LA TAHZAN SIRI 9 (a & b): Teguhkanlah Keperibadian Anda

https://www.facebook.com/ustazahmuzayyanah/videos/311081167415961

https://www.facebook.com/watch/live/?ref=watch_permalink&v=214836297085520

Yakni, jangan mudah mengenakan dan meniru-niru ciri keperibadian umat lain! Kerana itu akan menjadi petaka yang tidak mudah redha bagimu. Orang-orang yang lupa dengan dirinya sendiri, suaranya, gerakan tubuhnya, ucapannya, kemampuannya dan keadaannya sendiri kebanakan akan meniru-niru budaya bangsa lain. Dan itulah yang disebut dengan melatah, mengada-ngada berpura-pura dan kehilangan jati diri.

Sejak zaman Nabi Adam ‘Alaihissalam hingga makhluk terakhir ciptaan Allah tidak pernah ada dua orang yang sama persis rupanya. Maka, mengapa masih ada orang-orang yang memaksa diri untuk menyamakan perilku dan kepribadiannya dengan bangsa lain?.

Anda merupakan sesuatu yang lain daripada yang lain, tidak ada seorang pun yang menyerupai anda dalam catatan sejarah kehidupan ini, belum pernah ada seorang yang diciptakan sama dengan anda, dan tidak akan pernah ada orang yang akan serupa dengan anda di kemudian hari.

Anda sama sekali berbeda dari Zaid dan ‘Amr. Kerana itu, jangan memaksakan diri untuk meniru-niru keperibadian orang lain.

Tetaplah berpijak dan berjalan pada keadaan dan perilaku anda sendiri!

….sesungguhnya tiap-tiap satu puak (di antara mereka) telah mengetahui tempat minumnya masing-masing….(Al-Baqarah: 60)

Dan bagi tiap-tiap umat ada arah (qiblat) yang masing-masing menujunya; oleh itu berlumba-lumbalah kamu mengerjakan kebaikan…. (Al-Baqarah: 148)

Hiduplah sebagaimana anda diciptakan, jangan mengubah suara anda, dan jangan pula mengubah cara berjalan anda!. Tuntunlah diri anda dengan wahyu Ilahi, tetapi juga jangan melupakan keadaan anda dan jangan membunuh kemerdekaan anda sendiri!.

Anda memiliki corak dan warna tersendiri. Dan kami menginginkan agar anda tetap seperti itu; dengan corak dan waran anda sendiri, sebab anda diciptakan demikian. Kami mengenal anda seperti itu maka:

Janganlah seseorang di antara kalian menjadi orang yang tidak berpendirian.

Umat manusia – dengan pelbagai keadaan macam tabiat dan wataknya – seperti alam tumbuhnya; ada yang manis dan masam, dan ada yang panjang dan pendek. Dan seperti itulah seharusnya umat manusia.Jika anda seperti pisang, anda tidak perlu mengubah diri menjadi bambu, sebab harga dan keindahan anda akan tampak jika anda menjadi pisang.

Begitulah sesungguhnya perbedaan warna kulit, bahasa dan kemampuan kita masing-masing merupakan tanda-tanda kebesaran Sang Maha Pencipta. Kerana itu, jangan sekali-kali mengingkari tanda-tanda kebesaranNya.

  • Sumber : Kitab La Tahzan : Jangan Bersedih (Don’t Be Sad) Setelah Kesulitan Pasti ada Kemudahan. Penulis : Dr Aidh Bin Abdullah Al-Qarni (Penterjemah: Noraine Abu).
  • (Ditaip semula dari Kitab La Tahzan sebagai bacaan bersama).

La Tahzan Siri 8: Usirlah Kekosongan Dengan Kesibukan

https://www.facebook.com/watch/live/?ref=watch_permalink&v=1233612043821536

Orang-orang yang banyak menganggur dalam hidup ini, biasanya akan menjadi bahan gossip dan desus-desus yang tidak bermanfaat. Itu kerana akal fikiran mereka selalu melayang-layang tidak tahu arah. Dan…

mereka suka tinggal bersama-sama orang-orang yang ditinggalkan (kerana uzur)…. (At-Taubah: 87)

Saat paling berbahaya bagi akal adalah manakala pemiliknya menganggur dan tidak berbuat apa-apa. Orang seperti itu, ibarat kereta yang berjalan dengan kecepatan tinggi tanpa pemandu, akan mudah terhuyu-hayang ke kanan dan ke kiri.

