LA TAHZAN SIRI 4: Masa Depan Akan Datang Dengan Sendirinya

https://www.facebook.com/ustazahmuzayyanah/videos/905292723662099

(boleh dengar dari ustazah muzayannah binti abdullah)

Firman Allah Subahahu wa Ta’ala di dalam surah An-Nahl, ayat 1:

Sesuatu yang telah ditentukan oleh Allah pasti akan datang, maka janganlah kalian minta untuk disegerakan….

Oleh kerana itu, janganlah anda mendahului sesuatu yang belum terjadi. Apakah anda mahu mengeluarkan kandungan sebelum waktunya dilahirkan, atau memetik buah-buahan sebelum masak?.Hari esok adalah sesuatu yang belum nyata dan dapat diraba, belum berwujud dan tidak memiliki rasa dan warna. Lalu, mengapa kita harus menyibukkan diri dengan hari esok, mencemaskan kesialan-kesialan yang mungkin akan terjadi padanya, memikirkan kejadian-kejadian yang akan menimpanya, meramalkan bencana-bencana yang bakal ada di dalamnya? Bukankan kita juga tidak tahu apakah kita akan bertemu dengannya atau tidak, dan apakah hari esok kita itu akan berwujud kesenangan atau kesedihan.

Yang jelas, hari esok masih ada dalam alam ghaib dan belum turun ke bumi. Maka tidak sepatutnya kita menyeberangi sebuah jambatan sebelum sampai di atasnya. Sebab siapa yang tahu bahawa kita akan sampai atau tidak pada jambatan itu? Boleh jadi kita akan terhenti jalan kita sebelum sampai ke jambatan itu, atau mungkin pula jambatan itu hanyut terbawa arus dahulu sebelum kita sampai di atasnya. Dan oleh jadi pula, kita akan sampai pada jambatan itu dan kemudian menyeberanginya.

Dalam syariat, memberi kesempatan kepada fikiran untuk memikirkan masa depan dan membuka-buka alam ghaib, dan kemudian terhanyut dalam kecemasan-kecemasan yang baru diduga darinya, adalah sesuatu yang tidak dibenarkan. Kerana, hal itu termasuk thulul amal (angan-angan yang terlalu jauh). Sesungguhnya tindakan itu pun tidak masuk aqal, kerana sama halnya degan berusaha perang melawan bayang-bayang. Namun kebanyakan manusia didunia ini justeru banyak yang termakan oleh ramalan-ramalan tentang kelaparan, kemiskinan, wabah penyakit dan krisis ekonomi yang khabarnya akan menimpa mereka. Padahal, semua itu hanyalah sebahagian dari kurikulum yang diajarkan di ‘”sekolah-sekolah syaitan”.

Syaitan itu menjanjikan (menakut-nakutkan) kamu dengan kemiskinan dan kepapaan (jika kamu bersedekah atau menderma), dan ia menyuruh kamu melakukan perbuatan yang keji (bersifat bakhil, kedekut), sedang Allah menjanjukan kamu (dengan) keampunan daripadaNya serta kelebihan kurniaNya….(Al-Baqarah:268)

Mereka yang menangis sedih menatap masa depan, adalah yang menyangka diri mereka akan hidup kelaparan, menderita sakit selama setahun, dan memperkirakan umur dunia ini tinggal seratus tahul lagi. Padahal, orang yang sedar bahawa usia hidupnya berada di “genggaman yang lain” tentu tidak akan menggadaikannya untuk sesuatu yang tidak ada. Dan orang yang tidak tahu bila akan mati, tentu salah besar bila justeru diri dengan sesuatu yang tidak diketahui secara pasti hakikatnya.

Biarkan hari esok itu datang dengan sendirinya, janganlah anda menanyakan khabar beritanya, dan jangan pula anda menunggu waktu itu. Sebab, hari ini ada sudah sangat sibuk.

Jika anda hairan, maka lebih menghairankan lagi orang-orang yang berani menebus kesedihan suatu masa yang belum tentu matahari terbit di dalamnya dengan bersedih pada hari ini. Oleh kerana itu, hindarilah angan-angan yang berlebihan.

Sumber : Kitab La Tahzan : Jangan Bersedih (Don’t Be Sad) Setelah Kesulitan Pasti ada Kemudahan. Penulis : Dr Aidh Bin Abdullah Al-Qarni (Penterjemah: Noraine Abu).

(Ditaip semula dari Kitab La Tahzan sebagai bacaan bersama).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *