BAGAIMANA CARA AGAR HATI/JIWA KITA SENTIASA TERPAUT PADA AGAMA ?

Kata Syaikh Abdul Aziz bin Abdullah bin Baz:

من حفظ وقته بذكر الله وقراءة القرآن وصحبة الأخيار والبعد عن صحبة الغافلين والأشرار يطيب قلبـه ويلين…

“ Siapa menjaga waktunya dengan dzikrullah (mengingat Allah), membaca al-Qur’an dengan penuh ke-khusyu’an, berteman dengan ORANG-ORANG BAIK/SHOLIH, ️serta MENJAUHI pertemanan dengan orang-orang yang lalai dan buruk, niscaya akan menjadi BAIK & LEMBUT HATINYA.

[Majmu’ Fatawa Bin Baz, 5/244]

Kita ni, kalau kita tak nak ubah keadaan diri kita dengan keadaan yang sama, kawan yang sama, maka keadaan kita begitulah selamanya.

Usahalah mencari kawan, kenalan, rakan, sahabat yang mengajak kita kepada kebaikan, mengingatkan kita tentang akhirat, memberi inspirasi kita untuk beramal, kerana mereka2 ini kelak akan turut memberi syafaat(pertolongan) kepada kita di akhirat kelak. Mereka2 ini sewaktu berada di dalam Syurga kelak akan berkata kepada Allah SWT “Ya Allah dimanakah sahabat kami yg pernah bersama kami, solat bersama kami, mengaji bersama kami, kembalikanlah dia kepada kami Ya Allah…..”

ISTIQOMAH ZIKIR PAGI, JANGAN TINGGAL SAYYIDUL ISTIGHFAR

Sumber FB:

~MRJ

Saat sakaratul maut, orang dah tak ingat apa-apa dah. Dah tak ingat anak dan isteri. Dah tak ingat duit dalam bank. Dah tak ingat harta. Yang ingat,

‘Aku lepas ni ke mana?’

Semua kembali kepada diri kita. Sekiranya kita benar-benar bertaubat dengan taubatan Nasuha yakni yang sebenar-benarnya taubat, pasti ALLAH akan mengampuni dosa-dosa kita.

Balik kepada niat. Kita nak mati dalam Taubatan Nasuha yang diterima ALLAH.


Kita tidak tahu bila kita akan mati.

Orang yang sakitnya kritikal, yang 50-50 peluangnya untuk hidup jika melakukan pembedahan. Pembedahannya sangat berisiko. Yang doktor kata dalam 3 orang yang melakukan pembedahan kerana penyakit yang begitu, seorang daripadanya pasti meninggal.

Insan yang sakit ini dan ahli keluarganya seumpama ‘macam dah tahu hari matinya sudah terlalu hampir’.

Makanya insan yang sakit dan ahli keluarganya sudah ready dengan apa yang bakal berlaku. Mereka anak beranak dah saling minta maaf. Sempat berwasiat juga.

Orang yang seakan tahu matinya sudah terlalu hampir ini bersihkan dirinya dengan taubat, Istighfar minta ALLAH ampunkan segala dosa.

Preparation kita sebelum mati bukan hanya membersihkan zahir sahaja tapi batin juga mesti dibersihkan sebelum bertemu dengan ALLAH.

Bayangkan orang yang meninggal tiba-tiba.

Dia ingatkan dia sesak nafas tiba-tiba biasa-biasa sahaja. Dia tak sempat pun ketika itu untuk bertaubat kepada ALLAH di atas segala dosa-dosanya. Bahkan dia masih sempat berfikir kalau dia sihat nanti dia nak sambung perniagaan dan perniagaannya masih rasuah dan masih riba.

“Kalau aku sihat nanti aku nak buat begitu begini…”

Begitu begininya itu masih dalam maksiat. Kalau dia mati, dia tidak Taubatan Nasuha.

Na’uzubillahi Min Zalik.


Meskipun dosa kita begitu besar, pengampunan-NYA jauh lebih besar. Sebab itulah hari-hari saban saat kita kena berniat nak mati dalam Husnul Khotimah.

Kalau dah nak mati dalam Husnul Khotimah yakni penyudah yang baik, jadi bila kita nak start jadi orang baik yang sungguh-sungguh?

Nak jadi baik ni jangan bertangguh lagi dah.

Jika jadi isteri, jadilah isteri yang baik.
Jadi anak, jadilah anak yang baik.
Jadi pekerja, jadilah pekerja yang baik.

Start sekarang juga jadi baik. Jangan bertangguh-tangguh.

“Saya nak jadi baik lepas pergi umrah. Balik je umrah saya nak jadi baik.”

