Keseronokan Bekerja

Kerja merupakan suatu ibadah dan sebagai hobi dalam menjalani kehidupan seharian. Persekitaran tempat kerja yang seronok dapat melahirkan hasil kerja yang produktif. Selain daripada itu bagi mewujudkan impian untuk mencapai keseronokan bekerja, ada beberapa tips yang boleh diamalkan, antaranya ialah :

  • Releks, jangan terlalu serius
  • Jadikan kerja sebagai suatu ibadah
  • Bantulah orang lain, kita pasti seronok
  • Apabila kita seronok, kita menyeronokan orang lain

Hati yang gembira akan membuatkan kerja kita jadi seronok, untuk kekal seronok dalam melakukan sesuatu perkara, anda perlu seronok dengan kerja anda, seterusnya bentuk suasana yang seronok dan ceria di tempat kerja anda, dan ceria-ceriakan rakan-rakan di tempat kerja anda serta buang perkara yang tidak ceria. Bentuklah suasana baru di tempat kerja anda.

Anda kena sentiasa ceria. Ceriakan orang di sekeliling anda, maka segala kerja yang berkaitan akan jadi seronok dan mudah. Kalau kita seronok bekerja kita akan sihat, muka akan ceria awet muda, otak akan kreatif dan kita akan dapat ramai kawan. Kita akan lebih bahagia apabila kita seronok bekerja.

Kata Dato’ Dr Fadzilah Kamsah “Setiap orang akan dapat mencapai kejayaan dalam hal apa sahaja, asalkan ia menyukai pekerjaan yang dilakukannya”.

Dan yang paling penting tiap-tiap hari apabila anda bangun pagi terus senyum, kemudian angkat tangan dan berdoa panjatkan syukur pada Allah kerana anda masih lagi diberi nikmat hidup dan kesihatan. Semua bermula dengan diri anda, jangan ikut mood orang lain dan jangan kerja ikut mood. Diri anda, keseronokan anda, bermula dengan anda. Tanamkan minda positif. Insya-Allah anda akan seronok bekerja.

Apa tunggu lagi mariIah kita berseronok, jadikan kerja kita sebagai hobi, ibadah dan kita akan sentiasa seronok dan produktif. Insya-Allah…

Sumber FB: Bahagian Agama & Kaunseling – BAKA