Setiap Peluh yang Menitis

Setiap peluh yang menitis adalah permulaan awal segaris senyuman ahli keluarga di rumah. Seorang lelaki akan menguatkan dirinya dalam perjuangan demi mencukupkan keperluan isteri dan anak-anak.

            Meskipun beliau sedang sakit, beliau tetap bangkit kerana hati tidak kuat melihat keluarganya menderita. Betapa bahagianya Ketika beliau boleh melihat anaknya sekolah, isterinya memasak dan keluarganya berada dalam keadaan yang aman.

            Sekelip mata rasa lelahnya hilang. Bukankah tiada perhiasan yang lebih berharga bagi seorang lelaki selain daripada isteri solahan? Sesuatu yang paling membahagiakan hidupnya. Senyuman isterinya. Juga doa anak-anak yang soleh dan solehan.

            Beliau Kembali bekerja, dan tidak berhenti berjuang. Sepahit dan sesakit apa pun di luar rumah, beliau rela dan menerimanya. Beliau kuat menanggungnya kerana tahu ubatnya ada di rumah.

Sumber Buku : Biar Susah Asal Lilah

Dwi Suwiknyo

Disalin semula Oktober 2023

Percaya Diri Sendiri Dengan Penuh Keyakinan

Jangan malu dengan cara orang lain memandangmu. Sandarkan hati kita hanya kepada-Nya, bukan kepada sinidiran orang.

                Kalau melayani dan memikirkan kata-kata orang lain, tidak akan ada penghabisan. Semakin kita terpengaruh dengan kata-kata mereka, hidup kita tetap terumbang ambing sendiri. Mungkin kita akan menjadi layang-layang yang terputus talinya dan melayang-layang tidak tentu arah. Akhirnya ia jatuh dengan sendiri diterpa angin.

                Hidup kita terlalu berharga untuk layan hal-hal negatif yang mampu membunuh harapan kita. Tidak ada orang yang benar-benar tahu keadaan diri kita kecuali diri sendiri.

                Barangkali, orang terdekat kenal dan memahami diri kita, tetapi untuk urusan hati dan perasaan, hanya diri kita yang lebih memahami, bukan? Hanya kepada-Nya kita berserah diri dengan memanjatkan doa-doa dan harapan dengan bersungguh-sungguh.

                Dia memang berkehendak, tetapi kita juga diberikan keluasan untuk memohon pertolongan bukan? Jadi kalau sekarang kita masih goyah hanya kerana sindirian orang lain, bererti kita belum bersungguh-sungguh dalam bermnajat kepada-Nya.

                Bukanya kita sombong dengan tidak menghiraukan kata-kata orang lain, tetapi kita tahu dan kenal diri kita sendiri. Apa kata-kata yang menyihatkan dan kata-kata yang bagaimana pula mampu melukai perasaan?

                “Ingat, siapa pun berhak memberi saranan, komen, berbicara apa pun tentang kita. Namun begitu, kita juga berhak menerima dan menolaknya. Jangan semuanya dimasukkan ke dalam fikiran dan hati. Ini kerana, Allah melihat apa yang kita kerjakan, bukan apa yang mereka katakana.”

(Ayumaigo)

“Hidup kita terlalu berharga

untuk layan hal-hal negatif

Yang mampu

membunuh harapan kita.

Tidak ada orang yang

benar-benar tahu

keadaan diri kita,

kecuali diri sendiri.”

Sumber Buku : Biar Susah Asal Lilah

Dwi Suwiknyo

Disalin semula Oktober 2023

Adakalanya waktu yang paling tepat untuk berdoa ialah pada ketika hati paling berat untuk berdoa.

Benar, ada masa kita terlalu ‘down’ hingga segala-galanya mati dan terhenti. Rasa dan fikir kita mati. Langkah dan upaya kita seakan terhenti.

Masjid tempat paling tenang itupun terasa berat untuk dijejaki. Solat seakan-akan terawang-awang hingga segalanya terasa berlalu begitu kontang… gersang.

Pada waktu itu, istighfar dan berselawatlah. Duduk, pejamkan mata, tarik, simpan dan hembuskan nafas dengan perlahan-lahan. Katakan pada diri, aku tidak punya apa-apa, segalanya milik Mu ya Allah.

Jika segalanya berpunca daripada dirimu sendiri, istighfar… pasti itu daripada dosa. Jika pada orang lain, lepaskan… biar Allah yang membalas.

Jika memaafkan terlalu sukar, jangan dipaksakan. Tetapi terimalah itu sebagai takdir yang tidak mungkin dapat ditangkis. Memaafkan itu satu rasa. Rasa tidak mungkin dapat dipaksa.

Hanya katakan pada diri, biarlah Allah yang membalas. Allah sentiasa berada di pihak hamba yang dizalimi. Biarkanlah sumber kesakitan itu tertawa semahu-mahunya, tetapi yakinlah air mata mu lebih berbisa.

Selagi kau tidak melakukan dosa, itulah modal mu untuk bahagia. Bersedia berperang bukan bererti tidak berani untuk berdamai. Jangan dihunus belati kemarahan, sebaliknya simpan, pendam dan tahan… itu petanda taqwa yang ada di dalam dada.

Jangan sekali-kali mengundang perang, namun jika diri mu telah diserang, lawanlah dan patahkan tengkuk kezaliman dan pengkhianatan itu habis-habisan!

(Pesan-pesan pasca haji bersama Tuan Guru ustaz Salehuddin di masjid Ampang baru-baru ini)

Sumber Facebook:

Ustaz Pahrol
FB 24/9/2023