Bila pada suatu hari anda mendapatkan diri anda menganggur tanpa kegiatan, bersiaplah untuk bersedih, gundah dan cemas! sebab dalam keadaan kosong itulah fikiran anda akan menerawang ke mana-mana dari mengingat kegelapan masa lalu, menyesali kesialan masa kini, hingga mencemaskan kelamnya masa depan yang belum tentu anda alami. Dan itu, membuat akal fikiran anda tidak terkendali dan mudah terlepas dari kawalan. Maka dari itu,saya nasihatkan kepada anda dan diriku sendiri bahawa mengerjakan amalan-amalan yang bermanfaat adalah lebih baik daripada terlarut dalam kekosongan yang membinasakan. Kesimpulannya: Membiarkan diri dalam kekosongan itu sama halnya dengan bunuh diri dan merosak tubuh dengan dadah.

Waktu kosong itu tidak ubahnya dengan seksaan halus ala penjara Cina, meletakkan si tahanan itu di bawah paip air yang hanya dapat menitiksan air satu titis setiap minit selama bertahun-tahun. Dan dalam masa penantian yang panjang itulah, biasanya seorang akan menjadi stress dan gila.

Menganggur dapat melalaikan diri dan sunyi dari kegiatan merupakan pencurian profesional, sedangkan aqal anda adalah perwira yang dapat melawan dan mengoyak pertempuran khayalan ini.

Kerana itu, bangkitlah sekarang juga, kerjakan solat, baca buku, bertasbih, mengkaji, menulis, mengemaskini meja kerja, mengemaskan bilik tidur atau berbuatlah sesuatu yang bermanfaat bagi orang lain untuk mengusir kekosongan itu!. Ini kerana aku ingin mengingatkan anda agar tidak berhenti sejenak pun dari melakukan sesuatu yang bermanfaat.

Bunuhlah setiap waktu kosong dengan “pisau” kesibukan!. Dengan cara ini, doktor-doktor dunia akan berani menjamin bahawa anda telah mencapai 50% dari kebahagiaan. Lihatlah para petani, nelayan dan para buruh kasar, mereka dengan ceria mendendangkan lagu-lagu seperti burung-burung di alam bebas! Mereka tidak seperti anda yang tidur di atas katil empuk, tetapi selalu gelisah dan mengalirkan air mata kesedihan.

  • Sumber : Kitab La Tahzan : Jangan Bersedih (Don’t Be Sad) Setelah Kesulitan Pasti ada Kemudahan. Penulis : Dr Aidh Bin Abdullah Al-Qarni (Penterjemah: Noraine Abu).
  • (Ditaip semula dari Kitab La Tahzan sebagai bacaan bersama).
  • LA TAHZAN SIRI 7: Berbuat Baik Kepada Orang Lain Akan Melapangkan Dada

    https://www.facebook.com/ustazahmuzayyanah/videos/848782902403219

    Kebajikan itu sebaik namanya, keramahan seramah wujudnya, dan kebaikan sebaik rasanya. Dan orang-orang yang pertama kali akan dapat merasakan manfaat dari semua itu adalah kerana mereka yang melakukannya. Mereka ini, akan merasakan “buah” nya ketika itu juga dalam jiwa, akhlaq dan nurani mereka. Sehingga, mereka pun selalu lapang dada, tenang, tenteram dan damai.

    Ketika diri anda diliputi kesedihan dan kegundahan, berbuat baiklah terhadap sesama manusia nescaya anda akan mendapatkan kenteteraman dan kedamaian hati!. Sedekahilah orang yang papa, tolonglah orang-orang yang kena zalimi, ringankan beban orang yang menderita, berilah makan orang yang kelaparan, jenguklah orang yang sakit dan bantulah orang yang terkena musibah, nescaya anda akan merasakan kebahagian dalam semua sisi kehidupan anda!.

