apabila tertimpanya musibah, bencana melanda,dan berlakunya tragedi, ia akan menyebut “Ya Allah!”

Apabila pintu ditutup di hadapan pencari kerja dan tirai-tirai ditutup di depan orang yang meminta, mereka akan berseru: “Ya Allah!”

Apabila berbagai usaha tidak mampu menyelesaikan, setiap jalan terasa terhimpit, harapa terhenti, dan semua jalan pintas telah buntu, mereka akan menyeru: “Ya Allah!”

Apabila dunia terasa sempit disebabkan himpitan persoalan hidup dan jiwa terasa seolah tertekan oleh bebanan kehidupan yang harus dipikul, mereka akan menyeru: “Ya Allah!”

Telah kukhabarkan kepadaMu

segala hal seperti cercaan.

Pekat dan wajah waktu lebih gelap berdebu.

Lalu kupanggil jelas namaMu

di waktu Subuh menanti

dan setiap fajar menyingsing

selalu terdengar namaMu terucap.





Hanya kepadaNya sahaja yang layak dipangjatkan kalimah-kalimah yang indah, doa yang ikhlas, bisikan yang jujur, air mata yang menitis penuh keikhlasan dan keinsafan, dan ratapan derita yang membingungkan.

Hanya kepadaNya kedua telapak tangan dihulurkan setiak kali menjelang Subuh, iaitu tangan-tangan orang yang memerlukan pertolonganNya, dan tatapan mata hamba yang penuh harapan, dan segudang benak yang bertanya tentang banyak peristiwa.

Ketika lidah bersenandung menyebut namaNya, memohon, mengharap dan memanggil. Dengan menyebutNya, di mana hati akan menjadi damai, jiwa akan terasa tenang, perasaan menjadi tenteram, saraf tidak lagi menegang, akal menjadi sejuk dan keyakinan menjadi mantap.

Allah Maha Penyayang terhadap hambaNya…… (Asy….Syu’ara’: 19)

Allah : Sebaik-baik nama, susunan huruf yang paling indah, ungkapan yang paling tulus, dan kata yang paling bernilai.

…..apakah kamu mengetahui ada sesuatu yang setara dengan Dia? (Maryam: 65)

Allah: BagiNya segala kekayaan dan keabadian, kekuasaan dan kekuatan, keagungan, kemampuan dan kebijaksanaan.

….Milik siapakan kekuasaan pada hari ini (Kekuasaan) hanyalah milik Allah Yang Maha Esa dan Maha Perkasa. (Ghafir: 16)

Allah: BagiNya kebijaksanaan, pertolongan, keringanan, bantuan, cinta dan kebaikan.

Apapun nikmat yang kalian terima, semuanya berasal dari Allah….(An-Nahl: 53)

Allah: Sang Pemilik segala keagungan, kebesaran, kewibawaan dan keperkasaan.

Sekalipun kulukiskan keagunganMu dalam goresan

sebagai tanda kesucian yang mempererat jiwa

Engkau tetap Yang Teragung

dan tempat segala yang bermakna

Ya Tuhan, hanya pada keagunganMu

segala terasa lapang

Ya Allah, gantikanlah penderitaan ini dengan kesenangan, balasan kesedihan sebagai hal yang mengembirakan, dan hilangkanlah perasaan takut ini kepada ketenteraman.

Ya Allah, sejukkan gelora hati dengan salji keyakinan, dan padamkan gelojak api jiwa dengan air keimanan.

Ya Allah, berikanlah rasa mengantuk sebagai kenyamanan bagi mata yang tidak dapat pejam. Berikan rasa damai bagi jiwa-jiwa yang resah ini suatu kedamaian, dan berikanlah dengan kemenangan yang nyata.

Ya Allah, tunjukkanlah penglihatan ini menuju cahayaMu; bimbinglah kesesalan ini ke arah jalanMu, dan bimbinglah orang yang tergelincir menuju petunjukMu.

Ya Allah, lenyapkan segala keraguan dengan cahaya mentari di ufuk timur. Hancurkan segala kebatilan yang bersarang di dalam perasaan dengan secerah sinar kebenaran. Hapuskan segala tipu daya syaitan dengan pertolongan bala tenteraMu.