Kalau macam tu memang lambat lagilah kau nak jadi baik. Kau buat je terus baik bila kau ada niat nak jadi baik walaupun dengan hanya sekelumit baik. Andai ALLAH matikan kau pada situasi itu walaupun kau belum betul-betul baik, kerana niat kau yang bersungguh-sungguh nak jadi baik itu kau dimatikan dalam Husnul Khotimah. Insya-ALLAH.

Bersungguh-sungguhlah dalam taubat duhai sahabat-sahabat. Jangan kita buat main-main perkataan taubat ni.

Kalau kita buat main-main macam mana ALLAH nak bersungguh-sungguh memberi keampunan kepada kita?

Taubat ni tak boleh main-main.


Syaitan paling menyampah tengok orang Islam istiqomah dalam taat dan istiqomah dalam kebaikan.

Katanya syaitan,

“30 tahun dah dia jadi wanita solehah. Isteri kepada suaminya. Sekarang aku nak usik-usik sikit. Bagi dia hilang istiqomah.”

Yang ALLAH nak tuntut daripada kita adalah istiqomah. Yang syaitan paling cemburu dengan kita adalah istiqomah. Maka suka tak suka, kita kena istiqomah.

Bila kita tak istiqomah, kita takkan dapat kejayaan menuju Jannah. Kita takkan dapat.

Yang nak mati dalam kebaikan, jangan bertangguh. Kena mulakan sekarang dengan melakukan kebaikan dan kena istiqomah.


Sebenarnya syaitan yang lebih istiqomah daripada kita. Istiqomahnya syaitan itu bermakna dia tak pernah berputus asa mengganggu hidup orang beriman.

Orang yang tak baik dan belum beriman, syaitan bagi leka dengan dunia dan harta benda. Orang ni fikir,

‘Aku tak payah solat. Yang penting aku kaya raya. Aku tak solat pun aku buat kebaikan lain. Aku buat baik yang lain walaupun aku tak cukup solat 5 waktu.’

Orang yang dah sedia baik pulak, yang solat tak tinggal, tudung labuh, si iblis dan syaitan ni istiqomah ganggu jugak.

“Hang sorang je orang paling baik kat taman ni. Ada orang tudung labuh kaw-kaw macam kau kat taman ni? Takde kan? Kau sorang je kan? Maka ke Syurga lah kau dengan tudung labuh kau. Ke Syurga lah kau dengan sedekah kau yang tiap-tiap hari selambak tu.”

Bila dibisik hasutan iblis dan syaitan sebegitu, dia pun mulalah perasan,

“Haa… memang aku sorang je tudung labuh kat taman ni.”

Begitulah iblis dan syaitan yang istiqomah mengganggu orang-orang beriman. Dia tengok dulu orang yang dia nak ganggu ni. Orang iman kuat, dia kacau macam ni. Orang iman tak kuat pula dia kacau macam tu. Bukan sama.

ALLAH bagi ujian kepada kita berbeza mengikut kemampuan kita. Begitu iblis dan syaitan nak kacau kita, dia tengok dulu level iman kita takat mana. Yang datang mengganggu kita tu pun sama level atau lebih tinggi level kepakarannya daripada kita.

Jadilah orang beriman. Orang beriman kental dengan ujian.


Semua kembali kepada diri kita. Jika kita benar-benar bertaubat dengan Taubatan Nasuha, pasti ALLAH akan mengampuni dosa-dosa kita.

Sahabat,

Meskipun dosa kita begitu besar, pengampunan-NYA jauh lebih besar.

Katanya ALLAH dalam Surah Az-Zumar ayat 53,

قُلْ يٰعِبَادِيَ الَّذِيْنَ اَسْرَفُوْا عَلٰٓى اَنْفُسِهِمْ لَا تَقْنَطُوْا مِنْ رَّحْمَةِ اللّٰهِ ۗاِنَّ اللّٰهَ يَغْفِرُ الذُّنُوْبَ جَمِيْعًا ۗاِنَّهٗ هُوَ الْغَفُوْرُ الرَّحِيْمُ

Katakanlah, “Wahai hamba-hamba-Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri! Janganlah kamu berputus asa dari rahmat ALLAH. Sesungguhnya ALLAH mengampuni dosa-dosa semuanya. Sungguh, Dialah Yang Maha Pengampun, Maha Penyayang.”


Kita terlupa bahawa sebenarnya ALLAH nak tengok bagaimana kita bangkit . Yang mana kata ALLAH,

“Wahai hamba-hamba-KU yang menzalimi diri sendiri.”

Kadang-kadang kita tak sedar. Kita ada peluang buat baik tapi kita keluar daripada kebaikan itu.

Bukankah kita yang zalim pada diri sendiri?