    Perbuatan baik itu laksana wewangian yang tidak hanya mendatangkan manfaat bagi pemakainya, tetapi juga orang-orang yang berada di sekitarnya. Dan manfaat psikologi dari kebajikan itu terasa seperti ubat-ubat mujarab yang dapat diperolehi di dalam hati orang-orang yang berhati baik dan bersih.

    Menebat senyum manis kepada orang-orang ang “miskin akhlaq” merupakan sedekah jariyah. Ini tersirat dalam tuntunan akhlaq yang berbunyi:

    Sekalipun engkau bertemu dengan saudaramu dengan wajah ceria. (Al-Hadith)

    Sesungguhnya kemuraman wajah merupakan tanda permusuhan sengit terhadap orang lain, yang hanya diketahui terjadinya oleh Sang Maha Ghaib.

    Seteguk air yang diberikan seorang pelacur kepada seekor anjing yang kehausan dapat membuahkan syurga yang luasanya seluas langit dan bumi. Ini merupakan bukti bahawa Sang Pemberi pahala adalah Dzat Yang Maha Pemaaf, Maha Baik dan sangat mencintai kebajikan, serta Maha Kaya lagi Maha Terpuji.

    Wahai orang-orang yang merasa terancam oleh himpitan kesengsaraan, kecemasan dan kegundahan hidup, kunjungilah taman-taman kebajikan, sibukkan diri kalian dengan memberi, mengunjungi, membantu, menolong dan meringankan beban sesama! Dengan semua itu, nescaya kalian akan mendapatkan kebahagiaan dalam semua sisnya, rasa, warna dan juga hakikatnya.

    Sedang ia tidak menanggung budi sesiapapun, yang patut di balas, hanyalah mengharapkan keredaan Tuhannya Yang Maha Tinggi, dan demi sesungguhnya, ia tetap akan berpuas hati (pada hari akhirat dengan mendapat segala yang diharapkannya). (Al-Lail: 19-21)

  • Sumber : Kitab La Tahzan : Jangan Bersedih (Don’t Be Sad) Setelah Kesulitan Pasti ada Kemudahan. Penulis : Dr Aidh Bin Abdullah Al-Qarni (Penterjemah: Noraine Abu).
  • (Ditaip semula dari Kitab La Tahzan sebagai bacaan bersama).
  • LA TAHZAN SIRI 5 : Jadikan Kritikan Tajam Sebagai Penghormatan

    https://www.facebook.com/ustazahmuzayyanah/videos/1002177177201742

    Sang Pencipta dan Pemberi rezeki Yang Maha Mulia, acapkali mendapat cacian dan cercaan dari orang-orang pandir yang tidak beraqal. Maka apalagi saya, anda dan kita sebagai manusia yang selalu terpeleset dan salah. Dalam hidup ini, terutama jika anda seseorang yang selalu memberi, memperbaiki, mempengaruhi dan berusaha membangun, maka anda akan selalu menjumpai kritikan-kritikan yang pedas dan pahit. Mungkin pula, sesekali mendapat cemuhan dan hinaan dari orang lain.

    Dan mereka, tidak akan pernah diam mengkritik anda sebelum anda masuk ke dalam liang lahad, menaiki tangga ke langit, dan berpisah dengan mereka. Adapun bila anda masih berada di tengahptengah mereka, maka akan selalu ada perbuatan mereka yang membuat anda bersedih dan menitiskan air mata, mengalirkan darah kematian anda dan mengusik ketenangan anda.

    Perlu diingat, orang yang duduk di atas tanah tidak akan pernah jatuh, dan manusia tidak akan pernah menendang anjing yang sudah mati. Adapun mereka, marah dan kesal kepada anda adalah kerana mungkin anda mengungguli mereka dalam hal kebaikan, keilmuan, tindak-tanduk atau harta. Jelasnya, anda di mata mereka adalah orang berdosa yang tidak terampuni sampai anda melepaskan semua kurnia dan nikmat Allah yang pada diri anda, atau sampai anda meninggalkan semua sifat terpuji dan nilai-nilai luhur yang selama ini ada pegang teguh. Dan menjadi orang yang bodoh, pandir dan tolol adalah yang mereka inginkan dari diri anda.

