La Tahzan Jangan Bersedih – Dr. ‘Aidh bin ‘Abdullah Al-Qarni – Al-Hidayah Publication
Salah satu punca kesedihan adalah apabila kita melihat apa yang hilang dari kita atau berasa kurang dari segi material.
Maka segeralah memikirkan nikmat-nikmat Allah yang tidak terhitung pada diri kita dan sentiasa bersyukur dengan apa yang ada pada diri kita sendiri, seperti nikmat pancaindera dan kesihatan yang kita miliki.
Dengan cara itu rasa kesedihan akan terusir jauh dari jiwa kita.
Ilmu Penyuluh Hidup, Amal Bekalan Perjalanan & Akhlak Hiasan Jiwa dan Peribadi menuju destinasi Akhirat yang sudah pasti.
Setiap manusia seharusnya selalu meningat nikmat yang Allah kurniakan kepada anda. Kerana nikmatNya telah meliputi dari hujung rambut hingga ke bawah kedua telapak kaki, kesihatan badan, keamanan negara, hutan belantara, udara dan air, serta masih banyak lagi lainya adalah nikmat ynag telah diberikan Allah kepada anda.
…..Sekiranya kalian menghitung-hitung nikmat Allah, nescaya kalian tidak akan dapat menghitungnya…(Ibrahim: 34)
Demikian besar nikmat Allah yang telah dianugerahkan kepada anda. Dunia ini, beserta apa yang ada di dalamnya telah diciptakan Allah untuk anda, tetapi anda tidak pernah menyedarinya; anada menguasai kehidupan, tetapi tidak pernah mengetahuinya.
….Dia telah memberikan nikmat-nikmatNya secara sempurna kepada kalian, baik yang zahir mahupun yang batin….(Luqman: 20)
Anda telah diberikan sepasang mata, satu lidah, dua bibir, dua tangan dan dua kaki.
Maka nikmat Tuhan kalian yang manakah yang layak anda dustakan? (Ar-Rahman: 13)
Boleh dengar di link dibawah :
https://www.facebook.com/watch/live/?ref=watch_permalink&v=3075375429359469
Sumber : Kitab La Tahzan : Jangan Bersedih (Don’t Be Sad) Penulis : Dr Aidh Bin Abdullah Al-Qarni – Disampaikan oleh Ustazah Muzayyanah Abdullah