Sejahat apapun orang, jangan pernah dibalas. Jangan menaruh dendam.Cukup diam, jaga jarak dan tinggalkan.

Ingat!

ALLAH tidak pernah tidur.


Pagi semalam selepas Yus tulis kat FB status di atas, beberapa orang mesej bertanya Yus ,

Bagaimana jika masalah tersebut melibatkan hubungan dengan adik beradik atau keluarga terdekat misalnya?

Sebab kita dilarang memutuskan silaturrahim.

Maaf semalam tak sempat nak reply semua mesej sebab semalam seharian sibuk berukhuwah dengan sahabat-sahabat La Tahzan yang datang berziarah di rumah Yus. Alhamdulillah.

Hari ni Yus jawab soalan kepada yang bertanya di sini ya.

Iya , kita tak boleh putuskan silaturrahim. Diharamkan Syurga bagi mereka yang memutuskan silaturrahim.

Jadi JANGAN MEMUTUSKAN, tetapi JARAKKAN.

Jaga jarak bukan dengan niat ingin memutuskan hubungan, tapi dengan niat untuk MERAWAT HATI dan MEMULIHKAN HUBUNGAN.

Biar jaga jarak asalkan tidak putus.

Andai berjumpa, masih lagi berkomunikasi seperti biasa. Cuma mungkin tidak lagi rapat seperti dulu. Masih lagi telefon, bermesej, bertanya khabar walaupun seminggu atau dua minggu sekali. Mungkin tidak lagi hari-hari macam dulu. Tapi masih lagi ada.

Menjarak seketika supaya hubungan tidak putus.

Menjarak seketika untuk mengelakkan benci dan dendam.

Menjarak seketika untuk merawat luka.

Menjarak seketika untuk memulihkan kembali suasana.

Diam, jaga jarak dan tinggalkan seketika supaya tidak berlarutan dalam perbalahan.

Bak seperti kata-kata Ustaz Pahrol Mohamad Juoi di dalam coretannya,

Memaafkan perlu kekuatan jiwa.
Melupakan pula perlu masa yang lama.

Dan ada kesalahan yang perlu dihilangkan dari mata, untuk tidak melukakan di dalam jiwa.

Menjarak bukan membenci. Cuma itu perlu pada hati yang sudah terlalu dilukai. Jika dekat bisa membakar, biarlah menjauh hanya membahang. Biar sekah, asalkan tidak patah.

Wallahu’alam.
Semoga bermanfaat.

سُبْحَانَ اللهِ وَالْحَمْدُ ِللهِ وَ لآ إِلهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ

لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِٱللَّٰهِ ٱلْعَلِيِّ ٱلْعَظِيمِ‎

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىٰ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَىٰ آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

Sumber FB: yusnizayaziz

17 Zulkaedah 1444H
6 Jun 2023

J𝗔𝗠𝗜𝗡𝗔𝗡 𝗦𝗬𝗨𝗥𝗚𝗔 𝗕𝗔𝗚𝗜 𝗢𝗥𝗔𝗡𝗚 𝗬𝗔𝗡𝗚 𝗜𝗦𝗧𝗜𝗤𝗢𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗘𝗡𝗚𝗘𝗥𝗝𝗔𝗞𝗔𝗡 𝗦𝗢𝗟𝗔𝗧 𝗦𝗨𝗕𝗨𝗛 & 𝗔𝗦𝗔𝗥 𝗗𝗜 𝗔𝗪𝗔𝗟 𝗪𝗔𝗞𝗧𝗨

Diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari di dalam kitab sahihnya pada bab kelebihan solat Fajar dan juga ia turut diriwayatkan oleh Imam Muslim di dalam sahihnya pada bab kelebihan dua solat iaitu Subuh dan Asar serta kepentingan menjaga keduanya:

Daripada Abu Musa al-Asy’ari RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

مَنْ صَلَّى البَرْدَيْنِ دَخَلَ الجَنَّةَ

Maksudnya: “Barangsiapa yang menunaikan dua solat yang sejuk akan masuk Syurga.” [Riwayat al-Bukhari (574) dan Muslim (635)]

Maksud waktu sejuk adalah waktu yang tidak panas. Barang siapa yang menjaga solat Subuh & Asar di awal waktu maka Allah SWT jamin Syurga ke atas orang itu.

Waktu Subuh & Asar ini juga merupakan dua waktu pertukaran Malaikat siang dan malam tatkala para Malaikat menyaksikan orang solat di awal waktu pada waktu ini.

📮JOIN TELEGRAM – MRJ CHANNEL
Mencari Ketaqwaan Di Dalam Kehidupan🌹
https://t.me/mrjchanneldakwah

Sumber : Telegram MRJ CHANNEL