    Oleh sebab itu berwaspadalah terhadap apa yang mereka katakan, kuatkan jiwa untuk mendengar kritikan, cemuhan dan hinaan mereka!. Bersikaplah laksana batu karang, tetap kukuh berdiri meski diterpa butiran-butiran salji yang menderanya setiap saat dan ia justeru semakin kukuh kerananya. Ertinya : Jika anda merasa terusik dan terpengaruh oleh kritikan atau cemuhan mereka, bererti anda telah meluluskan keinginan mereka untuk mengotori dan mencemarkan kehidupan anda. Padahal, yang terbaik adalah menjawab atau tindak-balas kritikan mereka dengan menunjukkan akhlaq yang baik. Acuhkan saja mereka dan jangan ada merasa tertekan oleh setiap angkara mereka untuk menjatuhkan anda! Sebab kritikan mereka yang menyakitkan itu pada hakikatnya merupakan ungkapan penghormatan untuk anda. Yakni; semakin tinggi darjat dan posisi yang anda duduki, maka akan semakin pedas pula kritikan itu.

    Anda akan mampu menutup mulut mereka dan menahan gerakan lidah mereka. Yang anda mampu, adalah hanya mengubur dalam-dalam setiap kritikan mereka dan bersikap acuh tak acuh terhadap mereka. Dah cukup menghormati setiap perkataan mereka sebagaimana yang diperintahkan Allah Ta’ala di dalam firmanNya ini :

    ..…matilah kamu dengan kemarahan kamu itu… (Ali – ‘Imran:119)

    Bahkan anda juga dapat melawan perkataan mereka yang buruk dengan diam seribu bahasa dengan cara memperbaiki akhlaq dan meluruskan setiap kesalahan anda. Dan bila anda ingin diterima oleh semua pihak, dicintai semua orang dan terhindar dari cela, bererti anda telah menginginkan sesuatu yang mustahil terjadi dan mengangankan sesuatu yang terlalu jauh untuk diwujudkan.

    Sumber : Kitab La Tahzan : Jangan Bersedih (Don’t Be Sad) Setelah Kesulitan Pasti ada Kemudahan. Penulis : Dr Aidh Bin Abdullah Al-Qarni (Penterjemah: Noraine Abu).

    (Ditaip semula dari Kitab La Tahzan sebagai bacaan bersama).

    LA TAHZAN SIRI 4: Masa Depan Akan Datang Dengan Sendirinya

    https://www.facebook.com/ustazahmuzayyanah/videos/905292723662099

    (boleh dengar dari ustazah muzayannah binti abdullah)

    Firman Allah Subahahu wa Ta’ala di dalam surah An-Nahl, ayat 1:

    Sesuatu yang telah ditentukan oleh Allah pasti akan datang, maka janganlah kalian minta untuk disegerakan….

    Oleh kerana itu, janganlah anda mendahului sesuatu yang belum terjadi. Apakah anda mahu mengeluarkan kandungan sebelum waktunya dilahirkan, atau memetik buah-buahan sebelum masak?.Hari esok adalah sesuatu yang belum nyata dan dapat diraba, belum berwujud dan tidak memiliki rasa dan warna. Lalu, mengapa kita harus menyibukkan diri dengan hari esok, mencemaskan kesialan-kesialan yang mungkin akan terjadi padanya, memikirkan kejadian-kejadian yang akan menimpanya, meramalkan bencana-bencana yang bakal ada di dalamnya? Bukankan kita juga tidak tahu apakah kita akan bertemu dengannya atau tidak, dan apakah hari esok kita itu akan berwujud kesenangan atau kesedihan.

    Yang jelas, hari esok masih ada dalam alam ghaib dan belum turun ke bumi. Maka tidak sepatutnya kita menyeberangi sebuah jambatan sebelum sampai di atasnya. Sebab siapa yang tahu bahawa kita akan sampai atau tidak pada jambatan itu? Boleh jadi kita akan terhenti jalan kita sebelum sampai ke jambatan itu, atau mungkin pula jambatan itu hanyut terbawa arus dahulu sebelum kita sampai di atasnya. Dan oleh jadi pula, kita akan sampai pada jambatan itu dan kemudian menyeberanginya.