Ya Allah, hindarkan kami dari segala kesedihan, hilangkan kesengsaraan, dan jauhkan segala kegelisahan dari jiwa-jiwa kami.

Kami berlindung kepadaMu dari segala ketakutan, kecuali hanya takut kepadaMu. Kami berlindung dan bertawakkal hanya kepadaMu. Kami berlindung dari kepasrahan kecuali hanya pasrah kepadaMu. Kami meminta hanya kepadaMu, memohon pertolongan hanya kepadaMu. Hanya Engkaulah sebagai Pelindung kami, kerana Engkaulah sebaik-baik pelindung dan sebaik-baik Penolong.

Sumber : Kitab La Tahzan : Jangan Bersedih (Don’t Be Sad) Penulis : Dr Aidh Bin Abdullah Al-Qarni

HAMBA YANG PALING DICINTAI ALLAH – SURAH HUD, 11:49

Rasulullah SAW bersabda, ” Sesungguhnya, Allah tidak akan melihat kepada fizikal kalian, tidak kepada kebangsawanan kalian, tidak pula kepada harta kekayaan kalian. Namun, Allah akan melihat kepada hati kalian. Siapa yang mempunyai hati yang soleh, Allah akan bersimpati kepadanya. Adapun kalian, wahai keturunan Adam, yang paling aku cintai di antara kalian ialah yang paling bertakwa.” (Riwayat Muslim, 33, 34; At. Tabrani dalam Al Kabir, 3/338; Al Haisami dalam Majma’uz Zawaid, 10/231)

BILA DIRI DIHINA DIAM dan SABAR

  1. Sememangnya susah dan sukar untuk kita lakukan bila kita dihina, diumpat, dikeji, difitnah atau dimalukan lebih-lebih lagi khalayak ramai, di pejabat atau dalam masyarakat. Namun itulah tindakan yang terbaik bagi kita. Bila kita menjawab balik hinaan yang dilontarkan pasti bukan kita yang bercakap tapi yang “bertanduk dua” yang sedang menguasai akal fikiran kita pada masa itu. Jadi seeloknya kita diam sejenak. Istigfar didalam hati banyak-banyak dan ingatkan diri kita supaya bersabar menghadapi hinaan yang dilontarkan.
  2. Dalam situasi bila mana kita terasa diri kita sangat lemah umpama anak ikan yang dikelilingi oleh jerung-jerung kelaparan kita tidak tahu apa yang harus kita lakukan. Untuk tujuan itu, saya ingin kongsikan sedikit panduan dalam menghadapi keadaan bila mana kita dihina. Antaranya ialah :

a. Orang yang menghina kita dengan menggunakan perkataan yang teruk (contohnya bangang, bodoh, gedik dan sebagainya) sebenarnya sedang mendoakan keburukan itu untuk dirinya, suami atau isteri mereka, ahli keluarga, adik-beradik dan lebih parah lagi sebenarnya mereka mendoakan untuk anak-anak mereka. Nauzubillah.

b. Sebenarnya cacian dan hinaan yang dilemparkan itu adalah RAHMAT daripada ALLAH. Kenapa? Sebab setiap hinaan yang dilontarkan kepada kita adalah penghapus bagi setiap dosa-dosa kita semalam. Lebih beruntung lagi kita akan dapat banyak pahala percuma. (Tapi dengan syarat kita kena sabar dengan apa yang berlaku).

c. Ingatlah bahawa ada HIKMAH di sebalik setiap dugaan dan cabaran yang kita hadapi. Sebenarnya Allah hendakkah hamba-Nya kembali kepada-Nya. Mengadu kepada-Nya lantaran sebelum ini kita semakin jauh, lalai dan lupa kepada-Nya.

d. Bila kita difitnah, kita akan tak dapat tidur malam lantaran memikirkan tentang fitnah yang dilontarkan kepada kita. Maka, kita dengan sendirinya akan bangun bertahajud setiap malam mohon kepada Allah agar diberi ketenangan, kemaafan dan keampunan dari-Nya sepanjang hidup ini. Kesan daripada itu (sentiasa bertahajud selalu), hati akan menjadi semakin tenang dan bahagia walaupun dikelilingi orang yang sentiasa mencari salah kita dan orang yang tidak mahu memandang wajah kita.