ALLAH letakkan ujian itu merupakan jalan ke Syurga bila kita redho tapi kita nak keluar daripada ujian itu. Kita keluar daripada landasan menuju Syurga. Kita tak nampak itu adalah jalan ke Neraka kerana itulah sebenarnya cara kita menzalimi diri sendiri tanpa sedar.

ALLAHU AKHBAR.


Janganlah kita berputus asa daripada rahmat ALLAH. Sesungguhnya ALLAH mengampuni semua dosa. Sesungguhnya ALLAH Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

ALLAH menyatakan dalam satu hadis Qudsi.

“Wahai anak Adam, selagi kamu berdoa dan berharap kepada AKU, pasti AKU ampuni segala dosa yang kamu buat dan AKU tidak peduli berapa banyaknya. Wahai anak Adam, andai dosa-dosa kamu bagaikan awan di langit, kemudian kamu memohon ampun kepada AKU, pasti AKU mengampuni kamu.
Wahai anak Adam, sesungguhnya andai kamu datang kepada AKU dengan membawa dosa-dosa seisi bumi kemudian kamu menghadap AKU, sedangkan kamu tidak menyekutukan AKU, AKU akan mengampuni dosa-dosa yang seisi bumi banyaknya itu.”

Baiknya ALLAH. Walaupun dosa-dosa sebanyak awan di langit, ALLAH ampunkan dosa kita. Kita kalau orang berkali-kali buat salah kat kita, kita dah malas nak maafkan muka penipu tu. Tapi ALLAH, walaupun dosa-dosa kita sebanyak awan di langit, syaratnya kita minta ampun dan tidak menyekutukan ALLAH, ALLAH pasti mengampuni kita.


Banyak mana pun dosa yang kita buat, tetaplah bersujud, beristighfar, minta dengan ALLAH melalui Taubatan Nasuha, tinggal segala maksiat, terus taat dalam kebaikan dan amal solihat sampai ke akhir hayat.

Sahabat,

Kalau ditimbang, dosa kita lebih banyak sudah tentu kerana dari umur muda sampai umur berapa puluh tahun masih bermaksiat. Tapi sekali kita dapat peluang taubat, jangan sia-siakan. Istiqomah sampai ke akhir hayat.

Sahabat,

Istiqomah inilah yang penat. Syaitan datang nak bagi kita give up dan putus asa. Lagi kita nak jadi baik, lagi kita nak bertaubat, lagi macam-macam ujian datang. Maka teruslah berada dalam kelompok circle yang baik, majlis ilmu saban hari, Al-Quran jangan tinggal. Percayalah anda akan bertemu dengan sesuatu yang baik untuk dirimu dan baik disisi ALLAH SWT.


[ Sebahagian intipati nota kuliah dan tazkirah dari Ustazah Zai dalam Fasobrun Jamil pagi semalam. Alhamdulillah. Jazakillahu Khair Ustazah ❤️]

Wallahua’lam.
Semoga bermanfaat.

سُبْحَانَ اللهِ وَالْحَمْدُ ِللهِ وَ لآ إِلهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ

لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِٱللَّٰهِ ٱلْعَلِيِّ ٱلْعَظِيمِ‎

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىٰ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَىٰ آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

Sumber FB:

yusnizayaziz

yusfasobrunjamil

13 Jamadil Awal 1444H
6 Disember 2022

2022 SEMAKIN MELABUHKAN TIRAI…TAHUN YANG LEBIH MENCABAR KINI MENDATANG 2023.

Hari ini, jumaat terakhir 2022, panjatkan doa dipenghujung asar, moga-moga 2023 akan memberikan sirna yang lebih baik dan menjadikan kita insan yang matang dan bertaqwa.

Jika kita muhasabah dengan masuknya tahun baru ini, hakikatnya ia telah mendekatkan diri kita setahun dengan kematian. Umur kita semakin meningkat dan semakin rapat masa kita untuk mendekati tarikh kematian yang telah ditetapkan tanpa dianjakkan walau sesaat. Tarikh kematian itulah yang perlu dipersiapkan dan difikirkan serta dirancang untuk keselamatan selepasnya. Tidak dinafikan manusia mesti ada buat silap, namun sampai bila kita nak hentikan kesilapan itu sedangkan peluang hidup pada usia yang berbaki ini dituntut untuk melakukan amal soleh serta berbuat kebaikan.

Selagi kita masih bernafas dimuka bumi yg sementara ini ia merupakan peluang untuk kita kembali kepada taqwa. Tanpa taqwa maka sia2 kita menjadi seorang muslim.