    Dalam syariat, memberi kesempatan kepada fikiran untuk memikirkan masa depan dan membuka-buka alam ghaib, dan kemudian terhanyut dalam kecemasan-kecemasan yang baru diduga darinya, adalah sesuatu yang tidak dibenarkan. Kerana, hal itu termasuk thulul amal (angan-angan yang terlalu jauh). Sesungguhnya tindakan itu pun tidak masuk aqal, kerana sama halnya degan berusaha perang melawan bayang-bayang. Namun kebanyakan manusia didunia ini justeru banyak yang termakan oleh ramalan-ramalan tentang kelaparan, kemiskinan, wabah penyakit dan krisis ekonomi yang khabarnya akan menimpa mereka. Padahal, semua itu hanyalah sebahagian dari kurikulum yang diajarkan di ‘”sekolah-sekolah syaitan”.

    Syaitan itu menjanjikan (menakut-nakutkan) kamu dengan kemiskinan dan kepapaan (jika kamu bersedekah atau menderma), dan ia menyuruh kamu melakukan perbuatan yang keji (bersifat bakhil, kedekut), sedang Allah menjanjukan kamu (dengan) keampunan daripadaNya serta kelebihan kurniaNya….(Al-Baqarah:268)

    Mereka yang menangis sedih menatap masa depan, adalah yang menyangka diri mereka akan hidup kelaparan, menderita sakit selama setahun, dan memperkirakan umur dunia ini tinggal seratus tahul lagi. Padahal, orang yang sedar bahawa usia hidupnya berada di “genggaman yang lain” tentu tidak akan menggadaikannya untuk sesuatu yang tidak ada. Dan orang yang tidak tahu bila akan mati, tentu salah besar bila justeru diri dengan sesuatu yang tidak diketahui secara pasti hakikatnya.

    Biarkan hari esok itu datang dengan sendirinya, janganlah anda menanyakan khabar beritanya, dan jangan pula anda menunggu waktu itu. Sebab, hari ini ada sudah sangat sibuk.

    Jika anda hairan, maka lebih menghairankan lagi orang-orang yang berani menebus kesedihan suatu masa yang belum tentu matahari terbit di dalamnya dengan bersedih pada hari ini. Oleh kerana itu, hindarilah angan-angan yang berlebihan.

    Sumber : Kitab La Tahzan : Jangan Bersedih (Don’t Be Sad) Setelah Kesulitan Pasti ada Kemudahan. Penulis : Dr Aidh Bin Abdullah Al-Qarni (Penterjemah: Noraine Abu).

    (Ditaip semula dari Kitab La Tahzan sebagai bacaan bersama).

    LA TAHZAN SIRI 3: Hari Ini Milik Anda

    https://www.facebook.com/ustazahmuzayyanah/videos/728381381216626

    (Bolah didengar seperti Link di atas)

    Apabila anda berada di pagi hari, janganlah menunggu waktu petang, kerana hari ini adalah kesempatan untuk hidup. Oleh kerana itu, anda tidak perlu memikirkan hari kelmarin yang telah berlalu dengan segala kebaikan dan keburukan yang menghiasinya. Tidak juga dengan hari esok yang belum tentu datang.

    Hari yang saat ini mataharinya menyinari anda, dan siangnya menyapa anda, membuat anda mampu memandang alam sekitar. Itulah hari anda, maka manfaatkan hari itu sebaik-baiknya! Maka anggapkah masa hidup anda hanya hari ini saja, atau seakan-akan adan dilahirkan hari ini dan akan mati hari ini juga.

    Falsafah ini akan menyelamatkan kehidupan anda, sehingga tidak tersepit di antara dua kehidupan, masa lalu dengan berbagai kesedihan dan kegundahan yang terjadi masa itu, dan masa depan yang penuh ketidakpastian dan acapakali menakutkan.

    Pusatkanlah seluruh perhatian dan kreativiti anda untuk satu hari ini saja. Dan pada hari inilah anda harus bertekad mempersembahkan kualiti solat yang paling khusyu; membaca dan memahami Al-Quran secara mendalam, merenungi kehidupan dunia dengan sepenuh hati, keseimbangan dalam segala hal, keindahan dalam akhlaq, kerelaan dengan semua yang Allah berikan, perhatian terhadap keadaan sekitar, perhatian terhadap kesihatan jiwa dan raga serta manfaat kepada orang lain.

