๐Œ๐€๐‹๐€๐ˆ๐Š๐€๐“ ๐‘๐€๐‡๐Œ๐€๐“ ๐“๐ˆ๐ƒ๐€๐Š ๐Œ๐€๐’๐”๐Š ๐Š๐„๐‘๐”๐Œ๐€๐‡-๐‘๐”๐Œ๐€๐‡ ๐˜๐€๐๐† ๐€๐ƒ๐€ ๐“๐„๐‘๐ƒ๐€๐๐€๐“ ๐๐€๐๐€๐‘๐€๐ ๐†๐€๐Œ๐๐€๐‘ ๐Œ๐€๐Š๐‡๐‹๐”๐Š ๐๐„๐‘๐๐˜๐€๐–๐€

Ya, kita semua kena fahami bahawa malaikat rahmat, atau lailatul qadar tidak masuk kerumah yang ada paparan, gantungan, hiasan gambar makhluk bernyawa iaitu samada gambar manusia atau gambar haiwan atau kartun yang menyerupai kedua-duanya.

Dalam sebuah hadits shahih dari Nabi s.a.w besabda.
ู„ุงูŽ ุชูŽุฏู’ ุฎูู„ู ุงู„ู…ูŽู„ุงูŽุฆููƒูŽุฉู ุจูŽูŠู’ุชู‹ุง ูููŠู’ู‡ู ูƒูŽู„ู’ุจูŒ ูˆูŽู„ุงูŽ ุตููˆู’ุฑูŽุฉูŒ
โ€œMalaikat tidak akan masuk rumah
yang di dalamnya terdapat anjing dan lukisanโ€œ.[HR Al Bukhori].

Kisah tentang malaikat Jibril di atas menunjukkan bahwa gambar atau lukisan yang ada dalam permadani atau yang seumpamanya menyebabkan malaikat enggan memasuki suatu rumah, di mana hal itu ditegaskan dalam hadits shahih dari Aisyah bahwa ia menjadikan tirai seperti yang disebutkan di atas menjadi bantal yang digunakan Nabi s.a.w untuk bersandar. [Ibn Baz, Kitab ad-Daโ€™wah, hal. 19-20]

Justeru, simpanlah kesemua gambar di dalam album, atau store. Jangan ada yang terpapar samada di dalam frame atau gantungan. Tidak kira samada gambar mak/ayah atau gambar graduate atau gambar kekasih.

Gambar selain dari manusia dah haiwan maka tidak mengapa, seperti gunung ganang, tumbuh-tumbuhan dan sebagainya. Juga buang kesemua patung-patung perhiasan atau patung untuk disayangi seperti barbie serta teddy bear.

Ramai yang tidak mengetahui akan tegahan ini dari Nabi s.a.w dibimbangi usaha amal dipenghujung ramadhan menjadi sia-sia disebabkan lailatul qadar tidak masuk ke dalam rumah kita.

Sila sebarkan info ini kepada rakan-rakan serta ahli keluarga yang lain.

JOIN MRJ CHANNEL
Mencari Ketaqwaan Di Dalam Kehidupan๐ŸŒน
https://t.me/mrjchanneldakwah

Sumber : Telegram MRJ CHANNEL, 14/3/2023

B๐—”๐—š๐—”๐—œ๐— ๐—”๐—ก๐—” ๐—–๐—”๐—ฅ๐—” ๐—ž๐—œ๐—ง๐—” ๐—ก๐—”๐—ž ๐— ๐—”๐—ก๐—™๐—”๐—”๐—ง๐—ž๐—”๐—ก ๐—•๐—”๐—–๐—” ๐—”๐—Ÿ-๐—ค๐—จ๐—ฅ๐—”๐—ก ๐——๐—œ ๐—•๐—จ๐—Ÿ๐—”๐—ก ๐—ฅ๐—”๐— ๐—”๐——๐—›๐—”๐—ก?

Di dalam Ramadhan, kita bukan disuruh untuk mengejar khatam atau memperbanyakkan khatam, tetapi kita dianjurkan agar memperbanyakkan masa dengan Al-Quran.

Jika tak mampu baca laju tidak mengapa, bacalah secara perlahan, tadabbur maknanya. Bacalah secara tadarus agar kita dapat saling memperbaiki dan memperbetulkan bacaan.

๐Ÿ“ฎJOIN TELEGRAM – MRJ CHANNEL
Mencari Ketaqwaan Di Dalam Kehidupan๐ŸŒน
https://t.me/mrjchanneldakwah

Sumber : Telegram MRJ CHANNEL, 25/3/2023

BUKAN PERAHAN LIMAU ITU YANG MENYAKITKAN TETAPI LUKA DI KULIT PUNCA KEPEDIHAN

Benar, bahagia dan gembira itu boleh datang dengan harta, takhta, paras rupa, ramainya keluarga dan kuasa. Lalu kita lihat ramai orang ternama dunia telah memiliki semua itu samada golongan selebriti, ahli politik, pengusaha korporat, model kecantikan.. namun hidup masih menderita, kemurungan, bahkan ada yang memilih untuk meragut nyawa sendiri.