e. HIKMAH dan REZEKI yang melimpah ruah menanti kita di sebalik ujian tersebut. Contohnya Allah permudahkan segala urusan kita. Allah pertemukan kita dengan rakan-rakan yang mulia hatinya,rakan-rakan yang boleh membantu kita menjana ekonomi kita dengan lebih mantap, pasangan yang memahami dan menyayangi kita dengan sepenuh hatinya, anak-anak yang baik, keluarga yang memahami dan pelbagai lagi.

f. Kita juga akan menemui dan dapat menilai siapa sahabat yang sebenar dan siapa musuh kita. Cara dan gaya hidup kita pun mungkin akan berubah ke arah lebih baik dan lebih bermotivasi. Mungkin sebelum ni kita susah nak baca buku-buku yang bermanfaat. Mungkin kita juga berpeluang mengenali tokoh-tokoh motivasi yang hebat yang terkenal di seluruh dunia. (Contoh : Dr. Aidh Abdullah Al-Qarni, Imam Ghazali dan lain-lain). Selain itu, kita juga akan mampu untuk menjadikan diri kita insan yang sangat kuat, tabah, sabar dan mengubah seluruh pemikiran dan idea kita selama ini.

g. Pendek kata, apa yang berlaku pada kita walaupun buruk pada pandangan manusia, namun sebaliknya pada pandangan Allah, Fikirkanlah bahawa semua yang berlaku adalah RAHMAT ALLAH.

Insya-Allah hidup kita lebih tenang, bahagia dan sangat matang.

Sumber : Facebook.

TIPS HIDUP GEMBIRA KEKAL SIHAT EMOSI DAN JASMANI

Jaga solat dan ibadat
Redha dengan ketentuan Allah
Betulkan persepsi tentang hidup dan dunia

Faham dengan betul bahawasanya tiada apapun milik kita kecuali milik Allah

Jangan mengharap selain pada Allah.
Kejayaan sebenar kita adalah mendapat redha Allah.

Elakkan cari salah dan kelemahan orang.
Belajar memaafkan.

Tinggalkan kenangan lama yang pahit.
Seronok ketawa.
Makan seadanya.
Tidur secukupnya sekadarnya
Serono berbuat baik
Malu berbuat jahat
Ucapkan tahniah kepada mereka yang berjaya
Suka berikan hadiah walau sebuah doa
Sunnah wangi wangian

Bantu orang miskin dan mereka yang kesempitan

Dampingi Quran dan fahami tafsirnya
Bina jaringan orang baik-baik (Positive Circle)
Kawal apa yang mata lihat
Jauhi prasangka dan gossip
Elakkan berhutang
Bayar hutang biarpun sedikit-sedikit
Berterus terang apa yang ada dihati
Berbicara dengan Allah (tahajud/dhuha)

Berbicara dengan alam (hargai) kebersihan dan kecantikan alam)

Jauhi perdebatan
Elakkan perebutan

Belajarlah utamakan hak orang lain Allah akan utamakan hak kita

Jangan hina dan pandang rendah anak orang/ keluarga orang/ suami atau isteri orang....Doakan yang baik-baik.

Senyum.

Sumber : JOM JADI ORANG BAIK-BAIK, 1 OKTOBER 2017

Renungan…

Sekiranya kalian masih terganggu dengan cakap-cakap orang, maka kalian adalah orang yang tak kenal dengan kekuatan diri sendiri.

  • mental cukup
  • tenaga cukup
  • kudrat cukup

Lihat apa yang kalian ada:

Jadi kalau ada sesiap cakap negatif tentang apa yang kalian buat, tak perlu rasa apa-apa. Ia kerana kalian kenal diri kalian.

  • Kalian bertaya tepis
  • Kalian berjaya tapis
  • Kalian berjaya tutup ruang untuk tak ada satu perkataan negatif pun masuk melalui telinga dan sampai ke hati. Tak ada.

Kalian akan senyum, jalan terus! Itu tanda kalian kenal diri kalian.

Gais, nak kuat, tengok diri dulu. Tengok kita ada apa. Kemudian fokus dengan kekuatan itu.

Pandai buat biskut, jual biskut. Jangan dengar cakap orang kata buat biskut takkan kaya.

Sumber : Khairul Hakimi Muhammad, 23 March 2021