    Untuk hari ini, anda harus mulai membahagi waktu dengan bijak. Jadikanlah setiap minit seakan ribuan tahun dan setiap detik seakan ratusan tahun; tanamlah kebaikan sebanyka-banyaknya pada hari itu; memelihara indahnya kehidupan, meminta ampunan dari berbagai dosa yang telah dilakukan,meningati Tuhan dan mempersiapkan diri untuk pergi jauh (mengharapNya). Dengan demikian, hidup anda pada hari ini akan penuh kebahagiaan, merasa aman dan tenteram, serta menerima rezeki isteri, suami, anak-anak, tugas-tugas, tempat tinggal dan ilmu pengetahuan dengan tangan terbuka dan rasa syukur.

    Terimalah semua yang telah Allah berikan kepadamu dan jadilah kamu termasuk orang-orang yang bersyukur, (Al-A’raf:144)

    Hidup anda pada hari ini juga tanpa kesedihan, gangguan, kemarahan, kedengkian dan kebencian atau sakit hati.

    Jangan lupa, hendaklah anda mengukir sebuah tulisan dalam hati anda atau di meja tempat ada bekerja: “Hari ini adalah milikmu”. Yakni apabila hari ini anda dapat memakan nasi yang harum baunya, maka apakah anda masih berfikir tentang nasi basi yang telah anda makan kelmarin, yang akan membahayakan kesihatan anda? Mungkin anda masih berfikir tentang nasi yang anda makan esok hari, padahal nasi tersebut masih ada dalam angan-angan.

    Apabila hari ini anda dapat minum air dingin yang menyegarkan, maka mengapa anda harus bersediah atas air masin yang anda minum kelmarin, atau menginginkan air esok yang masin dan panas?

    Seandainya anda percaya akan diri sendiri dan mempu mengerjakan segala sesuatu dengan semangat dan tekad yang kuat anda akan dapat menundukkan diri anda untuk berpegag pada prinsip; “masa hidupku hanyalah pada hari ini. “Prinsip inilah yang akan menyibukan diri anda setiap detik untuk selalu memperbaiki keadaan, sekaligus berusaha meningkatkan mutu kerja dan membersihkan amal perbuatan anda.

    Dan itu, akan membuat anda berkata dalam hati: “Hanya hari ini aku berkesempatan untuk mengatakan yang baik-baik saja; tidak bercakap kotor dan yang menjijikan, tidak akan pernah mencela, mengherdik dan juga membicarakan keburukan orang lain. Hanya hari ini aku berkesempatan mengemas rumah dan pejabat agar tidak berserabut dan berselerak. Dan kerana hanya ini saja aku akan hidup, maka aku akan memperhatikan kebersihan tubuhku, kerapian penampilanku, kebaikan tutur kata dan tindak-tandukku.

    Kerana hanya akan hidup hari ini, maka aku akan berusaha sekuat tenaga untuk taat kepada Tuhanku, mengerjakan solat sesempurna mungkin, membekali diri dengan solat-solat sunat nafilah, berpegang teguh pada Al=Quran, mengkaji dan mencatat segala yang bermanfaat yang ada didalamnya.

    Aku hanya akan hidup hari ini, kerana itu aku akan menanam dalam hatiku semua nilai keutamaan dan mencabut darinya pohon-pohon kejahatan yang kutanam sampai ke akar-akarnya, dan mematahkan ranting-rantingnya yang berduri; seperti sifat takabur, ujub, riya’ dan buruk sangka.

    Hanya hari ini aku akan dapat menghirup udara kehidupan, maka aku akan berbuat baik kepada orang lain dan menghulurkan tangan kepada siapapun. Aku akan menjenguk mereka yang sakit, menghantarkan jenazah, menunjukkan jalan yang benar bagi yang tersesat, memberi makan orang kelaparan, menolong orang yang sedang kesulitan, membantu yang orang dizalimi, meringankan penderitaan orang yang lemah, mengasihi mereka yang menderita, menghormati orang-orang alim. menyayangi anak kecil dan berbakti kepada orang tua.

