Sejahat apapun orang, jangan pernah dibalas. Jangan menaruh dendam.Cukup diam, jaga jarak dan tinggalkan.

Ingat!

ALLAH tidak pernah tidur.


Pagi semalam selepas Yus tulis kat FB status di atas, beberapa orang mesej bertanya Yus ,

Bagaimana jika masalah tersebut melibatkan hubungan dengan adik beradik atau keluarga terdekat misalnya?

Sebab kita dilarang memutuskan silaturrahim.

Maaf semalam tak sempat nak reply semua mesej sebab semalam seharian sibuk berukhuwah dengan sahabat-sahabat La Tahzan yang datang berziarah di rumah Yus. Alhamdulillah.

Hari ni Yus jawab soalan kepada yang bertanya di sini ya.

Iya , kita tak boleh putuskan silaturrahim. Diharamkan Syurga bagi mereka yang memutuskan silaturrahim.

Jadi JANGAN MEMUTUSKAN, tetapi JARAKKAN.

Jaga jarak bukan dengan niat ingin memutuskan hubungan, tapi dengan niat untuk MERAWAT HATI dan MEMULIHKAN HUBUNGAN.

Biar jaga jarak asalkan tidak putus.

Andai berjumpa, masih lagi berkomunikasi seperti biasa. Cuma mungkin tidak lagi rapat seperti dulu. Masih lagi telefon, bermesej, bertanya khabar walaupun seminggu atau dua minggu sekali. Mungkin tidak lagi hari-hari macam dulu. Tapi masih lagi ada.

Menjarak seketika supaya hubungan tidak putus.

Menjarak seketika untuk mengelakkan benci dan dendam.

Menjarak seketika untuk merawat luka.

Menjarak seketika untuk memulihkan kembali suasana.

Diam, jaga jarak dan tinggalkan seketika supaya tidak berlarutan dalam perbalahan.

Bak seperti kata-kata Ustaz Pahrol Mohamad Juoi di dalam coretannya,

Memaafkan perlu kekuatan jiwa.
Melupakan pula perlu masa yang lama.

Dan ada kesalahan yang perlu dihilangkan dari mata, untuk tidak melukakan di dalam jiwa.

Menjarak bukan membenci. Cuma itu perlu pada hati yang sudah terlalu dilukai. Jika dekat bisa membakar, biarlah menjauh hanya membahang. Biar sekah, asalkan tidak patah.

Wallahu’alam.
Semoga bermanfaat.

سُبْحَانَ اللهِ وَالْحَمْدُ ِللهِ وَ لآ إِلهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ

لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِٱللَّٰهِ ٱلْعَلِيِّ ٱلْعَظِيمِ‎

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىٰ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَىٰ آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

Sumber FB: yusnizayaziz

17 Zulkaedah 1444H
6 Jun 2023