Azam bagi seorang muslim itu bukan sempena tahun baru tetapi “sekiranya esok aku akan mati” , justeru jika kita masih belum tersedar dari lamunan ayuh bersegera menyeru kepada taqwa kerana untuk mencapai sesuatu itu kita mesti kena ada usaha. Untuk dapatkan Syurga maka kita perlu usaha untuk kesana. Kita tidak dijadikan untuk semata hidup dan mengikut kehendak diri tatkala kita perlu sedar bahawa kita ada lah hamba yg dituntut untuk beribadah dan berbuat kebaikan.

Belajarlah Quran, amal zikir pagi petang,usahakan sikit2 dahulu utk dhuha, rawatib, tahjud, mesti kena usahakan utk bersedekah tiap2 bulan, perbaiki hubungan dengan suami@isteri serta mak ayah, berbuat baiklah sesama muslim.

Berazamlah, jangan menyakiti hati muslim yang lain, jangan upload gambar tak tutup aurat kat fb, jangan banyak berselfie, jangan jadikan media sosial sebagai punca bertambahnya dosa kering disebabkan hujung jari yg lembut. Jangan banyak bercerita hal peribadi di fb, jangan print screen posting orang lain dan kutuk berjamaah kerana pada akhir zaman ini terjadi terlalu banyak fitnah dan ghibah sedangkan kedua2 dosa ini adalah dosa berat yang tidak dirasakan dosa oleh kebanyakkan orang. Berlepas dirilah dari akhlak buruk yg amat berbahaya ini.

Sedarilah kita dikejutkan dengan pelbagai musibah seperti tanah runtuh, bencana banjir, banyak kematian mengejut dan macam2. Kita tidak tahu apakah yang akan berlaku pada 2023 yg bakal menjelang.

Berada diakhir zaman yang penuh dengan fitnah ini kita perlu kuat menjaga diri. Sekiranya kita tidak memikirkan bahawa diri kita adalah sementara, sihat sementara, kaya sementara, cinta/sayang juga sementara dan atas apa yg kita miliki itu sementarà maka kita tidak akan mengharungi kehidupan ini dengan porak peranda. Bersedialah untuk menghadapi kematian dan bukan mengharap lambatnya kematian.

Semoga Allah SWT mengampuni dosa kita yang lalu dan menjadikan pengakhiran hidup kita di dalam Husnul Khotimah.

ISTIQOMAH ZIKIR PETANG.

Sumber Dari FB:

~MRJ

Muslimin, muslimat yang dirahmati Allah, kehidupan kita, keadaan diri kita ini amat dipengaruhi oleh dengan siapakah yang kita bergaul dan yang kita rapat. Justeru kita perlu USAHA utk cari dan rapat dengan orang2 yg soleh/solehah kerana, walaupun kita mungkin tidak mendapat apa2 pemberian dari mereka, tetapi kita tetap akan mendapat sesuatu yang jauh lebih bermakna dari harta dunia iaitu nasihat dan doa dari mereka.

Rakan2 fb sekalian, orang yg baik2 ini ada dimana2, cumanya kita yg tidak mendekati mereka. Jika kita membiarkan diri kita dengan hanya berkawan dengan orang yg sama maka lihatlah sendiri keadaan diri kita, kehidupan kita tak akan berubah dan akan begitulah selamanya. Berkawan dengan kaki rokers, ahli muzik, kaki karaoke, kaki wayang, kaki sembang, kaki memancing, maka akan begitulah senario rentak hidup kita.

Namun, apabila kita usaha rapat dengan orang yg soleh/solehah maka kita akan terpandu utk menghala arah tuju yg baik iaitu akan terpengaruh utk dtg ke masjid dengar kuliah2, kita dapat bersedekah, kita kenal amalan2 Rasulullah yg shahih yg mungkin kita tak pernah tahu spt yaumul bidh, zikir pagi petang, witir dan sebagainya. Kita akan terpengaruh utk menghafal doa2 Nabi, menyedarkan kita dari akhlak yg tidak baik serta banyak kebaikan2 ilmu yg akan kita perolehi berbanding dengan kita berkawan dengan orang2 yg lagho.

KETAHUILAH, Agama ada mengkhabarkan bahawa orang2 yg soleh/solehah ini mereka boleh menolong kita diakhirat. Saat mereka berjaya memasuki Syurga mereka akan menyebut2 nama kita dan minta kepada Allah agar kita menyertai mereka, Masyaa Allah…..

Semoga Allah SWT merahmati kalian yang membaca tazkirah ini serta dikurniakan kebaikan dan kesejahteraan di dalam kehidupan. Aminn…..

ISTIQOMAH ZIKIR PETANG, JANGAN TINGGAL SAYYIDUL ISTIGHFAR

Sumber FB: Muhammad Rizal Johari

~MRJ