    Aku hanya akan hidup hari ini, maka aku akan mengucapkan: “Wahai masa lalu yang telah berlalu dan selesai, tenggelamlah seperti mataharimu. Aku tak akan pernah menangisi kepergianmu, dan kamu tidak akan pernah melihatku termenung sedetik pun untuk mengingatmu. Kamu telah meninggalkan kami semua, pergi dan tidak akan kembali lagi.

    “Wahai masa depan, engkau masih dalam keghaiban! Maka akau tidak akan pernah bermain dengan khayalan dan menjual diri hanya untuk sebuah dugaan. Aku pun tidak bakal memburu sesuatu yang belum tentu ada, kerana esok hari mungkin tidak ada sesuatu; esok hari adalah sesuatu yang belum diciptakan dan tidak ada satu pun darinya yang dapat disebutkan.

    “Hari ini milik anda”, adalah ungkapan yang paling indah dalam “kamus kebahagiaan”, kamus bagi mereka yang menginginkan kehidupan yang paling indah dan menyenangkan.

    Sumber : Kitab La Tahzan : Jangan Bersedih (Don’t Be Sad) Setelah Kesulitan Pasti ada Kemudahan. Penulis : Dr Aidh Bin Abdullah Al-Qarni (Penterjemah: Noraine Abu).

    (Ditaip semula dari Kitab La Tahzan sebagai bacaan bersama).

    LA TAHZAN SIRI 2: Yang Lalu, Biarlah Berlalu

    https://www.facebook.com/watch/live/?ref=watch_permalink&v=555145592344776

    (Secara live Disampaikan oleh Ustazah Muzayyanah Abdullah)

    Meningati masa lalu dan menghadirkan kembali dalam kehidupan kita sekarang, kemudian bersedih di atas kedudukan dan kegagalan di dalamnya merupakan suatu tindakan yang bodoh dan gila. Itu sama ertinya dengan membunuh semangat, membunuh harapan dan meghalangi orang untuk menjalani kehidupan yang seadanya.

    Bagi orang yang berfikir, peristiwa masa lalu akan dilipat dan tidak akan dilihat kembali. Kita harus mengurung dan melupakannya didalam penjara, mengikatnya dengan tali yang sangat kuat agar tidak dapat keluar dan melihat cahaya. Kerana bagaimanapun, berbagai peristiwa tersebut hanya sebahagian dari masa lalu dan sekarang semuanya telah berakhir.

    Dengan demikian, tidak akan ada lagi kesedihan, kedukaan dan kegagalan lain. Semuanya tidak akan dapat berulang dan hidup kembali, kerana ianya memang sudah tiada.

    Janganlah anda hidup didalam mimpi-mimpi buruk di masa lalu, atau dibawah bayang-bayang kesedihan masa lalu. Angkatlah diri anda dari fantasi tersebut. Apakaha anda menginginkan berbagai musibah dan pengorbanan tersebut berulang kali? Apakah anda mengharapkan mahatari kembali ke tempat asalnya, bayi ke perut ibunya, air susu kembali ke payu dara si ibu, dan air mata ke dalam kelopak mata, padahal semuanya hanya akan mengalirkan kembali air mata anda?

    Dengan kembai ke masa lalu, bererti anda akan merasakan kembali keresahan. Masa lalu tak ubahnya api yang akan terus membakar dan melemparkan diri ke masa lalu dan hal tersebut merupakan keadaan yang sangat menyedihkan, sekaligus menakutkan.

    Membuka kembali lembaran masa lalu hanya akan merosakan suasana yang ada dan menyia-nyiakan perjuangan yang selama ini sudah dilakukan. Allah Subahanau wa Ta’ala telah mengingatkan kita dengan umat pada masa lalu serta apa yang telah mereka perbuat:

    Itulah umat yang telah lalu……(Al-Baqarah: 134)

    Semuanya telah berlalu dan tidak akan berulang kembali. Dan tidak ada manfaatnya memutar roda sejarah sekadar untuk melukiskan bencana pada zaman itu.