Puncanya adalah hati yang sedang menderita sakit yang tidak dapat dilihat. Air perahan limau, jika dititikkan ke atas kulit yang sihat, tidak akan memberi kesan tetapi jika dititikkan ke atas luka pasti terasa pedihnya. Begitulah perumpamaan, jika hati yang sihat sejahtera, maka datanglah ujian seberat apa pun, tetap kuat bertahan. Namun jika Ujian menitis di atas hati yang sakit, maka akan terus merana.

Ujian kecil atau besar tidak meragut kebahagiaan walaupun kita sangka bahagia itu bila tiada lagi ujian, tetapi hakikatnya ujian itu hanya untuk menzahirkan keadaan hati yang sebenar sama ada sihat atau sakit. Riyaโ€™, Takabbur, Ujub, Hasad dengki, sentiasa tidak cukup dengan apa yang ada, Sumaโ€™ah(sukakan pujian), semua itu punca hati semakin tenat. Lalu apabila dititikkan sedikit ujian padanya, maka bertambah tenat dan mungkin hati boleh mati.

Rasulullah SAW bersabda:

ู„ูŽูŠู’ุณูŽ ุงู„ู’ุบูู†ูŽู‰ ุนูŽู†ู’ ูƒูŽุซู’ุฑูŽุฉู ุงู„ู’ุนูŽุฑูŽุถู ุŒ ูˆูŽู„ูŽูƒูู†ูŽู‘ ุงู„ู’ุบูู†ูŽู‰ ุบูู†ูŽู‰ ุงู„ู†ูŽู‘ูู’ุณู

Maksudnya: โ€œBukanlah kekayaan itu kerana banyaknya harta, akan tetapi kekayaan itu adalah kaya jiwa.โ€ (HR Bukhari, hadis sahih)

KISAH KEBERSIHAN HATI SAIDINA HASSAN BIN ALI BIN ABI TALIB R.ANHUMA SAAT DICACI MAKI

Di dalam ceramah Dr Habib Segaf bin Hasan Baharun, beliau pernah menceritakan, suatu hari Saidina Hassan r.a. sedang berkumpul di rumah bersama anak cucunya. Saat mereka saling bergembira dan tertawa, tiba-tiba pintu rumahnya di pecahkan oleh seorang lelaki yang tidak diundang.

Dengan penuh biadap lelaki itu terus mencaci Saidina Hassan habis-habisan. Namun, Saidina Hassan hanya tersenyum. Selepas puas mencaci maki Saidina Hassan, dia pun terus beredar dari rumah tersebut. Anak dan cucu Saidina Hassan marah bercampur bingung lalu bertanya:

“Ayah, kami melihat lelaki tadi menceroboh masuk ke rumah kita dengan biadab kemudian menghinamu tanpa sebab. Tetapi kenapa engkau hanya diam dan tersenyum?”

Maka Saidina Hassan r.a. menjawab, “Wahai anak cucuku, kalian tak tahu siapa aku. Aku adalah Hassan, ibuku adalah Fatimah Az-Zahraa r.a., ayahku adalah Ali bin Abi Talib r.a., datukku adalah Nabi Muhammad SAW. Mereka semua tidak pernah ajarkan padaku bagaimana cara menjawab cacian dan makian sehingga aku sendiri tidak tahu bagaimana cara menjawabnya.”

SubhanAllah, Allahu Akbar.

Hati yang sihat bebas daripada segala sifat mazmumah akan kuat hadapi ujian yang datang, walaupun secara tiba-tiba.

Antara amalan untuk MERAWAT hati supaya terus kuat melawan penyakit ialah ;

๐Ÿ”ธ Menghadiri majlis ilmu.
๐Ÿ”ธ Banyakkan membaca al-Quran.
๐Ÿ”ธ Lazimi zikir dan selawat.
๐Ÿ”ธ Solat di awal waktu.
๐Ÿ”ธ Berdamping dengan orang soleh.

Inilah erti bahagia, iaitu perjuangan memiliki hati yang kuat dan sihat sejahtera, insyaAllah mampu hadapi apa jua ujian dalam kehidupan. Bersyukur dengan apa yang ada, bersabar dengan apa yang tiada. Kemuncak bahagia adalah apabila bila kita hidup dapat redha Allah dan mati dapat Syurga Allah.. ameen ya Rabbal Aalamin.

Asmaโ€™ binti Harun

UAHSahabatDuniaAkhirat