    Orang yang berusaha kembali ke masa lalu, adalah tidak ubahnya seperti orang yang menggiling tepung, padahal dirinya sendiri tergiling di dalamnya. Ada ungkapan nenek-moyang kita dahulu yang patut direnungkan oleh orang yang menangisi masa lalu: “Janganlah kalian mengeluarkan mayat-mayat itu dari kuburnya”.

    Dalam sebuah riwayat diceritakan, bahawa terdapat segolongan orang yang mengerti bahasa binatang. Orang-orang tersebut bertanya kepada keldai: “Mengapa engkau tidak mahu merenungi apa yang telah berlalu? “Keldai itu menjawab: “Kerana aku tidak suka kebohongan”.

    Bencana yang menimpa bila kita lemah menghadapi masa kini dan menyibukkan diri dengan masa lalu. Kita menyia-nyiakan keindahan istana yang kita miliki dan mempertaruhkan semuanya demi sebuah penampilan masa lalu yang telah usang. Padahal, seandainya seluruh manusia dan jin bersatu untuk mengembalikan semua hal yang telah berlalu, nescaya mereka tidak akan mampu melakukannya,kerana pada dasarnya semuanya itu mustahil.

    Manusia sebenarnya tidak perlu melihat masa lalu dan memalingkan wajahnnya ke belakang kerana angin akan terus berhembus ke depan; air akan mengalir ke depan; setiap kafilah akan berjalan ke depan. Oleh kerana itu, janganlah menyalahi sunnah kehidupan.

    Sumber : Kitab La Tahzan : Jangan Bersedih (Don’t Be Sad) Penulis : Dr Aidh Bin Abdullah Al-Qarni

    (Ditaip semula dari Kitab La Tahzan sebagai bacaan bersama).

    LA TAHZAN SIRI 1 – Merenunglah Dan Bersyukurlah

    La Tahzan Jangan Bersedih – Dr. ‘Aidh bin ‘Abdullah Al-Qarni – Al-Hidayah Publication

    Salah satu punca kesedihan adalah apabila kita melihat apa yang hilang dari kita atau berasa kurang dari segi material.

    Maka segeralah memikirkan nikmat-nikmat Allah yang tidak terhitung pada diri kita dan sentiasa bersyukur dengan apa yang ada pada diri kita sendiri, seperti nikmat pancaindera dan kesihatan yang kita miliki.

    Dengan cara itu rasa kesedihan akan terusir jauh dari jiwa kita.

    Ilmu Penyuluh Hidup, Amal Bekalan Perjalanan & Akhlak Hiasan Jiwa dan Peribadi menuju destinasi Akhirat yang sudah pasti.

    Setiap manusia seharusnya selalu meningat nikmat yang Allah kurniakan kepada anda. Kerana nikmatNya telah meliputi dari hujung rambut hingga ke bawah kedua telapak kaki, kesihatan badan, keamanan negara, hutan belantara, udara dan air, serta masih banyak lagi lainya adalah nikmat ynag telah diberikan Allah kepada anda.

    …..Sekiranya kalian menghitung-hitung nikmat Allah, nescaya kalian tidak akan dapat menghitungnya…(Ibrahim: 34)

    Demikian besar nikmat Allah yang telah dianugerahkan kepada anda. Dunia ini, beserta apa yang ada di dalamnya telah diciptakan Allah untuk anda, tetapi anda tidak pernah menyedarinya; anada menguasai kehidupan, tetapi tidak pernah mengetahuinya.

    ….Dia telah memberikan nikmat-nikmatNya secara sempurna kepada kalian, baik yang zahir mahupun yang batin….(Luqman: 20)

    Anda telah diberikan sepasang mata, satu lidah, dua bibir, dua tangan dan dua kaki.

    Maka nikmat Tuhan kalian yang manakah yang layak anda dustakan? (Ar-Rahman: 13)

    Boleh dengar di link dibawah :

    https://www.facebook.com/watch/live/?ref=watch_permalink&v=3075375429359469

    Sumber : Kitab La Tahzan : Jangan Bersedih (Don’t Be Sad) Penulis : Dr Aidh Bin Abdullah Al-Qarni – Disampaikan oleh Ustazah Muzayyanah Abdullah